Sunday, April 17, 2011

Melayu melampau..

Rata rata Melayu atas pagar, Melayu akar umbi UMNO cukup marah dengan pemimpin UMNO (siapa lagi kalau bukan Najib...) yang gemar bermurah hati menghulur beberapa projek mee segera dan peruntukan demi peruntukan yang mencecah puluhan juta ringgit khususnya kepada SRJKC khususnya menjelang setiap kali pilihanraya kecil atau besar. Bagi mereka semua ini kerja bodoh umpama mencurah air di daun keladi... Yang dikejar tak dapat, yang kendung keciciran, anak kera dihutan disusukan, anak sendiri di rumah mati kelaparan..

Sakit hati dan marah ini tidak pula timbul di kalangan Melayu PKR dan Melayu PAS, tidak pula tahu samada mereka ini menikmati keuntungan berganda atas apa yang Najib lakukan, mungkin mereka lebih berpuashati dan padan muka pada UMNO/BN yang kena 'kencing' berkali kali setiap kali pilihanraya.

Yang pasti untung tentulah DAP dan NGO Pendidikan China, tumpang duakaki ialah MCA dan tumpang sekaki ialah Gerakan.,

Najib tentunya lebih arif kenapa umpan dan gula gula ini tidak pernah serik serik dihulurkan setiap kali pilihanraya, tak mungkin tidak ada yang membisikkan padanya suara hati akar umbi Melayu UMNO dan Melayu atas pagar. Najib tetap berdegil dan memilih pendekatan yang sama. Sudah pasti MCA jadi batu api dan pendesak utama menjadikannya realiti.

Dalam hal sebegini orang Melayu sendiri yang wajar dipersalahkan, tidak pandai meminta minta, tidak pandai mengugut dan tidak pandai memberontak pada hak, lebih kepada merayu dan mudah percaya kepada janji2 manis tanpa sebarang 'wang pendahuluan/peruntukan awal'

Tanpa semua itu, bagi UMNO, jalan raya api letrik sudah cukup untuk membeli undi Melayu. Bagi PAS Kelantan, laungan Allah Akhbar dan slogan Membangun Bersama Islam sudah berjaya memerangkap undi dan bagi Melayu PKR, konspirasi dan reformasi adalah bekalan perjuangan mereka.

Atas kecukupan itu, meminta lebih dari itu di anggap Melayu melampau!! Menghalang dan menyuarakan bantahan akan dianggap Melayu perkauman!! Bantuan dan subsidi kepada Melayu dianggap diskriminasi!!..Peruntukan kepada SRJKC di anggap hak!!

2 comments:

  1. melayu.memang bangang dari dulu dan selama-lama nya, china cerdik dari dulu dan selama- lama nya. sedar lah orang melayu semua, buang ketepi permusuhan kembali bersatu. untuk bangsa dan agama mu!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. bantuan, guru2 terbaik yg diletakkan di SBP ? macam mana pulak ?ilmu mematangkan ,pemikiran dangkal menyusahkan.

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...