Monday, October 19, 2009

Zaid bercuti, Najib bagi Cuti.


"Bapa Cuti Cuti Malaysia" - bermula dengan cuti mengejut dan extra yang diberi sempena Deepavali, kini cuti lagi pada 16hb September 2010 - apakah Muhyiddin dan Najib berlumba lumba ke arah itu. apakah itu yang dimaksudkan dengan 'rakyat didahulukan...' atau Najib dan Muhyiddin mahu rakyat riang ria, biar mereka saja berdua bekerja..


Jangan lupa Zaid di PKR pun dah terkena penyakit 'bercuti' - dan 'cuti' itu tandanya masalah besar..


Apabila ditanya mengenai tindakan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk mengisytiharkan 16 September sebagai ‘Hari Malaysia’ dan cuti umum, Tun Dr. Mahathir memberikan komen amat sinis “Baguslah ada cuti lagi. Kita patut lebih banyak cuti. Cuti banyak lagi penting dari bekerja” sambil mengungkap senyuman sindiran “Orang kata saya ini ‘workoholic‘. Saya pun sudah lama bercuti”.



Ketika dalam makmal biologi, Jib dimarahi oleh Cikgu M yang memang terkenal kerana suka melawak.Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa katak untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa kodok ? Kata Cikgu M.

Tapi cikgu, ini kan katak, bukannya kodok Jawab Jib.

Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa katak marah cikgu Mat.

Dengan longlai Jib menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Jib terserempak dengan Din, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat.Kenapa? tanya Din. Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa kodok jawab Jib sambil menunjukkan kodoknya. La. ini katak lah, bukan kodok. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu M.

Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Din hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu M sudah menengking : Jib, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa kodok, sekarang kamu bawa monyet pulak.
Cuti Sekolah Najib Tak nak Tambah ke..

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.
Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?
Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.
Cikgu : Kamu Ramli?
Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.
Cikgu : Kamu Ahmad?
Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.
Semua murid-murid ketawakan Ahmad.
Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.
Dengan semangat Adam menjawab...
Adam : Saya nak pergi Matahari...
Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....
Adam : Kita pergi malam.....


5 comments:

  1. ada cuti komplen, tak de cuti pun komplen. rupanya memang kaki komplen,
    ada blog tulis mcm org bodoh, tak de blog tulis kat dinding mcm org bodoh,
    rupanya memang bodoh

    ReplyDelete
  2. kakaka...copy org punya idea lagi nampak bodoh


    i'm no king

    ReplyDelete
  3. dua anon yang menguatkan lagi UMNO..hahahahaha

    ReplyDelete
  4. kan ini blog syok sendiri..kalau dah bodoh jangan baca, jangan komen..

    Kluangman, mentaliti org keje memang dalam otak depa nak cuti je..

    ReplyDelete
  5. Yang mengata orang lain tu bodoh rupanya seorang yang amat bijak laksmana.... "kalau dah bodoh jangan baca, jangan komen." He.he.he....dia komen tak apa pulak.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...