Saturday, May 29, 2010

Anwar perlekeh cina cina di Malaysia..



Kalau Anwar jadi PM, dia kata TPM boleh ada dua, tak salah...satu bagi kat Cina. Orang India melapas lagi...agaknya orang India memang bernasib malang selalu, yang untung hanya Samy dan anaknya.

Benggali tak boleh dipertimbangkan jadi TPM ke, sementara Karpal masih hidup, elok dipertimbangkan, dia banyak berjasa terutama kepada Anwar, TPM boleh diwariskan kepada anaknya.

Apapula cerita orang Asli, takkan di anaktirikan pula, mereka pun layak dipertimbangkan juga, untuk Anwar tidak bermasalah untuk dia tambah 3 atau 4 lagi jawatan TPM asalkan dia jadi PM.

Sekarang ini Anwar bergantung nyawa kepada DAP ke atau DAP yang nazak tanpa Anwar??? Dan di mana pula keudukan PAS, apakah memadai Hadi jadi TPM1, kecik hati Nik Aziz, nak lantik jadi Mursidul Am Pakatan, larat ke lagi orang tua tu nak mentelaah kitab lain sebab dia jadi Mursidul pada semua ugama.

Kalau perhitungan politik, macamana boneka (Anwar) pula yang mengatur mati hidup mentornya (DAP). Dari segi kekuatan politik Melayu, Anwar tak punya harapan ke Putrajaya kalau tidak dibantu oleh undi Cina dan India. Ini bukan rahsia lagi tetapi suatu kenyataan umum.

Pengumuman Anwar orang Cina hanya layak jadi TPM memang tak patut, suatu yang menolak logik, satu penghinaan kepada kuasa undi Cina sedangkan undi Cina bukan sahaja datang dari Cina DAP tetapi undi Cina MCA dan Cina Gerakan kepada DAP secara diam diam.

Perjuangan politik orang Cina kalau sekadar untuk jadi TPM, sekarang pun MCA boleh dapatkan dari Najibowel, bukan setakat TPM2, Muhyiddin pun boleh bila bila masa berundur untuk memberi laluan untuk TPM1. Ini selera UMNO sekarang, buka jalan, selak kain, londeh seluar baju, semua akan dibagi kepada kawan kawan. Tak cukup dalam negeri, depa bagi bagi kat kawan kawan jiran kononnya win win situation, lebih kurang halal, lagipun negara ni depa memang pewaris takhta dari mak bapak depa dulu.

Perjuangan politik orang Cina sekarang ialah untuk menguasai politik secara mutlak, tidak ada sebab untuk orang Cina tidak boleh jadi PM 100%, pindaan perlembagaan boleh dibuat bila bila masa, sekarang atau akan datang melalui parlimen. Kalau pada masa itu TPM masih diberi kepada Melayu pun dah kira cukup baik, model kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah model yang paling ideal dan adil.

Bukan setakat politik, ekonomi tentulah lebih bebas dan terbuka kepada 'hukum rimba' dan begitu juga kebebasan berugama dan kebebasan menyebar dan memperkembangkannya. Itu adalah matlamat DAP khususnya samada bersama atau tanpa Anwar. PAS sekadar parti kudis yang tidak mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dari UMNO selagi PAS jadi sekutu Pembangkang.

Jelas, perjuangan orang Cina di Malaysia untuk menguasai negara secara mutlak bukan lagi satu mimpi dan tidak juga menyalahi Perlembagaan, tawaran Anwar untuk jawatan TPM kepada orang Cina lebih kepada penghinaan dan memperbudak2kan impian DAP.

2 comments:

  1. Kau ni terlampau rasis, mungkin hanya bangsa melayu yg terbaik di dunia. Ini yg kau belajar dari penasihat yahudi. Bagi yahudi hanya mereka yg layak menjadi manusia lain2 bangsa setaraf dgn haiwan. Kalau ini yg menjadi pegangan kau, esok kat akhirat nanti adakah bangsa melayu sahaja masuk syurga?

    Bangsa melayu semakin sesat dan jauh dari Islam sebab nak mengejar kemajuan spt org kafir. Judi, arak dan perempuan tak dpt dipisahkan dari melayu yg sesat dgn keduniaan semata-mata. Org melayu semakin terpesona dgn hiburan melampau dan hidup dlm kesesatan.

    Kau lihatlah fakta dulu, rakyat Malaysia sekarang 60% bumiputra, 25% cina, 11% india, 4% lain2 bangsa. Kadar kelahiran bangsa cina semakin menurun , akibatnya populasinya turun sehingga dibawah 15% pada masa akan dtg. Kuasa politik mereka juga turun. Mana mungkin cina boleh jadi PM akan dtg. Kalau boleh mungkin kaum bumiputra yg majoriti lantik mereka spt kat Amerika?

    Di Malaysia ianya tak mungkin akan berlaku kecuali Islam memerintah kerana dlm Islam tak kira bangsa asalkan ia bertakqwa kpd Allah. Kau jgnlah tambahkan lagi kesesatan Melayu yg ada ni dlm internet pulak? Bila mati esok kau jawablah dlm kubur apa yg kau tulis?

    Janganlah kata kubur masing2 sendiri buat sendiri tanggung. Tetapi kesesatan yg kau bawa menyebabkan org lain sesat, kau kena jawab? Aku sekadar mengingatkan....

    ReplyDelete
  2. Abu Amir seorang lagi 'Melayu' yang menolak kemungkinan seorang Cina untuk menjadi PM Malaysia?

    Kalau Anwar janjikan TPM kepada orang Cina, apa bezanya untuk menyatakan orang Cina tidak boleh jadi PM?
    Dari sudut Perlembagaan?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...