Google+ Followers

Sunday, December 28, 2008

Penjarakan aku di Malaysia..

Monday December 29, 2008
Malaysians in Thai jails want to serve out sentences here
Dennis Ooi wants to be sent home — to a Malaysian prison. He is a convict facing 50 years in a Thai prison on a drug charge and his only wish now is to be allowed to serve out his sentence in his own country.
........................................

Begitulah indah dan hebat serta makmurnya Malaysia hinggakan yang kena penjara pun nak 'balik' Malaysia. DAP khususnya Teresa Kok dicadangkan membawa perkara ini ke Parlimen dan di Kuala Terengganu untuk 'memperjuangkan' isu ini. BN juga harus sokong.

Ini juga membuktikan makanan di penjara Malaysia tidaklah seperti makanan anjing seperti yang didakwa oleh sesetengah individu yang telah 'merasanya'.

Tuesday, December 23, 2008

Glam Cafe 'lawan' Kopi Reggae

Tuesday December 23, 2008
‘Kopi reggae’ keeps transvestites up and going


A TRANSVESTITE claimed that a special concoction of coffee called kopi reggae has helped to restore his sexual energy and allowed him to entertain more than 10 clients a night.

In the front-page report by Harian Metro, Syazliyana (not his real name), who is in his 20s, revealed that the coffee could keep him up all night thus helping him provide “better service” to the customers.

It was learnt that the coffee was mixed with drugs such as syabu and ganja. However, to cut costs, it can be mixed with ketum leaves powder (a herb with psychotropic effects) as it was cheap and could be bought at RM30 per kg.

The coffee mixture was prepared by a pimp and distributed free to the transvestites there.

Syazliyana said although he knew the ingredients of the coffee, he did not mind as it was effective and given for free.

He said the effects of the coffee took five minutes to kick in and one would feel refreshed and ‘high.’

Men’s health expert Dr Ismail Thamby said an individual who continues to consume the drink would experience long-term effects such as kidney and heart complications and brain damage that could eventually lead to death.

....................................................................................

Siapa nak cuba GlamCafe dari saya, hubungilah.

Wednesday, December 10, 2008

PPP akan pi atau tidak..

Malaysiakini:
PPP to hold emergency meet
Dec 10, 08 6:43pm
PPP is to hold an emergency supreme council meeting tomorrow to be chaired by its deputy president Lee Heng to discuss the party’s status in the Barisan Nasional.

....................................................................................

Kita tengok apa pula 'sandiwara' yang akan sekor ni main, berani atau berlapik mengatakan akar umbi masih mahu bersama BN demi kesejahteraan rakyat. PPP akan pi atau pi mai pi mai tangtu jugak..

Tuesday, December 9, 2008

Untung Jadi Orang Kaya

Hanya penduduk 14 banglo dipertimbang menginap di hotel
10/12/2008 1:45pm


KUALA LUMPUR 10 Dis. – Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, penginapan di hotel hanya dipertimbangkan khusus kepada penduduk di 14 buah banglo yang ranap dalam kejadian tanah runtuh d Bukit Antarabangsa Sabtu lalu.

``Setahu saya, pengumuman menteri itu hanya untuk penduduk 14 banglo terlibat dan penduduk sekitar lain yang diarah berpindah boleh menggunakan pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Ulu Klang,'' katanya pada sidang akhbar dekat sini hari ini. - Utusan

..................................................................................

Inilah dasar kerajaan yang melayan rakyatnya mengikut status.
http://suarasukj.blogspot.com/2008/12/kenapa-perlu-beri-layanan-double.html

Monday, December 1, 2008

Singkirkan amalan dan budaya tradisi keturunan pendatang..

Mukhriz: Close down vernacular schools
Syed Jaymal Zahiid | Dec 1, 08 5:43pm
Jerlun member of parliament Mukhriz Mahathir today slammed MCA and Gerakan leaders for ‘overreacting' over the Ketuanan Melayu (Malay supremacy) issue.
Umno must speak up
Vernacular school system is too divisive

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/13574-mukhriz-says-vernacular-schools-should-be-abolished

Satu saranan yang vokal dan menepati masa, sikap 'bertahan' orang Melayu samada secara emosi atau berkompromi sudah berlalu dan dianggap pengecut dan dayus dalam mempertahankan hak orang Islam dan Melayu.

UMNO memerlukan pemimpin yang berani bersuara menengahkan pandangan yang menjurus kepada pembaharuan demi pembaharuan bangsa Malaysia yang berteraskan hak atau ketuanan Melayu dan menyingkirkan amalan dan budaya tradisi pendatang yang menghalang perpaduan dan pembangunan bangsa Malaysia. Sudah sampai masanya keturunan pendatang diberi katadua dan pilihan.

Sunday, November 23, 2008

Sejak bila babi tidak haram..

Babi itu haram. Arak itu haram...
Untuk orang Islam.
Sudah berzaman, tidak ada bantahan bagi penganut ugama lain kerana ia hanya melarang orang Islam dan orang Islam tidak memaksa penganut ugama lain untuk turut bersama mengharamkannya.

Hari ini, sejak Islam Hadhari diperkenalkan, apa saja hal dalaman Islam diperbincang dan diputuskan ia dapat mendapat bantahan terbuka dari pihak yang tidak relevan langsung, kenapa?

Kalau hari ini, yoga difatwakan haram, kenapa orang hindu sebok??

Sikap melampau ini harus dipandang serius dan diambil tindakan tegas.

Saturday, November 15, 2008

Lalat Jadi Makanan di Johor

Kepada anak anak dan pelajar pelajar, selamat meneruskan SPM dengan tabah dan jayanya, apa yang di usahakan akan diketahui hasilnya nanti.

Yang paling meriah ialah selamat percutian persekolahan dan diikuti dengan cuti semester IPTA seminggu dua lagi, banyak 'pulus' yang terpaksa dan kena dikeluarkan dan tidak kurang juga ramai yang memasuki alam perkahwinan, manis dan indah pengantin baru tidak seperti pengantin lama di alam 'perceraian'.

Jadi apahal dengan lalat yang dijadikan makanan ? Di Johor ada satu tempat, di mana semua makanan dan minuman yang disediakan seperti mee rebus, laksa, nasi lemak, soto, teh o ais, teh tarik dan pelbagai lagi yang dijuadahkan akan dicampur dengan lalat dengan sendirinya walaupun ada pelanggan yang mengelaknya.

Biasanya rangkaian perniagaan di sini di anggap antara yang paling bersih dan selesa di Malaysia. bukan sahaja kepada pelanggan tempatan tetapi juga kepada pelancong asing. Tetapi salah satu rangkaiannya menyediakan menu lalat !!!!!

Tempat yang dimaksudkan ialah Persinggahan Reakrasi dan Rehat di R&R Machap, Lebuh Raya dari Johor Baharu menuju Sungai Besi, cubalah singgah dan nikmati makanan manakan yang lazat lazat belaka di situ termasuk laksa sarawak. Salah seorang peniaga yang ditemui mengatakan situasi ini berlaku kerana tempat itu dikelilingi dengan ladang ternakan ayam swasta dan sekarang adalah musimnya.

Dalam hal ini, Pengurusan Lebuh Raya malaysia, Kementerian Pengakutan, Kementerian Pertanian, Kementerian Kesihatan haruslah peka dan atasi masalah ini dengan secepat mungkin. Beribu lalat yang mati dan hidup bertaburan dan berterbangan di persinggahan ini. Satu suasana 'pelancongan' yang menjejaskan nama baik negara dan TIDAK MUNGKIN TIDAK ADA PENYELESAIANNYA.

Friday, November 14, 2008

Kain Halimah Sadique kena tarik...

Naib Ketua Wanita Johor yang juga Ketua Wanita Bahagian Kluang, Senator Syarifah Azizah yang tidak hadir dalam mesyuarat khas wanita Johor telah meminta Rafidah berkorban demi Wanita UMNO dengan melepaskan jawatan pada march untuk memberi laluan kepada Shahrizat, ini sangat bertentangan dengan pendirian musuh tradisinya, Ketua Wanita UMNO Johor, Dato' Halimah Sadique yang menyokong ketetapan Rafidah berundur Jun 2009.

Syarifah meminta semua pihak menghormati suara akar umbi??? Syarifah mungkin lupa bahawa pencalonan Rafidah mencapai ratusan, dan itu adalah suara akar umbi. Kalau Shahrizat tidak mengawal orang orangnya mengeluarkan kenyataan kenyataan 'merapu dan gila' seperti ini nescaya Rafidah akan mengambil keputusan terus kekal malah tidak menyokongnya pun di peringkat pertandingan Naib Ketua melawan Kamalia.

Thursday, November 13, 2008

Masih lagi Kamalia oh Kamalia...

Di induk UMNO, Muhyiddin yang pada awalnya kelihatan 'kuat dan selamat' kini tersepit.

Mat Taib dan Ali Rustam yang awalnya dikatakan mat jenin dan kutu rayau kacau daun, kini benar benar jadi hanturaya.

Di Wanita UMNO, Sharizat yang kelihatan 'selamat dan tenang' kini resah dan cemas. Rafidah yang cucu kata mari, akar umbi kata pergi tiba tiba menjadi kuat dan relevan untuk terus memimpin Wanita UMNO.

Dalam keadaan tersepit, Sharizat kelihatan begitu terawang tanpa keputusan yang jelas, pendiriannya nampak goyah sekaligus ramai yang sudah berkata, dia tidak mampu untuk memimpin Wanita khususnya ketika dalam keadaan 'tertekan'. Rafidah nampak jauh lebih muda dan masih kuat untuk terus memimpin Wanita dan wajar dilantik sebagai Menteri Kanan, sekurang kurangnya Menteri Kewangan.

PRU13 memerlukan kebijaksanaan dan keberanian yang luar biasa dari Wanita UMNO yang selalu tewas dibuli Pakatan dalam pilihanraya kecil dan PRU12 yang lalu dan tugas ini tidak mampu dipikul Shahrizat yang banyak menunggu arahan dari pihak atasan. Shahrizat hanya sesuai jadi makcik pengantin perempuan menjemput tetamu masuk dan bukannya berada di barisan hadapan medan perang.

Di Pemuda UMNO, keceriaan Mukhriz tidak lama kerana saat akhir diburu 2K dan mereka di simpang tiga yang berbeza laluan walaupun sama haluan. Siapa yang akan setia kawan jika kawan makan kawan, bukan sekadar berani tetapi berani berubah.

Inilah nama nama hebat yang kini sedang berhadapan dengan mainan politik mereka sendiri dan akhirnya mereka akur, kuasa akhirnya di tangan perwakilan.

Bagi yang menggunakan wang, jika mereka tewas, mereka hilang wang dan jawatan, jika mereka menang, mereka sekadar daging busuk dan bukannya pejuang.

Bagi yang menang tidak bertanding..mereka akan berhadapan dengan diri sendiri untuk menyelewengkan kuasa atau menggunakannya dengan baik..

Wednesday, November 12, 2008

Debat KJ tidak menjadi..

Apa sudah jadi dengan tawaran debat KJ kepada MM dan KT - gelanggangnya di mana, bila dan siapa Pengerusinya. Walaupun KT menyatakan bersedia, tetapi KJ sebenarnya kurang berminat kerana dia hanya mahu MM masuk jeratnya tetapi nyata 'budak' tu sebijak bapanya jugak seperti Kj yang kurang bijak seperti bijak bapamertuanya.

Baru baru ni Majlis Fatwa sudah mengeluarkan kaedah dan peraturan yang betul untuk 'Bersumpah', ramai yang tertanya bagaimanakah caranya itu supaya mudah menjadi ikutan untuk kita menyelesaikan sesuatu mengikut tertib Islam yang sah dan betul.

Dalam hal ini eloklah dimulakan oleh UMNO dengan mengadakan Majlis Bersumpah oleh semua calon yang layak bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden hinggalah kepada Majlis Tertinggi dan diikuti dengan "Majlis Bersumpah' oleh semua perwakilan.

Isu sumpah wajar dipersekitaran 'politk wang' dan 'amanah'.. Sumpah mereka harus kepada ikrar bahawa mereka langsung tidak terlibat dengan politik wang samada menerima atau memberi dalam semua proses pencalonan dan pemilihan di peringkat cawangan, Bahagian dan PAU termasuk tidak juga terlibat atau melantik mana mana agen, pelobi bagi pihak diri mereka atau diri orang lain. Mereka juga sanggup menerima akibat dari persumpahan palsu.

Khalid Nordin calon pertama telah mengistiharkan dirinya bersih dari politik wang dan akan melawan politik wang, tetapi sejauhmana kebenarannya yang boleh disahkan..

UMNO harus berbalik kepada Islam, jauh mendahului PAS dalam melaksanakannya di dalam parti dan menjadi titik tolak jika betul niat ikhlas untuk menghentikan politk wang di dalam UMNO - jangan sikap bersetia kawan pada kawan yang makan kawan dan bukan sekadar berani tetapi berani berubah.

Radhi - Penasihat Khas MB Perlis..

Mengikut satu sumber, Menteri Besar Perlis melantik ( atau terpaksa kena lantik ??? ) bekas Setiausaha Agung UMNO, Dato'Radzi Shieh Ahmad sebagai Penasihat Khas Menteri Besar Perlis berkuatkuasa hari ini (Rabu).

Apa sudah jadi, negeri sebesar kangkang kera, lebih kecil dari Daerah Kluang memerlukan seorang Penasihat Khas, cuma mungkin tidak disebut Timbalan Menteri Besar kerana Radhi seorang MP yang tidak layak berjawatan demikian.

Apakah ini bererti Md Isa, Menteri Besar Perlis sekarang sudah tidak mampu menjalankan tugasnya. Kenapa tidak letak sahaja jawatan dari mengujudkan 'satu jawatan' yang buah abih boreih je..

Shahidan Kassim mungkin menyeringai senyum dengan apa yang berlaku..

Kepada Raja Perlis, ampun Tuanku, jika seseorang yang dilantik dari pandangan Tuanku dulu tidak lagi dapat menjalankan tugasnya, mohon patik menyembah Tuanku, pecat dan lantiklah individu lain. Belum pernah ada Menteri Besar Perlis bertingkah laku sebegini, takut takut mencemar duli Tuanku, ampun Tuanku, sembah patik harap di ampun.

Tuesday, November 11, 2008

Kamalia..oh Kamalia..

Di induk UMNO, Muhyiddin yang pada awalnya kelihatan 'kuat dan selamat' kini tersepit.

Mat Taib dan Ali Rustam yang awalnya dikatakan mat jenin dan kutu rayau kacau daun, kini benar benar jadi hanturaya.

Di Wanita UMNO, Sharizat yang kelihatan 'selamat dan tenang' kini resah dan cemas. Rafidah yang cucu kata mari, akar umbi kata pergi pun masih mahu 'berlakon' walaupun sekadar watak nenek.

Di Pemuda UMNO, keceriaan Mukhriz tidak lama kerana saat akhir diburu 2K dan mereka di simpang tiga yang berbeza laluan walaupun sama haluan. Siapa yang akan setia kawan jika kawan makan kawan, bukan sekadar berani tetapi berani berubah.

Inilah nama nama hebat yang kini sedang berhadapan dengan mainan politik mereka sendiri dan akhirnya mereka akur, kuasa akhirnya di tangan perwakilan.

Bagi yang menggunakan wang, jika mereka tewas, mereka hilang wang dan jawatan, jika mereka menang, mereka sekadar daging busuk dan bukannya pejuang.

Bagi yang menang tidak bertanding..mereka akan berhadapan dengan diri sendiri untuk menyelewengkan kuasa atau menggunakannya dengan baik..

Sunday, November 9, 2008

Apa khabar Pejabat Kebajikan Masyarakat..

Sebentar tadi jam 2.30 petang, saya singgah sekejap ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Kluang untuk satu urusan peribadi, sampai di sana, seorang kerani kaunter sedang menelefon tetapi dengan senyum memberi isyarat untuk tunggu sebentar, sebaik tamat perbualan dengan manis dan lembut dia bertanya tujuan saya datang..

Selepas membuat beberapa penjelasan dan pertanyaan, nyata kerani tersebut tidak dapat memberi maklumat atau keterangan lanjut yang memuaskan dan mahu saya merujuk terus kepada Pegawainya yang sedang 'bersolat'.

Dalam masa yang sama, sudah ramai tetamu/pelanggan/rakyat yang sedang duduk di ruang tamu menunggu.. Tidak pula saya bertanya mereka samada menunggu pegawai yang sama atau sebaliknya.

Selepas saya, terdapat kira kira 6 orang lagi termasuk 3 orang warga emas dan 2 orang OKU, yang berkerumun di kaunter dan dilayan oleh dua tiga kakitangan dengan urusan yang mungkin berbeza dan tersendiri..

Persaolan saya:

1) Kenapa pegawai tersebut menggunakan waktu pejabat untuk bersolat sedangkan waktu rehat ialah 1.00ptg hingga 2.00 ptg boleh digunakan untuk soal peribadinya.

2) Kenapa kaunter Pejabat Kebajikan Masyarakat berada pada aras dada di mana pelanggan/tetamu/takyat kena berdiri untuk berurusan dengan kerani kaunter sedangkan rata rata pelanggan yang berurusan dengan Kebajikan Masyarikat majoritinya OKU dan Warga Emas. Kenapa tidak Pejabat Kebajikan Masyarakat mengujudkan suasana kaunter mesra pelanggan di mana pelanggan boleh duduk di kerusi semasa berurusan dengan kerani kaunter.

Dalam hal ini Penasihat dan Menteri Kebajikan, Shahrizat dan Ng Yen Yen harus peka dan mempunyai 'sense' dalam berkhidmat untuk rakyat.

Bagi Shahrizat, merebut jawatan Ketua Wanita mungkin lebih penting dari segala galanya demi kehendak bossnya.

Apa kesahnya Zaid buat sidang akhbar..

Untuk membersihkan sistem kehakiman di negara kita, elok kalau di Malaysia kita tidak ujudkan mahkamah dan hakim.

Kita hanya kekalkan polis dan penjara. Kalau salah, polis tangkap dan terus hantar ke penjara.

Dengan itu sistem kehakiman tidak akan dipertikaikan lagi, kekal tiada dan kekal bersih.

Friday, November 7, 2008

RASUAH milik UMNO sahaja..

"Saya hairan mengapa Pas suka menuduh dan memfitnah UMNO?"

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar hairan dengan tindakan pemimpin Pas Johor membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan berlaku politik wang semasa Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi.

......................................

Betul tu, rasuah sudah menjadi milik UMNO sahaja, itu budaya mereka, kenapa perlu orang lain pertikai, menyebok dan ganggugat, Pemuda UMNo patut buat demonstrasi besar besaran membantah dan akan menentang mereka habis habisan.. Inilah pelsuang keemasan KJ khususnya bertindak bukan sahaja bagi Pemuda UMNO tetapi Pemuda malaysia, hanya KJ yang lebih menghayati sejauh mana 'rasuah' ada di UMNO dan sudah diumnomilikan dengan restu Pemimpin Utama Tersohor masakini dan selamanya.

Jika ada berlaku kecurian di sebelah rumah, jika ada khalwat di persekitaran, jika mat rempit berkeliaran, jika ada berbunuh bunuhan di rumah jiran, kita wajar mengambil tindakan 'wait and see', pekakkan telinga?? Dalam hal ini wajar Ketua Polis Negara mengesahkan kewajaran tersebut..

Jika kita ada kesusahan, jika rumahtangga kita musibat, jika anak kita ketagihan dadah, mana mana pihak yang cuba datang membantu, kita akan halau mereka, kita akan tuduh mereka tidak beretika..

Syed hamid Albar wajar berterima kasih kepada sesiapa juga yang memberi perhatian dan prihatin kepada bahagiannya yang dilihat sakit, mereka hanya ingin menghulurkan bantuan untuk memperbetulkan. Sebagai calon yang sudah mendapat lesen untuk bertanding Naib Presiden,Syed hamid wajar berani kerana benar..

Tetapi kenapa takut ????

Wednesday, November 5, 2008

Nyanyuk sebelum sampai usia...

Melayu mudah lupa..

Abdullah: ‘Anyone can be PM’
PUTRAJAYA: It is possible for anyone from a minority group to be a nation’s leader, even in Malaysia, says Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi.
“It is up to the people to decide, just as the Americans had done through the democratic process,” he said while extending his congratulations to Senator Barack Obama.

Reporters had asked him in the Parliament lobby yesterday if it were possible for a person from a minority group to become Prime Minister in Malaysia.

Saturday, November 1, 2008

Saksi Pendakwaraya...

UPDATE:
Kes ditangguh sehingga Ogos 2009


POSTING ASAL 01/11/08
Minggu depan...adalah tempoh yang sukar kerana saya akan jadi saksi kepada pendakwaraya kepada satu kes yang melibatkan pertuduhan ke atas seorang kawan dan juga sahabat yang telah saya kenali hampir 15 tahun.

Saya hanya akan bercakap benar walaupun itu bermaksud seolah 'menikam' (istilah yang dia gunakan ke atas saya) terhadapnya. tetapi dia jangan lupa, dalam berkawan dia telah 'kencing' saya berulangkali, tapi semua itu tidak menjadikan saya miskin, malah tetap dilimpah rezeki Tuhan dibumi mulia ini, tidak ada dendam.

Apa yang berlaku ke atas dirinya kini, adalah berpunca dari dirinya sendiri, kesilapan kerana tamak dan tidak menghargai erti persahabatan...

Di hati kecil saya, tetap berdoa, dengan kebijaksanaan para peguambela2nya, dia mampu dibebaskan seperti Razak Baginda yang begitu bernasib baik...

Thursday, October 30, 2008

Alhamdulillah.. Razak Baginda telah melaluinya...

Razak Baginda telah 'melalui harinya' dengan penuh ketabahan, kekecewaan dan pengajaran yang dia sendiri tahu samada berbaloi atau tidak.

Razak Baginda telah mendapat keadilan dari segi undang undang tetapi bagi yang tidak mahu mempercayainya, tersemat seribu satu lagi tuduhan dan tomahan yang akan keluar.

Mereka memperkatakan tentang keadilan dan kebebasan tetapi dalam masa yang sama mahu menggunakan 'hukum rimba' sebagai mahkamah dan mereka sendiri menjadi hakimnya.

Sungguh dasyat manusia manusia 'gila' ini.

Ada yang kena bunuh tentulah ada pembunuhnya kecuali ia membunuh diri sendiri.

Kemalangan juga satu pembunuhan jika berlaku kematian.

Mahkamah tempat membuat 'tuduhan' dan seseorang akan dihukum bersalah jika terdapat 'bukti sah' tanpa keraguan perbuatan tersebut dilakukannya.

Ia banyak bergantung kepada kebijaksanaan pendakwaraya dan peguambela dalam menguruskan sesuatu kes.

Seseorang itu tidak akan bersalah hanya kerana teori atau pendapat umum. Hakim tidak akan terpengaruh dengan 'tin kosong' di luar mahkamah dalam mana mana kes.

Makanan orang politik...

Orang politik 'survive' dengan krisis dan ketegangan. Mereka jadi kaku, beku dan boring kalau tak ada isu panas.

Kita wajar membantu.

Gian Debat - Shahrir jurucakap KJ..

Update: 01/11/2008

Bontot Shahrir kena main...

Gua Musang nods for Ku Li-Shahrir
Muda Mohd Noor | Nov 1, 08 2:52pm
Gua Musang Umno division has nominated Tengku Razaleigh Hamzah and Shahrir Samad as candidates for party president and deputy president respectively.

......................................................................



Debat sebagai medan untuk memperkenalkan diri, kata Shahrir

KUALA LUMPUR: Debat sama ada terbuka atau tertutup sesuai diadakan bagi calon yang ingin bertanding jawatan tertinggi Umno bagi memperkenalkan diri dan prinsip perjuangan kepada perwakilan parti dan rakyat, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shahrir Abdul Samad.

“Saya tidak nampak masalah kalau diadakan debat. Saya percaya dengan diadakan debat di kalangan calon yang bertanding jawatan tertinggi dalam parti, ia menjadi satu medan untuk rakyat dan para perwakilan mengenali dengan lebih dekat bakal pemimpin mereka,” katanya.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin baru-baru ini mencadangkan diadakan debat terbuka bagi calon yang bertanding jawatan ketua pergerakan itu.

Cadangan Khairy, yang bertanding bagi jawatan berkenaan, disambut seorang lagi calon jawatan itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, tetapi ditolak oleh seorang lagi calon Datuk Mukriz Tun Dr Mahathir.

Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata debat yang dicadangkan untuk parti itu tidak perlu dilakukan seperti debat Presiden Amerika Syarikat.

Beliau berkata calon boleh memilih untuk diadakan secara terbuka mahupun tertutup.

“Sekiranya malu dan kekok untuk menerangkan prinsip yang diperjuangkan kepada rakyat secara terbuka, calon boleh melakukannya secara tertutup,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang oleh pasaraya Tesco di sini hari ini. - Bernama

Ingatan kepada itik supaya pandai berenang...

Adakah anda seorang pakar motivasi? Adakah anda mahu mengajar itik berenang? Jika anda seseorang yang layak, kami bersedia menawarkan pekerjaan dan gaji yang lumayan dari hasil cukai rakyat..
.......................................berita negara jiran........................

Perdana menteri berkata, AT mesti menghadapi musuh negara dengan kekuatan yang mampu menggerunkan mereka.

“Apa guna kita membeli senjata atau peralatan canggih tetapi tidak tahu menggunakannya atau hanya tahu menggunakannya dalam beberapa cara sahaja sedangkan ia boleh digunakan melalui banyak cara.

“Contohnya, tidak ada gunanya jika kita hanya tahu menggunakan 10 daripada 20 fungsi senjata atau peralatan canggih itu,”

...................................................................................

Anda hanya perlu bercakap sedemikian untuk digajikan.

Sunday, October 26, 2008

Shahrir Samad memburukkan lagi imej budaya ahli UMNO..

UPDATE:

"Saya rasa tidak payah buat aduan kepada pihak yang terlibat. Dia (pemimpin terbabit) telah pun kehilangan sokongan bahagian dari segi pencalonan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Siapakah pemimpin yang dimaksudkan oleh shahrir? Ia seperti pemimpin itu sendiri yang menghantar sms kepada shahrir?
Melihat kepada pencalonan Bahagian Johor Baharu, tidak banyak beza dan aneh dengan bahagian2 lain di Johor kecuali bagi jawatan Timbalan Presiden - adakah shahrir menuduh pemimpin tersebut yang menghantar sms kepadanya dan telah menerima padah.

Reaksi kilat dan spontan telah diberi oleh Najib sedangkan Pengerusi Perhubungan negeri, Ghani Othman mungkin tidak dirujuk dan belum membuat kenyataan akhbar.

Adakah ramai yang kurang selesa dengan Muhyiddin yang tidak menjadi sasaran mana mana tuduhan skandal dan fitnah seperti hebatnya Najib yang dihujani peluru dari musuhnya, apakah langkah terbaharu shahrir ini sekadar umpan yang sengaja dilemparkan untuk ikan menerkam.

Mungkin shahrir berkiblat kepada siffunya, Musa Hitam tetapi kedua dua mereka harus tahu bahawa dalam politik, ada lagi buku politik yang mereka belum sempat baca tetapi Muhyiddin sudah kattam.
.....................................................................................


Shahrir Samad dalam ucapan dan penjelasannya memaklumkan dia mendapat lebih 10 sms berunsur ugutan supaya gabungan atau calon calon tertentu dicalonkan jika tidak mahu dirinya, bahagiannya mendapat 'kesusahan' kelak.

Siapakah yang membuat kerja bodoh tersebut? Adakah Shahrir sahaja yang mendapat ugutan sedemikian ? Kenapa Shahrir yang menjadi sasaran? Dan yang lebih penting kenapa Shahrir tidak mahu membuat laporan polis kalau sudah pandai pandai memberi penjelasan ? Bukankah itu memburukkan lagi imej UMNO yang sekarang sudah normal untuk melihat rampas merampas mikrofon dan kerusi berterbangan.

Tanpa laporan polis, Shahrir boleh dianggap bersubahat dan berniat jahat untuk memburukkan lagi imej UMNO atau berniat untuk mempopularkan dirinya untuk dilihat bersih dan berprinsip, tidak mudah dibeli atau tidak mudah menjual. Shahrir yang sudah makin terhakis popularitinya dan kewibawaannya di kalangan UMNO Johor akan sering menggunakan isu isu bom untuk menampakkan dirinya sentiasa relevan dengan perkembangan UMNO. Jika alasan ini tidak benar, wajar laporan polis dibuat untuk seluruh ahli UMNO mengetahui siapa yang terlibat. Jika tidak, fitnah dan khabar angin terus menular dan tentulah puak tertentu akan jadi sasarannya.

Anak buah Musa Hitam ini jelas bijak dalam 'political animalnya' dan ini merupakan satu lagi buku rujukkan yang Rais Yatim tidak membacanya.

Dan yang lebih pelik Bahagian Johor baharu bukanlah satu bahagian yang akan mencorakkan struktur pencalonan malah kalau yang dicalonkan itu sepelik mana pun, ia tidak akan menjadi ikutan, jadi soallnya kenapa Shahrir menjadi sasaran. Adakah kerana Shahrir menggunakan teknik dan taktik yang sama pada orang lain atau Shahrir memang nampak lemah dan mudah dipengaruhi.

Apapun tahniah kepada Bahagian Johor Baharu kerana mencalonkan bukan Muhyiddin Yasin sebagai calon Timbalan Presiden UMNO selaras dengan hasrat Ketua Bahagiannya yang diperbahrui.

Semangat Perayaan kenapa tidak diterapkan..

Di Malaysia yang unik dengan 3 kaum yang besar hari ini satu lagi perayaan Deepavali sedang dirayakan oleh kaum India yang berugama Hindu. Rakyat biasa yang kurang berpolitik tentulah merayakannya secara meriah mengikut kemampuan masing masing dengan kehadiran sanak saudara termasuk kunjungan dari kaum kaum lain.

Tetapi yang terlibat dengan politik, walaupun dirayakan, salam bersalaman mereka tentulah tidaklah seikhlas dan seharmoni seperti rakyat bawahan yang cintakan keamanan dan tidak bercita cita tinggi dalam kuasa dan pemerintahan.

Semua perayaan di Malaysia samada perayaan dari sudut adat resam, kebudayaan atau ugama mengajar kita semua perkara yang baik kepada keluarga, jiran, masyarakat dan negara. Alangkah indahnya kalau suasana perayaan yang harmoni dan hormat menghormati berterusan dan menjadi semangat suasana harian.

Kita menyeru pemimpin di atas sana samada yang halal atau haram supaya melihat keamanan sebagai satu tajuk besar, agenda utama perjuangan mereka yang bertujuan memakmurkan rakyat dan negara Malaysia. Di bawah perlembagaan persekutuan sudah termaktub dengan jelas hak setiap kaum yang perlu di agihkan dan hari ini kita masih berkrisis bukan kerana perlembagaan tersebut tetapi lebih kepada perlaksanaan dan tafsiran masing masing. Pemimpin berada di pentas masing masing untuk menyuarakan pendapat dan bukannya di meja rundingan. Permimpin menggunakan pentas sendiri untuk lebih meraih sokongan dan popular dari tujuan asal iaitu memakmurkan semua rakyat tanpa mengaira kaum.

Sebab itulah hari ini, ramai pemimpin yang menjuarai kaum sendiri kerana mereka membangkitkan rasa tidak cukup dan kurang dan menuduh satu lagi kaum mengambil hak dan menindas mereka.

Sebab itulah hari ini, ramai pemimpin yang menjuarai kaum sendiri kerana mereka melaungkan slogan samarata tanpa menghormati perlembagaan persekutuan dan mentasirkannya secara putarbelit.

Sebab itulah hari ini, ramai pemimpin yang menjuarai kaum sendiri kerana mereka sengaja mencari peluang dan menjadikan isu perkauman dari kes kes terpencil, diperbesar dan disensasikan. Isu peribadi di nasionaliskan.

Pemimpin jenis ini terdiri dari golongan politik terutamanya atau pemimpin NGO serta individu berpengaruh yang mirip dan menyokong golongan politik tertentu, mereka gunakan isu perkauman untuk menunjukkan satu pihak lagi khususnya 'kerajaan semasa' bersikap perkauman dan menindas mengikut ras.


Kurang sekali pemimpin menenangkan kaumnya atau memberi penjelasan kepada kaumnya bahawa mengikut perlembagaan persekutuan ini adalah hak hak mereka dan ini adalah hak kaum kaum lain.

Kurang sekali pemimpin menganjurkan kepada kaumnya supaya menghormati hak kaum kaum lain.

Kurang sekali pemimpin menyedarkan kaumnya bahawa mereka lebih bernasib baik dan beruntung tinggal di bumi bertuah Malaysia ini berbanding dengan kaum lain atau pribumi lain di negara mereka sendiri.

Kurang sekali pemimpin membangkitkan kesedaran dan kenyataan kepada kaumnya bahawa mundur atau majunya sesuatu bangsa itu bergantung kepada bangsa itu sendiri dan bukannya kerana ditindas atau ditolong oleh bangsa lain.

Kepada pemimpin kita menyeru, lihatlah kebaikan, persamaan dan semua yang positif ketika berhadapan dengan kaum masing masing kerna tidak ada titik tolak yang akan kita temui jika kita sebok mencari perbezaan dan keburukan.

Kepada pemimpin kita menyeru, jika mereka adalah pejuang bangsa Malaysia yang tulin, meja rundingan adalah pentas terbaik, selain dari itu mereka lebih kepada kepentingan perubadi dan agenda tersembunyi.

Khaled Nordin dan Zahed Hamidi - Bekas Boss Jais Sarday

Kluang calonkan Najib - Muhyiddin
26/10/2008 4:42pm


KLUANG 26 Okt. - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding jawatan Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti Mac tahun depan.

Bagi kerusi Naib Presiden, para pemimpin yang dicalonkan ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. - Utusan

Monday, October 20, 2008

Bila bankrap idea dan cara - saman jadi pilihan

Di kampung saya ada sebuah kereta kelisa, dah buruk dah sebab dibawa kehulu kehilir, kusyennya pun hapak, bamper dah jatuh, gedebeh, body kadang mandi kadang tidak, berkarat atas bawah. Hon ada dua tapi dua dua dah lembek walaupun tak pernah pakai langsung, kalau kena curi curi pakai tu adalah jugak masa baru baru.

Baru baru ni kelisa saya parking tepi jalan dekat simpang, saya parking sebab saya keliru tengok papan tanda ada lima, banyak bahasa, ingatkan dok kat afrika. Memang selalu pun saya parking dekat situ, jangankan kereta, kambing pun tak mahu dekat.

Tetapi adalah satu hari, sorang mamat tu conteng lukis kartun di body kereta saya, vandalism lah katakan, apalagi saya pun mengamuk, saya terus jumpa lawyer, saman mamat tu, saya tuntut 33 suku juta.

Orang kampong gelak dekat saya, depa kata saya tiga suku, body kete tu dah berkarat, dah tua, dah secondhand, timbang kilo pun berapalah sangat, tak patut tuntut lebih lebih.

Bagi saya, itulah cara saya menarik perhatian dunia, lagipun saya bankrap idea dan muflis cara. Nak wat camno.

Sunday, October 19, 2008

...pertikaian kualiti pemimpin UMNO melalui cerminmata Shahrir.

http://blog.limkitsiang.com/2008/10/20/looking-for-umno%e2%80%99s-next-ex-leader/

Selepas Mahathir, tidak dinafikan UMNO menghadapi krisis pengisian pemimpin yang setaraf dengannya dan lebih malang, pengganti langsungnya, Paklah bukan sahaja gagal meneruskan apa yang telah Mahathir bina dan majukan tetapi sebaliknya menghentikan dan memusnahkannya.

Paklah juga mentadbir negara lebih kepada 'bercakap dan berkhayal' seolah olah semua impian itu terjadi dengan sendirinya tanpa perlu tumpuan, tenaga dan usaha yang bersungguh dari semua peringkat, tidak ada perlaksaan yang boleh dibanggakan kecuali plan di atas kertas sahaja.

Kelemahan Paklah yang ketara inilah membuatkan BN ditolak dan dinafikan majoritinya 2/3.

Tetapi kemunculuan Anwar sebagai hero korup hidup semula dan penawanan 5 negeri oleh Pembangkang tidak harus ditafsirkan sebagai mereka mempunyai kualiti kepimpinan peringkat 'negara' untuk dibanggakan kerana kemenangan pemgbangkang sebenarnya berdasar penolakan rakyat keatas kerajaan yang lemah dan BUKANNYA PEMILIHAN KEPADA PEMBANGKANG BERDASARKAN PEMBANGKANG BAGUS ( Pembangkang kena sedar diri )

Selepas ini, selesai sahaja sebahagian besar parti komponen membuat beberapa perubahan dalaman parti mereka sendiri sudah pasti BN juga akan membuat beberapa perubahan drastik yang lebih baik dan dijangka akan mengembalikan kepercayaan rakyat secara majoriti.

UMNO akan dibarisi sebahagian besar kepimpinan baru, jauh dari bayangan Paklah dan UMNO sekali lagi mengetuai dan dijadikan rujukan oleh komponen BN sebagai sandaran dan harapan(bukan buli) dengan lebih bergaya.

Memperkatakan tentang ketandusan pemimpin, parti pembangkang juga mengalami masalah serupa dan yang lebih teruk sehingga dikatakan, kalau batu pun yang diletakkan calon dalam PRU12 yang lalu atas nama Pakatan, pembangkang akan menang kerana rakyat ingin mengajar BN, tidak lebih dari itu.

Memperkatan tentang ketandusan pemimpin di dalam UMNO oleh Shahrir bukanlah sesuatu yang perlu dipandang terlalu serius kerana Shahrir bukanlah jurucakap UMNO yang sesuai dan layak kerana dia sendiri berjenama semula selepas di ambil Paklah untuk menjadi pecacai barisan hadapan. Jika Shahrir bercakap atas kebenaran, dia harus mempertikaikan kepimpinan Paklah terlebih dahulu sebelum mempertikaikan kualiti lain lain pemimpin UMNO. Tetapi Shahrir tidak berbuat demikian kerana dia sendiri tidak punya kualiti negara dan sekarang sedang menghampiri semula zaman 'senyap dan sunyinya'.

Selamat bersara untuk Shahrir.

Thursday, October 16, 2008

MINIMAKAN politik wang MAKSIMAKAN suara akar umbi

Di dalam politik, hukum rimba kadang2 akan lebih menang jika dirancang dengan teliti mengalahkan kebenaran tanpa perancangan, usaha dan membuta tuli.

Justru itu adalah lebih praktikal di dalam UMNO, undian ke atas pencalonan dan pemilihan MT dan jawatan yang lebih tinggi dibuat dengan mengambilkira jumlah undi sebenar yang dibuat oleh perwakilan cawangan di mesyuarat bahagian ( Pilihanraya Parti ). Undian dibuat secara ‘kertas undi’ dan dikumpulkan/dicampur dari satu bahagian ke bahagian yang lain sehingga selesai. Mana mana calon yang mendapat jumlah undi terbanyak dikira menangi secara mutlak jawatan tersebut. Dalam hal ini tidak timbul soal kuota kerana semua layak dicalon dan bertanding hatta akhirnya calon itu sendiripun tidak memilih dirinya sendiri.

Perhimpunan Agung UMNO Malaysia pula hanyalah satu mesyuarat yang hanya mengesahkan pemilihan tersebut dan seterusnya menjadi tempat berbahas dan memperbaharui polisi parti dan seterusnya menjadi dasar kerajaan selepas dihalusi.

Jika ini dipraktiskan, ia akan meminimakan politik wang dan memaksimakan suara akar umbi. Pemilihan cara ini wajar dijadikan ‘wajib’ secara undang undang kepada semua parti politik termasuk pembangkang supaya pemilihan benar benar telus tanpa peralihan kuasa gila dan kronis

Kebebasan bersuara, siapa yang dikecualikan..

Tidak kira wartawan, akhbar, penulis, ahli politik atau orang awam sekali pun, mereka harus bebas bersuara tetapi juga harus bebas diambil tindakan atau saman oleh mana mana pihak tanpa syarat. Tidak wajar ada kebebasan di sebelah pihak atau ada undang2 lain yang mengecualikan mereka atau sesuatu pihak yang lain.

Tetapi selesaikah masalah itu atau persaolan itu ??

Tetapi yang lebih tidak mengerti kenapa dalam bercakap mengenai kebebasan bersuara dan berpihak, kenapa pula ada unsur memaksa dan mengugut satu pihak lain untuk berpihak kepada siapa saja yang dia suka dan dengan apa jua alasan yang dia beri.

Anehnya pembangkang setiap hari mengeluarkan dakwaan demi dakwaan sejak saya dilahirkan hingga sekarang, tetapi bila bercakap mengenai bukti atau diterjemahkan sebagai tindakan mengikut lunas undang undang, terlalu sedikit, habuk pun takddak sampai sekarang.

Jika pihak polis atau BPR atau mana mana institusi gagal ( jangan lupa termasuk pembangkang, tidak dikecualikan ) maka wajar pihak yang mendakwa mengheret perkara itu kemuka pengadilan.

Tetapi akhirnya jangan lupa, kuasa untuk menilai sesuatu pihak ( kerajaan atau pembangkang) akan dibuat oleh rakyat melalui pilihanraya. Pembangkang atau kerajaan pasti tidak mampu menipu rakyat pada setiap masa dan pada semua perkara.

Dan hormatilah kebebasan dan penilaian rakyat melalui pilihanraya yang memilih parti mana yang membentuk kerajaan. Jangan dirompak kebebasan rakyat itu dengan 'merampas kuasa' dalam apa jua cara.

Jadilah lebih jantan dari jantan dalam politik. Jangan selalu sangat main atau masuk melalui pintu belakang.

Siapa calon 'underdog'

Untuk apa berpolitik? Untuk apa begitu sangat berebut jawatan dan kerusi? Semuanya kerana wang dan kuasa cuma slogannya ialah untuk berbakti kepada bangsa, ugama dan negara.. Dan bagi yang sudah berharta dan berkuasa, perjuangan mereka cuma lebih kepada tamak haloba dan mengekalkan kuasa. Bagi mereka yang sudah berada di atas dan merasa berkuasa begitu liat untuk turun hingga terpaksa dijolok dan dilondehkan, itupun masih mencari simpati dan meraba peluang kalau kalau dapat bertakhta sampai mampuih.

Politik melayu percaya, hanya dengan kuasa politik mereka boleh berjaya dan kaya, ekonomi diratah melalui politik dan bukannya melalui usaha dan kegiatan ekonomi itu sendiri.

Ia berbeza dengan orang cina yang hanya memerlukan sedikit kuasa politik untuk mengambil peluang awal dan kemudiannya menjalankan aktiviti ekonomi itu sendiri menjadi empayar dan terlalu kecil sangat selepas itu untuk bergantung kepada politik, malah lebih suka menjadi penyumbang kepada dana politik untuk kekal berpeluang.

Samada overdog atau underdog, mereka tetap anjing.

Tuesday, October 14, 2008

Sokongan kepada pembangkang merosot.

Adakah pembangkang semakin kuat sekarang ini berbanding dengan sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Melihat kepada pihak pembangkang, Anwar yang munafik dengan memutarbelitkan tarikh pengambilalihan kerajaan dan peristiwa celupar Teresa Kok dan banyak lagi insiden mempengaruhi suasana rakyat yang pembangkang terutamanya harus menilai semula pengaruh mereka di kalangan majoriti rakyat yang mempunyai kuasa mengundi yang kuat.

Kekuatan mereka kini lebih bergantung kepada PAS yang agak stabil dari segi pendapat dan tindakacara, lebih sederhana dan realiti.

Kalangan penyokong2 pembangkang juga tidak banyak menyokong pembangkang dalam ertikata mempengaruhi pengundi untuk terus setia dengan pembangkang atas sikap mereka yang perkauman tebal, egois dan melampau, kebanyakkan mereka lupa asal usul nenek moyang mereka, mereka yang dulunya merempat kini bercakap tentang hak melebihi sempadan dan tanpa berlapik.

Melihat sikap mereka di blogg Rockys Bru sehari dua ini menggambarkan penyokong pembangkang sudah tidak melihat 'isi' tetapi lebih kepada kulit dan luaran serta lebih menggunakan nada ugutan dan paksaan terhadap penulis supaya lebih memihak kepada kita. Mereka menjadi fobia dan ketakutan yang amat sangat, cemas tidak menentu bila mendengar nama dan pengaruh Mahathir dalam kerajaan kepimpinan baru sekarang.

Walaupun berita itu tidak mungkin betul tetapi jelas pembangkang dan penyokong pembangkang sudah merasai nyawa mereka cukup terancam, impian mereka menjadi kabur dan rakyat sukar diperbodohkan lagi jika Mahathirism kembali menjadi ideal dan idola rakyat.

Untuk memenuhi cita cita mereka, Dolah masih kasih dan sayang untuk memberi mereka masa sehingga Mac 2009 untuk melakukan sesuatu jika mahu mengambialih kerajaan, sebab itulah Anwar yang kena sumpah kembali memberi janji untuk nafas baru kepada Pakatannya dengan disokong lebih kuat kali ini dari PAS dengan Nik Aziz terpaksa turun padang dan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang menyokong Pakatan. Nik Aziz begitu kemaruk mendapatkan kuasa kerajaan sehingga tatasusila Islam untuk membentuk kerajaan sudah terpesong dan cacat. Hadi Awang hanya memerhati bagaimana liciknya Anwar memberi gula gula dan mempengaruhi Nik Aziz dengan begitu mudah. Begitulah kecilnya Nik Aziz yang terperangkap dengan mainan politik kulit yang menjanjikan 'Islam' diberi tempat.

Selepas mac, selepas Najib menjadi PM, jika pembangkang masih gagal, anggaplah mereka gagal selama lamanya kerana mereka tidak mengambil kesempatan di atas kelemahan parti kerajaan sekarang sedangkan Dolah sudah membuka pintu besar seluasnya untuk mereka masuk.

Nama Mahathir - menjadi igauan dan ketakutan yang amat sangat bagi mereka. Nama Mahathir merupakan satu kekuatan kerajaan.

Blogg ini mengalu ngalukan penyokong pembangkang untuk meluahkan rasa isi hati mereka secara melampau tetapi segala pendapat dan tulisan adalah tanggungjawab sendiri. Tiap daerah ada sempadan, tiap kubur ada dua batu nesan.

Saturday, October 11, 2008

Mat Taib - pasrah yang parah

Salah satu perangai Dolah ialah mengambil semula orang2 tertentu yang sudah 'terbuang' untuk diberi tempat, antaranya ialah Zahid, Zaid, Mat Taib, Sharizat dan Mashitah. Jadi tidak hairanlah mereka selalunya berkhidmat semata mata untuk Dolah dan bukannya untuk parti, tentulah lebih jauh untuk berkhidmat demi negara, bangsa dan ugama. Tetapi merekalah juga yang kerap melaungkan untuk ugama, bangsa dan negara dalam setiap aktiviti mereka.

Hari ini, salah seorang penyokong tegar Dolah telah menawarkan dirinya sendiri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO dan setakat ini belum lagi mendapat pencalonan walaupun beberapa UMNO Bahagian Selangor telahpun bersidang. Mat Taib yang mengetahui sudah tidak punya tempat lagi untuk dilantik jika benar Dolah muktamad tidak mempertahankan jawatan Presiden dan PM telah mengambil langkah drastik/kamikaze mencalonkan dirinya untuk jawatan Timbalan Presiden. Adakah dia mampu melayakkan dirinya untuk bertanding ??? Jika 10 tahun dahulu, Mat Taib mampu membeli perwakilan tetapi kali ini, dia hanya mampu membayar tetapi samada undi akan menyebelahinya sudah sukar diramal lagi.

Kepada Mat Taib, eloklah dia bersiap siap untuk melambai tangan, nasibnya lebih buruk dari Dolah.

Peluang menang Timbalan Presiden: Muhammad Taib pasrah
11/10/2008 4:31pm


KUALA LUMPUR 11 Okt. — Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhamad Taib hari ini berkata beliau pasrah mengenai peluangnya untuk menang dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.

“Saya berserah kepada Allah, bahagian (dalam parti) dan ahli-ahli UMNO,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad di sini.

Wednesday, October 8, 2008

Fikiran ke 2 yang difikirkan...

Pengumuman Dolah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden adalah keputusan tubuh badan individu yang dipilih tanpa pertandingan suatu ketika dulu. Hari ini beliau mengumumkan atas dasar desakan dan cakap cakap bahawa itu adalah kemahuan akar umbi dan Dolah secara lakonannya akur dengan 'suasana' tersebut.

Tetapi pengumuman itu tidak total dan tidak membuat apa apa kondisi sebaliknya dilapik dengan 'kerja kerja murni yang akan diteruskan' senada dengan hasrat dan matlamat pembangkang. Dolah terjun dari bangunan yang tinggi tetapi dalam masa yang sama meraih simpati dan psikologi kepada rakyat dan ahli UMNO bahawa cita cita murninya untuk bangsa, ugama dan negara telah disabotaj.

Berhati hatilah dengan permainan cantik politik ini.

Peerhatikan selepas ini adakah ada suara suara yang mengatakan bahawa Bahagian si fulan dan si fulan tetap mencalonkan Dolah untuk jawatan Presiden kerana jawatan itu adalah hak dolah untuk mempertahankannya dan demokrasi tidak menghalang sebarang pencalonan walaupun si fulan telah mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya. Berdasarkan ketekunan dan iltizam Dolah meneruskan kerja kerjanya tidak mungkinkah si musuh akan jadi kawan dan yang lain lain merasa kesihan dan simpati kepada si lembek yang sedang diganyang.

Karpal Singh jika dibenarkan sebagai ahli UMNO sudah tentu menawarkan diri menjadi Pengurus Kempen untuk mempertahankan Dolah semata mata memastikan mimpi partinya menjadi sebahagian kerajaan tercapai. Zaid Ibrahim mungkin sanggup mendermakan seluruh hartanya untuk kos kempen Dolah.

Kewaspadaan harus sentiasa berada di tahap tertinggi bagi yang merasakan kegembiraan melampau atas pengumuman dolah tersebut kerana 'musuh akan membiarkan dirinya nampak lemah sebelum dia kembali menyerang' terutama jika di dapati lawannya terlalu asyik bergembira atau ketika dia mendapat senjata baru serta bisikan bisikan bakal lebai lebai malang.

Sudah pasti demokrasi menghalalkan cara, termasuklah UTurn untuk Dolah membiarkan dirinya dicalon, cukup kelayakan dan bertanding. Tentunya tidak ada perbezaan dalam pengumuman samada mempertahankan atau tidak mempertahankan jawatan Presiden.

Individu Ke 2 yang Perlu Disingkirkan..

Pengumuman Dolah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO disambut dengan rasa lega oleh minoriti rakyat (akar umbi UMNO) dan sebak oleh majoriti rakyat ( pembangkang dan segelintir kroni UMNO). Sebak kerana mereka kehilangan 'individu' yang boleh menjadikan impian mereka untuk menjadi kerajaan akan terus hancai. Mereka boleh terus mengekalkan status 'pembangkang yang kuat' untuk musim ini.

Dalam ranking, Dolah adalah pemimpin pertama dan utama yang perlu berkorban untuk turun dari atas bagi memenuhi kehendak rakyat yang mahu mencuba nasib dengan pemimpin baru seperti Najib atau yang sewaktu dengannya. Bagaimanapun tidaklah semudah itu kerajaan hari ini untuk tangani pelbagai masalah yang telah ditinggalkan Dolah dengan segala kerenah dan masalah.

Adalah menjadi satu lagi missi kepada rakyat untuk terus meminggirkan individu kedua yang dianggap penting untuk disingkirkan, iaitu musuh dalam selimut yang sama statusnya dengan Dolah malah lebih teruk, iaitu pengacau dan mampu menjual negara kepada kuasa asing, individu yang mengetuai pembangkang ini mampu menjadi pengacau kepada kestabilan negara untuk terus harmoni dan makmur.

Kerajaan harus bertindak tegas, once for all.

Monday, October 6, 2008

Atas kemahuan BN - Dolah mempertahankan jawatan.

Selepas mesyuarat dengan semua komponen BN besok 3.00 ptg, Dolah akan mnegumumkan mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus tetap sebagai PM Malaysia hingga ke satu tarikh yang difikirkan sesuai, itu akan diperbincangkan dengan Najib.

Keputusan diambilkira atas kepentingan negara di mana projek projek yang sudah dirancangkan perlu pengawasan dan perlaksanaan yang akan dipantau sendiri oleh PM untuk kebaikan dan kemakmuran rakyat, lagipun itulah janji dalam manifesto BN dan PM tidak akan lari dari tugas dan tanggungjawab.

PM juga mendapat sokongan padu dari komponen BN untuk terus kekal menerajui negara kerana segala bentuk perlaksanaan adalah hasil keputusan kolektif kabinet dan sebarang kegagalan atau kelewatan perlaksaan projek kerajaan bukanlah kelemahan atau kegagalan PM seorang sahaja.

Dolah juga percaya jika akar umbi dimaklumkan dengan jelas kedudukan politik negara, mereka akan faham dan terus memberi sokongan kepadanya. Oleh itu tidak timbul gagal mendapatkan jumlah pencalonan kerana MT akan membentuk satu jawatankuasa penerangan diketuai Najib untuk turut memperjelaskannya kepada akar umbi dan dalam hal ini Pemuda juga akan turut turun ke bawah untuk sessi penerangan. Apa yang berlaku sebenarnya ada segelintir bekas pemimpin yang cuba sabotaj keharmonian akar umbi.

PM berharap tidak ada pertikaian lagi dibuat selepas ini kerana dia perlu menumpukan banyak masa kepada kerja kerja membangun negara dan rakyat menulis surat kepadanya meminta supaya isu ini diberhentikan, malahan jika ada lagi pertikaian ia boleh dianggap mengancam ekonomi dan keselamatan negara.

Aduhai....mimpi lagi aku rupanya..

Tokoh yang ditakuti KJ..

Mukhriz dan Khir Toyo bukanlah calon yang sukar untuk ditewaskan dalam pertandingan Ketua Pemuda, mengikut kata orang kuat KJ, sebenarnya KJ lebih risau kepada seorang lagi calon wibawa yang berasal dari Negri Sembilan kerana bukan sahaja keintelektualannya sama hebat dengan KJ malah sering mempunyai idea hebat ketika berpidato.

KJ akan kalah badi kalau tokoh muda ini turut dicalonkan kerana pada setiap majlis yang dihadhiri oleh tokoh muda ini, ribuan akan menghadhirinya, malah pernah dalam satu majlis, walaupun hujan lebat turun, tetamu masih tidak berganjak dari tempat duduk.

Teori RAHMAN yang dikaitkan N dengan Najib mungkin tidak menjadi kenyataan jika tokoh muda ini dapat diketengahkan kerana namanya juga bermula dengan huruf N, dan ini sekaligus boleh memusnahkan harapan KJ untuk menjadi PM yang termuda. Setakat ini tokoh muda ini belum mengumumkan keputusan untuk bertanding untuk mana mana jawatan.

Dari sumber yang rapat, ASTRO mungkin bersedia menaja tokoh pemuda ini untuk maju jauh lebih ke hadapan dan ini sekaligus media ASTRO akan digunakan sepenuhnya untuk memaparkan tokoh ini ke peringkat yang lebih nasional dan global dan ini merupakan tamparan hebat kepada sesetengah pihak.

Mampukah KJ berhadapan dengan tokoh pemuda ini, apa kaitannya dengan Rais Yatim ? Bahagian manakah yang akan mencalonkan pemuda ini.

WAlaupun pemuda ini tidak pernah melibatkan diri dalam politik selama ini, tetapi beliau cukup popular sekarang, kita harap Nabil akan terus maju di bidangnya dan tidak menjadi takutan dan batu penghalang kepada KJ.

hehehehehehe

Sunday, October 5, 2008

Hindra!!!!

Kaum India bergerak maju http://www.missmalaysiaindianglobal.com/finalists/finalists.html

Top Bloggers Di Bayar

Pecah dan perintah merupakan dasar yang masih diteruskan dalam pelbagai segi supaya rakyat tidak melihat apa jua agenda tersembunyi untuk mereka kekal berkuasa atau mahu merampas kuasa. Mereka mencaturkan segalanya, bagi mereka, ini permainan, mengumbang ambingkan rakyat dengan tindakan mereka dan kemudiannya melancarkan satu plan kesejahteraan adalah retoriknya.

Prasangka kaum diteruskan dengan mengujudkan puak pelampau untuk mendesak, Hindraf adalah anak didik Samy Vellu yang terlepas kandang dan lawan towkey akibat dasar kuku besinya sendiri.

Bloggers juga berperanan memporak perandakan ekonomi dan politik Malaysia, mereka disogokkan berita dan kemudian 'dibayar' untuk mensensasikan berita, mereka dibayar untuk menulis yang benar sehingga akhirnya mereka menulis 'semua yang dibayar' tanpa sedar mana satu berita yang benar dan palsu. Masuk lokap atau penjara atau bakal ISA bagi mereka sekadar satu 'tingkat' dan status untuk 'demand' bayaran yang lebih tinggi. Mereka masuk 'sekolah' untuk terus berani dan kebal dan bebal. Mereka dibayar untuk duduk di 'ranking' yang tertinggi dan berpengaruh. Bloggers yang belum pernah kena 'cekup' dianggap less class, belum cukup masak, belum cukup hempuk.

Hari ini sesuatu yang 'buruk' atau 'antik' akan dibayar dengan harga yang lebih tinggi dari yang benar dan betul.

Syawal Masih Menunggu

Kita telahpun melalui satu 'blok' bermaaf maafan yang luas sempadannya hinggakan hati yang berdendam pun terbuka untuk memaafkan kesilapan dan kesalahan yang lalu. Kita begitu tersentuh dan mudah memaafkan sesiapa sahaja pada ketika awal syawal masih terasa. Bagi yang berhajat memohon maaf atau menyambungkan semula siratulrahim atau berbaik sangka selepas ini (renew the frienship) eloklah segera berbuat demikian ketika mood Syawal masih ada.

Di blog ini atau di mana mana blog, saya juga menyusun jari memohon ampun dan maaf di atas sebarang bicara dan kata yang silap dan salah, sengaja atau tidak, di bibir atau di hati. Selepas ini kita akan bertemu dan berbicara lagi dalam isu isu yang lebih panas dan sensasi, pastinya yang telah dimaafkan sudah menjadi sejarah tetapi bagaimana pula yang mendatang..kita relakan kerana kita ada kesempatan bermaafan lagi ???

Isu ekonomi, dan sebahagian isu sosial kita mampu secara individu, berkumpulan, keluarga, masyarakat dan kampung/taman untuk selesaikan, tetapi isu politik khususnya di peringkat paling atas yang bukan perwakilan UMNO, apakah kemampuan kita/mereka ? Apakah pendapat kita akan menjadi panduan perwakilan untuk membuat undian.

Sumber sumber yang mengesahkan Dolah akan bertanding Presiden seolah nampak akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Syawal belum berlalu, kita sudah menyinnsing lengan baju di tangan..

स्यवल यांग बलम बेर्लालू

Wednesday, July 2, 2008

अनवर दी माकन Sumpah

Di antara 5 negeri yang diperintah oleh Parti Pakatan Rakyat, nyata Selangor di bawah kepimpinan PKR melahirkan banyak isu yang kurang menyenangkan atau tidak lancar seperti yang dijanjikan. Bukanlah 100 menjadi kayu pengukur kepada 5 tahun tetapi jika di dalam tempoh 100 hari sudah banyak peristiwa, bagaimana dalam tempoh 5 tahun.

Bermula dengan isu penternakan babi di kawasan Melayu yang turut dieksploit dengan baik oleh UMNO, disusuli lagi beberapa kes seperti isu air percuma, bantuan kewangan kepada anak selangor, perlantikan adik Anwar dalam agensi kerajaan negeri dan yang terbaharu laporan BPR oleh Ezam di atas penyalahgunaan kuasa pejabat MB Selangor. Ini adalah di antara isu dan menimulkan perasaan tidak puas hati bukan sahaja di kalangan rakyat atau pengundi malahan ahli PKR itu sendiri. Jika kita ingin halusi lagi hal hal ini, eloklah layari blogg Khir Toyo, Pemimpin Pembangkang selangor yang aktif.

Persaolannya kenapakah isu ini telalu banyak di SELANGOR, di bawah kepimpinan PKR yang diungguli Anwar. Adakah sudah menjadi satu 'sumpahan' bahawa jika apa sahaja yang Anwar berada di dalamnya maka semuanya akan menjadi kacau bilau dan tidak menentu. Adakah Anwar melangga pantang larang dan sumpahannya sendiri? Apakah 5 tahun merengkok di penjara tidak membawa apa apa keinsafan kepada Anwar untuk belajar jadi baik dan pemaaf, tidak lagi membuat onar atau kerosakan alam.

Kes terbaharu Anwar, apapun teorinya, tentulah ia bermula di sebabkan gelagat Anwar sendiri yang terlalu rakus untuk berkuasa sehingga dengan megah melaungkan kemasukan 30 MP BN ke dalam PR sebelum 30 September ini. Bukankah cara itu tidak bermoral ? Kalau Anwar berterang terangan melakukan sesuatu yang tidak bermoral, bagaimana tidal mungkin pula melakukan perkara yang tidak bermoral di dalam kegelapan.

Terserah kepada Anwar untuk menangani permasalahan peribadinya kini yang cuba mengheret rakyat untuk besamanya. Adakah Anwar terlalu lemah dan lembek untuk menyelesaikan kusutnya hingga rakyat di ajak bersama. Adakah kita memerlukan bakal PM yang begitu terdesak dan pendek akal untuk mempertahankan dirinya sendiri.

Bukankah Anwar menggambarkan dirinya sebagai seorang ilmuan dan pakar rujuk pemimpin luar negara malah pensyarah berbayar universiti dunia sebelum ini. Adakah Anwar menjadi ayam betina atau ayam turki di dalam negara sendiri.

Kenapaa dipertikai polis dan kehakiman sekarang jika hakim dan polis yang sama menangkap dan melapaskannya dirinya dari pertuduhan.

Anwar tidak boleh dipercayai, penuh dengan tipu muslihat hingga dia melihat orang lain pun sama putar macam dia.

Thursday, May 29, 2008

Ketidakstabilan politik-ekonomi Melayu tehimpit

Progam Kebajikan Ummah Melayu Islam - Eksklusif

Dapatkan Bantuan Kewangan dan Insentif melalui Citiloan And Mortgage Sdn Bhd (344917X)–bukan sebagai pinjaman atau subsidi

Syarat Kelayakan:
v Melayu Islam / Lelaki atau Perempuan sahaja
v Berumur 13 tahun pada tarikh penyertaan
v Warganegara Malaysia dan Brunei sahaja
v Penduduk Bumi Sabah / Sarawak yang berugama Islam sahaja
Sila sms nama, nombor kad pengenalan dan alamat ke talian
016 880 2180 dengan segera untuk dijemput ke taklimat yang akan dibuat di daerah tuan/puan.
Sebarang pertanyaan melalui telefon tidak sesuai dan tidak dapat dilayan. Terima kasih

Tuesday, May 6, 2008