Thursday, September 17, 2009

Hari Untuk Bermaaf Maafan..


اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ،
اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا،
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً.
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ،
وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ.
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَحْدَهُ،
صَدَقَ وَعْدَهُ،
وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ،
وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ،
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ،
اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah jualah yang Maha Besar,
Allah Maha Besar dan bagi Allah jualah segala pujian.
Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya,
Segala puji tertentu bagi Allah tidak terhingga banyaknya, Maha Suci Allah pada tiap-tiap pagi dan petangnya.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah melainkan Dia semata-mata dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.
Tiada Tuhan melainkan Allah Maha Esa,
Amatlah benar dan tepat janji-Nya,
Ia telah memenangkan hambanya (Nabi Muhammad s.a.w. ), Ia juga telah menguatkan tentera-Nya dan
Dialah jua yang telah mengalahkan musuh-musuh Islam yang bergabung dan berbagai-bagai golongan,
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.
Kepada semua pelayar, pembaca dan yang sudi memberi komen, maaf zahir dan batin dari saya, kita pasti berbeza pendapat tetapi kita tetap hamba kepada satu Tuhan, Allah SWA.

Kepada yang akan menempuh perjalanan ke destinasi masing masing, selamat sampai dan selamat kembali. Anda masih diperlukan di sini.













2 comments:

  1. Salam Tuan,

    Selamat Hari Raya ..Tapi waktu sama nak tengok juga macamana Hari Raya ni dipolitikkan

    ReplyDelete
  2. Tuan dinturtle..

    Sudah tiga tahun kita berhari raya dengan topik utama ialah 'politik' apabila bertentang mata dengan sanak saudara dan rakan taulan - di sini kita boleh buat survey sejauh mana kerajaan sekarang atau pembangkang di hati rakyat secara puratanya !!!

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...