Monday, May 23, 2011

PAS mempunyai pakej yang lebih meyakinkan...

Situasi UMNO di mana calon pilihanranya disokong dan diundi oleh kaum Cina (MCA/Gerakan) kini telah berlaku kepada calon PAS yang kini diskong dan diundi oleh kaum Cina (DAP/PKR). Situasi ini tidak pernah berlaku pada PAS sebelum ini.

Hari ini calon UMNO dipilihanraya mempunyai harapan yang sangat yang tipis untuk dipilih dan diundi oleh mana mana kaum Cina (MCA/Gerakan) dan tidak mungkin dari kaum Cina (DAP/PKR). Situasi ini tidak pernah berlaku pada UMNO sebelum ini.

Sejarah belum pernah terjadi secara ketara ahli PAS belot kepada parti dan menyokong parti atau calon dari parti lain. Tetapi situasi ini ujud pada UMNO dalam tahun 2008 dan akan berulang lagi pada PRU13 akan datang atas dasar penolakan di atas kepimpinan UMNO.

Di dalam PAS, Presiden sangat mudah didekati dan selalu mendengar pandangan bawahan dan melaksanakannya, berbeza dengan UMNO, Presiden sukar didekati dan arahan datang dari atasan kepada bawahan dengan begitu rakus dan keras sekali...Pemimpin UMNO minta ahli berubah sedangkan mereka sendiri tidak berubah, tuli untuk mendengar pandangan bawah.

Di dalam PAS suara Pemuda, Suara Setiausaha, Suara Naib2 Presiden, Suara Mursyidul, Suara Majlis Ulama jelas sealiran dan kolektif dengan Presiden malah kadang2 mendahului Presiden tanpa rasa kekok.

Di dalam UMNO, suara Presiden akan dijadikan panduan atau dinanti untuk melihat coraknya, kalau 'hijau' kata Presiden, maka selepas itu berebut rebutlah pula pemimpin bawahan meng'iya'kan saranan Presiden. Sikap mengampu yang sangat ketara.

Di kalangan ahli PAS, kurang sekali kritikan tertutup atau terbuka dilemparkan kepada pemimpin mereka, berbeza dengan UMNO, pemimpin bukan sahaja dikritik tetapi jadi bahan lelucu dan sendaan. Sikap hormat pemimpin UMNO sudah berkurangan kerana pemimpin diselaputi, dikelilingi ampuan dan kroni.

Najib sudah berulangkali ditegur untuk gugurkan KJ dan Nazri sebagai makhluk yang sangat tidak digemari akar umbi? Apakah Najib dengar? Najib sudah berulangkali ditegur untuk mengurangkan penonjolan Rosmah yang dianggap tidak pernah dilakukan oleh mana2 PM sebelum ini dan tidak juga mana2 Presiden parti sebelum ini. Apakah Najib dengar? Banyak lagi contoh isu2 nasional yang akar umbi suarakan? Apa yang Najib kekal dan tambahkan hak Melayu dan pribumi? Apa yang Najib kekal dan tambahkan hak Islam?

Dengan segala kepincangan, kekurangan UMNO atas kelemahan dan ketandusan kepimpinannya yang sedia ada - UMNO dilihat sudah tidak mampu berubah, angkuh untuk berubah, takut untuk berubah, tidak tegas dan tidak berani untuk membuat perubahan drastik, reform hanya dimulut untuk ahli dan bukan dihati dan di diri pemimpin - sudah sampai masanya UMNO wajar ditolak secara maksimum oleh orang Melayu keseluruhannya.

Orang Melayu tidak boleh memilih UMNO sedikit dan PAS sedikit jika mahu orang Melayu dan Islam masih relevan dan kekal kuasa politik di Malaysia. Pemilihan orang Melayu kena jitu dan jelas. Dalam hal ini PAS adalah pilihan terbaik untuk mewakili orang Melayu dan Islam secara total kerana kepimpinannya yang masih lagi bersih, baru dan boleh berubah, PAS juga dihormati dan lebih dipercayai di kalangan parti dan kaum lain.

PAS walaupun pada masa ini seperti menjadi alat dan diperkudakan oleh DAP dan PKR sebenarnya masih dalam kedudukan 'menguntungkan' dari segi politik walaupun agak tercaalar dari segi moral dan maruah. UMNO pula dilihat walaupun tidak diperkudakan oleh sesiapa tetapi barisan kepimpinannya tetap dilihat takut dan tunduk kepada desakan kaum lain yang sangat tidak dapat diterima oleh akar umbi dan pro UMNO .

Sebab itulah sokongan padu Melayu kepada PAS sangat diperlukan untuk mengembalikan PAS sebagai kuasa yang kuat dan stabil dalam Pakatan Pembangkang untuk dihormati dan disegani kawan dan lawan. PAS akan jadi dominan dalam Pakatan Pembangkang menggantikan UMNO yang dominan dalam BN.

Perjuangan PAS yang berteraskan Islam dan bukan berkonsep bangsa mampu untuk menjadi parti yang berbilang bangsa keahliannya dan ini mampu mengurangkan pergeseran sentimen perkauman.


Tetapi tidak dinafikan PAS juga perlu melupuskan beberapa pemimpinnya yang bersikap diktator serba maksum dan PAS perlu dilihat tidak bersubahat dan menolak kemungkaran di pihak kawan atau lawan secata total tanpa kompromi dengan menjadikan Al Quran sebagai pegangan utama.


2 comments:

  1. kali ini kluangman lembut sikit kat pembangkang

    ReplyDelete
  2. Apabila kepimpinan UMNO dilihat maksimum tidak boleh berubah sedangkan pilihanraya sudah hampir tiba...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...