Friday, June 26, 2009

PRK lagi di Perak - ADUN Aulong, Perak sakit mental dan murung?


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Yew Tian Hoe memfailkan saman terhadap Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong yang didakwa menyerangnya dengan semburan lada semasa sidang DUN 7 Mei lalu.

Yew memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di Ipoh pada pukul 11.15 pagi tadi.

Yew mendakwa, berikutan serangan itu, beliau mendapat kecederaan di mata kiri, kejutan mental, trauma, penghinaan umum dan kemurungan.

Pilihan Raya Kecil Negeri Perak dijangka akan berlaku selepas pilihan raya kecil Dun Manik Urai, demikian kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak.

Beliau melihat betapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai ilmu pilihan raya.

No comments:

Post a Comment

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...