Friday, March 27, 2009

UMNO tidak ranap sekadar KJ


Dikemaskini 28hb March 2009
Kemenangan KJ yang diragui dan Keputusan Lembaga Disiplin dan yang sewaktu dengannya samada betul atau tidak tetap jadi isu dalaman UMNO sekarang - bila nak selesai ? - tak habis habis.

Posting asal: 17hb March 2009
Kepada penyokong Mukhriz yang masih terus kecewa, wajar tempat itu (Ketua Pemuda) tidak lagi dijadikan tempat keramat untuk berbakti kepada UMNO, masih ada ruang dan cara lain untuk meneruskan perjuangan ini.

Tidak perlu protes atau laporan polis, hentikan kerja sia sia yang terus meranapkan parti kerana UMNO kena dibangunkan semula dengan penyatuan ahli dan pemimpin walau berbeza pendapat. UMNO tidak mantap sekadar Najib dan UMNO tidak ranap sekadar KJ - UMNO akan hancur jika tidak bersatu.

Sudah terlalu lama politiking sehingga banyak agenda lain terganggu dan tidak tercapai, Melayu semakin jauh ketinggalan, Melayu semakin dipertikaikan dan Melayu sedang diperkotak katikan oleh Melayu yang lupa daratan bersekongkol dengan bukan Melayu yang lupa asal usul.

Jawatan adalah amanah untuk dipikul, jika ada kemenangan yang palsu biar masa menjadi saksi terpenting dan masa juga akan meletakkan seseorang yang benar untuk berada di puncak kuasa, atas izinNya. Persepsi dan emosi yang berlebihan akan merugikan.

Dan MASA sekarang dan MASA ini adalah MASA untuk menebus dosa dan kesilapan lalu.

1 comment:

  1. Kami sayang UMNO...
    Kami cuma tolak perasuah..

    Adakah kami nampak tidak berguna..
    kerana menentang Ketua Pemuda.

    Rasuah adalah perosak parti.
    Rasuah umpama barah dan penyakit.
    Rasuah boleh menghancurkan agama dan negara.

    Salahkah kami ingin melihat masyarakat membuang ketumbuhan penyakit yang bakal dijadikan bahan kempen pembangkang.

    ADAM AMIN
    Kg Jerlun, Kedah.

    ReplyDelete