Tuesday, April 14, 2009

Najib kena sekaligus, cepat dan tepat.

Dalam keadaan ekonomi semakin goyah dan politik dalaman UMNO dan BN makin kusut, Najib akan membawa negara ke arah yang lebih tidak menentu terutama ketika keserasian PM dan TPM belum senada.
Dalam hal ini Najib perlu tangani kedua duanya sekaligus, cepat dan tepat. Jawapan politik harus menjadi keutamaan untuk mengawal ekonomi menjadi lebih buruk kerana ia berkait dengan keyakinan pelaburan dan rakyat Malaysia sendiri untuk harus tidak panik atau tiba tiba merudum.

Perpecahan Melayu dan Islam terutama di antara PAS dan UMNO yang menunjangi politik Malaysia harus diselesaikan terlebih dahulu, bukan untuk ego dan kepentingan mereka tetapi untuk rakyat Melayu dan Islam dan paling utama untuk rakyat malaysia.

Kelemahan penyatuan PAS, UMNO dan ketidaktentuan Melayu di PKR diambil kesempatan oleh parti2 komponen BN dan pembangkang yang berteraskan ras masing2 untuk terus bersikap perkauman dan budaya mengugut.

Sudah sampai masanya Najib mengisitiharkan persetujuan dan sekaligus pelawaan lepada PAS untuk duduk bersama dalam situasi menang menang untuk terus mentadbir negara. Muhyiddin yang keliohatan lebih bersih harus diberi peluang lebih baik untuk memsbawa UMNO dan PAS duduk semeja.

Jika ini berlaku:

Sedikit kekecohan di UMNO antara yang tidak bersetuju dan bersetuju dan sebahagian kecilnya akan menyertai PKR.

Kekecohan lebih besar berlaku di dalam PAS dan membahagikan kepada dua kumpulan besar (sekarang pun sudah ujud gerakan seperti itu) dan senarionya PAS akan bergabung dengan UMNO dan sebahagian besar (45%) akan menubuhkan parti Islam baru dan sedikit sangat bersama PKR.

Kekecohan tsunami akan berlaku di dalam Pakatan apabila PAS keluar. Riuhnya seperti di pasar, ada yang kena lelong, ada yang kena rebut, ada yang kena jual, ada yang kena beli - senario akhirnya beberapa orang Wakil Rakyat Parlimen dan DUN akan melompat masuk PAS atau UMNO.


Senario itu lebih baik dari sekarang.

8 comments:

  1. Maaflah sedara.
    Yang minat sangat dengan teori kacau bilau ni mengapa?
    Yang dengki sangat bila orang nak bekerja ni buat apa?
    Kalau engkau nak menegakkan sangat fahaman politik kacau bilau macam ni, engkau boleh berambus dari negeri ini.
    Sekarang masa untuk orang bekerja bukan bersuka ria main politik.
    Kalau engkau tak ada kerja duduk diam melancap lagi bagus.

    ReplyDelete
  2. jangan laa harap PAS nak masok BN kau... tinggal cakap dan mimpi-mimpi kosong orang umno je..

    PAS reject idea bangsa.. yang diorang amik pakai ISLAM.. sebab ISLAM untuk semua..

    poodah... MELAYU dengan ISLAM tak sama la.. tak masok skolah ke?

    soalan aku bile nak jawab.. kah kah kah kah kah...

    ReplyDelete
  3. Idea akar umbi PAS dan PKR boleh didengar..
    Semua masuk bakul...

    Jika BOS depa kata itu, kata ini...
    Mereka ikut saja tanpa berfikir seperti itik pulang petang.

    Yang penting.
    Jika kepala sahsiah UMNO dan PAS bersatu.
    Suara-suara dalam tin kosong akan hilang apabila mulut depa ditutup.

    ADAM AMIN
    Kg, Jerlun
    Kedah.

    ReplyDelete
  4. Maaf atas komen kasar diatas.

    Cuma politik sepatutnya mengenai pentadbiran yang baik demi memajukan masyarakat dan negara.

    Politik tidak sepatutnya jadi mainan untuk menjatuhkan pentadbiran dan menjadikan huru hara. Cukuplah Thailand menjadi bukti yang nyata dimana Politik bodoh cuma menyusahkan rakyat.

    Mengapa tidak belajar dengan pengalaman USA. George W Bush adalah seorang yang tidak layak untuk menjadi President USA. Walau macamana pun apabila beliau dilantik, satu Amerika sokong dia walau pun berperang dengan Iraq dan membuat kekejaman satu dunia. Akhirnya "Village Idiot" ini menjadi president selama 2 penggal. Amerika masih tetap macam itu juga.

    Jadi walau seteruk mana Najib, biarlah dia buat kerja kerana orang buat kerja itu adalah lebih baik dari orang yang tidur.

    Tak suka Najib tunggu 3 atau 4 tahun lagi. Buat sementara ini bagi SEMUA orang buat kerja dan jauhkan huru hara macam Thailand.

    ReplyDelete
  5. Istilah suka lihat kepada huru hara sebenarnya tidak timbul dalam isu ini kerana yang dituju adalah satu penyelesaian politik untuk mengembalikan Melayu dan Islam sebagai penunjang kuasa.

    Selagi Melayu dan Islam menjadi teras kepada politik Malaysia, selagi itulah kaum lain dijamin adil dan damai.

    Bagaimana PAS yang dikatakan tidak suka kepada perkauman seperti UMNO yang memperjuangkan Melayu boleh duduk semeja dengan DAP dan Hindraf yang jelas amat dasyat perkauman mereka. Apakah kerana PAS boleh tumpang sedikit tui dan kuasa, maka soal 'bangsa' yang ada pada DAP dan Hindraf dihalalkan dan perjuangan Melayu pada UMNO diharamkan.

    Atau sebenarnya pada PAS mungkin soal bangsa sebenarnya masih ada kompromi cuma pada penyokong yang rosak mental seperti kapitan awe some yang terlebih sudu dari kuah.

    PENYATUAN PAS mewakili Islamnya yang lebih teserlah dengan UMNO yang berteraskan perjuangan Melayu tidak ada cacat celanya kecuali kepada yang bimbang akan kebangkitan semula Melayu dan Islam, kecuali kepada musuh Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia.

    Jika kekuatan ini yang kita cintakan, Najib tidak wajar bersendirian untuk mengharung kemelut politik yang sukar dan hampir mustahil untuk berjaya menguasai semula pesada politik tanahair kecuali dengan bantuan PAS yang masih relevan untuk berfikiran matang dan waras.

    Jika kita gentar kepada sedikit kecelaruan akibat penyatuan ini sesungguhnya Melayu dan Islam akan lebih berisiko di masa hadapan kerana DAP, PKR akan berpakat dengan MCA, MIC, PPP dan lain lain parti komponen BN untuk terus menekan UMNO dan meminggirkan PAS. TIDAK MUSTAHIL KERANA ITU MENGUNTUNGKAN MEREKA.

    Anwar akan disumbat kepenjara jika DAP berkuasa dan Melayu akan seperti anak ayam kehilangan ibu, semuanya pada masa itu sudah terlambat.

    ReplyDelete
  6. kah kah kah kah kah... apa cerita ni kluangman? DAP tu parti perkauman ke? kah kah kah kah kah.. mana kau belajar? kau refer buku teks mana ni?

    DEMOCRATIC ACTION PARTY aka DAP ada sama bunyi dengan MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION aka MCA?

    Hindu Right Action Force aka HINDRAF tak kata mewakili kaum.. kah kah kah kah kah.. kau ni tak paham bahasa kot.. HINDU HINDU HINDU.. HINDU ada sama dengan INDIA ka? kah kah kah kah kah... bangsa INDIA ialah juga dikenali
    sebagai DARK CAUCASIAN... HINDU pulak ialah AGAMA hindu yang berasal dari tamadun hindus yang terletak di lembah sungai indus.. kah kah kah kah kah

    sejak bila PAS mewakili Islam? kah kah kah kah kah... PARTI ISLAM MALAYSIA hanya parti yang berpolitik berteraskan ISLAM.. kah kah kah kah kah kah.. ape kau borak ni? kah kah kah kah kah... jadi kalau nak perjuangkan ISLAM kene masok PAS? mane kau belajar ni.. kau ni duduk mana sebenarnye.. kah kah kah kah kah

    sejak bile DAP perjuangkan bangsa.. kah kah kah kah kah... pegi masok website DAP lepas tu tengok objektif dan misi laa.. baru nak borak..

    gentar kecelaruan? ayat kampung mana laa kau pakai... ISLAM bukan hak orang melayu. kenapa nak gentar kecelaruan? kah kah kah kah kah..

    kenapa ada mungkin dalam ayat:

    Atau sebenarnya pada PAS MUNGKIN soal bangsa sebenarnya masih ada kompromi cuma pada penyokong yang rosak mental seperti kapitan awe some yang terlebih sudu dari kuah.

    kah kah kah kah kah... mana bukti? penyokong rosak mental? kah kah kah kah kah kah.. kapitan? kah kah kah kah kah.. lulusan universiti sintok mana laa kau ni nak berbicara..

    bukti mana bukti... kah kah kah kah kah:

    Anwar akan disumbat kepenjara jika DAP berkuasa dan Melayu akan seperti anak ayam kehilangan ibu, semuanya pada masa itu sudah terlambat.

    mana bukti DAP nak sumbat anwar masok penjara.. kah kah kah kah kah.. member aku yang MELAYU yang TINGGAL di cape town, south africa tu tak da pon macam anak ayam kehilangan ibu. dan kalau anda yang bijak cemerlang gemilang terbilang yang tak penah baca sejarah ni nak tau.. melayu yang di buang ke cape town tu suma keturunan penjuang-pejuang tanah malaya yang sejati. perjuangan diorang lebih radikal dan lebih effective dari tok janggut dan mat kilau.. masing-masin dengan satu misi iaitu MALAYA MERDEKA! bila british rasa perjuangan diorang ni bagi ancaman dan impact yang besar kepada british, lantas diorang suma dibuang negeri ke south africa sana... kah kah kah kah kah..

    apa kau borak ni kluangman? soalan aku bila nak jawab? mana bukti kata rukun islam dan rukun iman takda bukti? aku nak bukti dulu sebelum kau terus kan perbicaraan mengarut kau... tak berilmiah.. dan tak da percambahan ilmu apakan lagi gaya menghentam secara membabi buta tanpa bukti dan dalil yang kukuh... fakta yang kau bagi pon salah.. sebab tak penah ada bukti.. nak cerita apa lagi?

    ReplyDelete
  7. Dari blog Laywer Kampung.
    Thursday, April 16, 2009
    Penang: Whither thou C.A.T. goest, Mr. CM?

    Lim Guan Eng came in as the CM for Penang with a bang, riding high on his *C.A.T. government.

    That was last year... But now baru tak sampai 13 bulan, apa pulak ni?

    KUALA LUMPUR: Mohammad Fairus Khairuddin, who quit as Penang Deputy Chief Minister 1 and as Penanti assemblyman, has given PKR a two-week deadline to clear his name, saying he would otherwise expose a state government and party scandal.

    In an exclusive interview with Chinese daily Nanyang Siang Pau, he said he had inside information related to the internal operation of the Pakatan Rakyat opposition alliance.

    “That is the reason why the party still does not take any action against me,” he said, adding that it was not convenient for him to elaborate at present and urged the press to be patient.

    Read more Fairus: Clear my name or prepare for expose

    “I am innocent. They know what I can do. So do not push me (from taking such step)!” he said, claiming that he had been framed by party insiders. -Fairus (The Star Online)


    *Competent, Accountable, Transparent lagi ke?

    ReplyDelete
  8. kah kah kah kah kah.. kau ni lulusan universiti mana ni? mana boleh amik blog jadi reference untuk perbincangan..

    jawab soalan dulu.. kah kah kah kah kah.. bukti mana bukti?

    bahasa pon tunggang langgang..

    But now baru tak sampai 13 bulan<--- ape ni.. kah kah kah kah kah..

    kau kasi budak muar pon kompem diorg tak paham bahasa macam tu rupa.. mane transparent nye.. kah kah kah kah kah.. ayat inggeris kau pon tunggang langgang pon cakap kau dah paham tulisan orang puteh.. kah kah kah kah kah..

    bukti mana bukti? soalan tak jawab lagi ni.. kah kah kah kah kah..

    bukti cakap bangsa lahir dulu baru agama mana? kah kah kah kah kah...

    mana bukti hadi awang gile kuasa? kah kah kah kah kah kah...

    mana bukti rukun islam dan rukun iman takda bukti.. kah kah kah kah...

    mana bukti anwar buat kabinet bayangan.. kah kah kah kah kah kah...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...