Sunday, March 1, 2009

Najib Jumpa Anwar.

Anwar pernah dipecat dan terkeluar dari politik Malaysia tetapi kerana politik sudah menjadi darah dagingnya dia kembali semula... berbanding dengan Najib yang berada di persada politik ketika muda dan selesa tetapi getir ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Kegetiran berlaku kerana tingkah laku Anwar yang sentiasa mencari lubang untuk mengaibkan Najib dan getir kerana tingkahlaku Paklah yang flip flop sampai sekarang.

Getir juga kerana terpalit tuduhan yang gagal dinafikan secara sempurna dan kelemahan politik dalam pendekatan dan keputusan lebih lebih lagi gagal menjadi hero rakyat ketika Paklah diambang kebencian dan ditolak rakyat.

Peranan yang gagal inilah dapat disambar oleh Anwar dengan mudah dan menjadi idola kepada penyokong yang marah dan kesal kepada Najib yang sama lembek dengan Paklah.

Anwar tanpa belas dan kasihan terus memburukkan Najib dengan pelbagai konspirasi dan tuduhan liar supaya rakyat benci kepada najib, benci kepada kerajaan dan sekaligus memudahkan laluan Anwar ke puncak kuasa.

Anwar tidak berjaya sepenuhnya memburukkan Mahathir malah Anwar yakin dia akan hilang simpati rakyat jika terus melampau memburukkan Mahathir dan yang lebih penting Anwar tidak mendapat apa apa untung untuk memberi tumpuan dan masa kepada isu Mahathir dan Mahathir pun sudah tidak punya kuasa dan tidak memberi ancaman langsung kepadanya.

Memburukkan Najib dan menjatuhkannya samalah juga menyekat pengaruh Mahathir.

Terpenting, Anwar tahu dia bersalah dan Mahathir benar - dan dia tidak mampu melawan kebenaran.

Anwar tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk berada di garisan penamat untuk berkuasa atau akan terus hilang peluang jika Najib berjaya disahkan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia - sesuatu harus dilakukan, do or die March ini !!!!!!!!!!!!!!

Najib mungkin hanya mengharapkan nasib untuk menyebelahinya kerana jika dalam berperang - Najib sudah hilang daya juang dan askarnya lintang pukang, Generalnya pun tidak sehaluan malah mahu berbunuh bunuhan sedangkan Anwar walaupun ada kepincangan masih mampu merapatkan pakatan walau berbeza fahaman.

Satu cara yang pasti - Najib mesti berjumpa Anwar untuk satu toleransi dan kedamaian untuk keberuntungan Melayu dan Islam dan PAS adalah jambatannya dalam tawaran Kerajaan Perpaduan.

Najib mesti secara terbuka membuat tawaran kepada Anwar untuk berdamai dan mencari jalan satu titik pertemuan dan persefahaman dari kemelut politik yang menjejaskan ekonomi negara.

Najib mesti akui dari segi kematangan dan strategi politik dia ketinggalan jauh dari Anwar tetapi dia akan menang dan mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat jika 'ikhlas' dan Anwar akan ditolak dan tewas jika enggan berdamai dengan Najib melalui kesaksian PAS.

Hadi Awang sebagai Perdana Menteri, Najib sebagai Timbalan dan Anwar sebagai Menteri Kanan atau Penasihat Negara dan Nik Aziz sebagai Mursyidul Negara.

Apakah mereka sanggup demi rakyat atau masih mahu bermain politik.

10 comments:

  1. Saudara

    Amat lucu cadangan saudara ... Hadi Awang sebagai PM Malaysia???...hmm,kalau begitu baik cadangkan PakLah jangan letak jawatanlah,kurang malu sikit nak bawa Malaysia ke peringkat antarabangsa!

    rakyat terengganu jati

    ReplyDelete
  2. Speculative.

    The factor you did not bring into your analysis is Anwar's faith in the trial.

    The sodomy charges against him, as many very reliably informed sources say, is sign, seal and delivered.

    The proof will shock everyone and an undeniable proof of allegations against him.

    It will prove all his claim of fabrication and conspiracy theory is a lie.

    This dispicable man is going down.

    ReplyDelete
  3. Cadangan yg SANGAT IDEAL tapi sampai kiamat pun tak akan capai kalau di lihat dari akhlak-akhlak ahli parti politi masa kini rata-rata mementingkan diri sendiri dari RAKYAT dan NEGARA.....wASSALAM

    ReplyDelete
  4. oooi, seronok kalau ada kerajaan campuran najib-anwar. yg jadi pm dan sebagainya boleh bincanglah.
    yg lebih penting ialah negara kurang sikit cerita-cerita politik perpecahan yg dikhuatiri menakutkan pelabur asing dan memecahbelahkan masyarakat.
    ish ish ish, baca cerita2 dari ipoh, pening kepala hamba dibuatnya. kepala pusing macam baru kena panah petir.

    ReplyDelete
  5. Anon

    Hadi Awang mungkin nampak kurang 'image' tapi personaliti masih sedikit bersih.

    A Voice

    Anwar masih ada penyokong setakat ini, DAP dan PAS mungkin mempergunakannya sahaja - sama sama berkepetingan.

    Abuarif

    Itu sahaja pemimpin terkini yang kita ada - tiada pilihan?

    rem

    Betul tu, dah naik 'mual' dengan politi malaysia - haru

    Terima kaeyyyyyy pada semua.

    ReplyDelete
  6. Najib tak sebodoh itu untuk bersama depa. Parti pembangkang Melayu ni, tiada pegangan..sanggup gadai apa saja untuk dapat kuasa, malah ada yang sanggup menghalalkan apa saja yang dulunya haram, semata-mata untuk puak depa.. Parti Pembangkang Melayu macam lalang... LALANG KALAU KERING MUDAH TERBAKAR..
    Perbetulkan UMNO, InsyaAllah akan balik berkuasa macam zaman Mahathir..

    ReplyDelete
  7. anon..

    Ada gaya ke Najib dapat membetulkan UMNO..
    nampak macam makin runcing.

    ReplyDelete
  8. Kluangman,
    Kalau tanya orang di bawah Kementerian Pendidikan dan Pertahanan.. memang ada banyak perubahan.. Perubahan yang amat ketara berbanding dengan menteri-menteri yang terdahulu. Sekurang-kurangnya dapatlah cikgu-cikgu dan soldiers kita naik pangkat..banyak peluang. Itu yang tersurat.. yang nampak. Yang tersirat.. Wallahu'alam.. Terlalu sangat mengandai dan menilai perkara tersirat yang tak nampak dek mata kasar..takut jadi fitnah.
    Bagi dia peluang.. kita tengok macamana..

    ReplyDelete
  9. Anon..

    Jika diberi pilihan Dolah dan Najib, tentulah memberi peluang dan meletakkan harapan kepada Najib seribu kali lebih baik kerana samada Dolah ok ke tidak - kita dah sama sama merasa.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...