Monday, June 20, 2011

Jalan pintas sudah tiba buat KJ - PM pada usia 40?


Hari ini kalau anda terutama nonbumi, nonperkasa, antiM, korporat tersepit, Melayu pengkhianat ada apa jua masalah yang boleh disensasikan, jumpalah KJ bakal PM kita.

Kejayaan terbesar KJ sejak dua menjak ini adalah melonjakkan namanya untuk sama2 kecoh dalam beberapa isu penting, agak tetiba KJ masuk campur dan bercakap dalam semua hal hingga menenggelamkan nama Rosmah di media2 arus perdana.

Kebanyakkan isu menunjukkan KJ berlawan arus dengan kerajaan dan UMNO, berlawan arus dengan selera Melayu majoriti, banyak membela kapir dan pengkhianat Melayu, berlagak 'dewa' merestu sesuatu perkara dan isu, berlagak kalau Pemuda kata 'ok' bermaksud semua itu ok.

Tindak tanduknya seakan Pemuda sebelum zaman Anwar, Pemuda sebagai pendesak dan barisan hadapan mula dinampakkan semula tetapi bukan dengan semangat juang Harun Idris tetapi dengan gaya baru, gaya ala-KJ, bermaksud 'ada udang sebalik mee' .

Apa sebenarnya KJ mula melatah sebegini rupa umpama tikus membaiki labu?
Apakah Anwar sudah memberi lampu hijau kepadanya untuk bertindak sekarang dan segera demi talian hayat Anwar yang makin kritikal?
Apakah KJ sudah terhidu masa depannya dalam politik UMNO akan dipancung tidak lama lagi?
Apakah KJ ingin menunjukkan dia merupakan 'aset' penting dalam UMNO dan jika diketepikan mampu menjejaskan UMNO?
Apakah semua tingkah laku KJ sekarang sebagai menebus dosanya melatah ketika twit berhubung lawatan Najib ke Kazakhstan?
Atau KJ sengaja menguji kesabaran Najib untuk bertindak ke atasnya?
Atau kerana remeh temeh? Sedih dan marah sebab Paklah jarang diberi keutamaan seperti Mahathir?

Apapun, latah kecoh serata tempat KJ hari ini memang ada kaitan dengan sesuatu? agenda tertentu? saya tak tahu.

Dengan perkembangan pembangkang yang merasa yakin menawan Putrajaya dan selari dengan hasrat Kj mahu menjadi PM pada usia 40 ianya seperti satu kebetulan yang betul betul kebetulan. KJ mampu dan dengan mudah mencapai hasratnya jika hari ini dia melompat ke DAP yang sedang kehausan calon boneka Melayu, atau masuk PKR sebagai proxy Anwar dan tidak mustahil pakai serban dan masuk PAS selepas balik Gaza nanti. Semuanya serba mungkin dan jalan pintas buat KJ.

Dalam hal ini Kj tidak berseorangan, bersamanya beberapa pemimpin Pemuda UMNO yang sekian lama menjadi juaknya, beberapa pemimpin UMNO proPaklah dan antiMahathir dan sudah pasti beberapa Pemuda MCA yang selalu dibelanya.

KJ memang hebat!!!

4 comments:

  1. Najib jangan jadi bodoh utk mencalonkan KJ di PRU13 nanti!

    ReplyDelete
  2. Salam bro. KJ dah tentu nak bertanding dalam PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  3. Dengan apa jua pun Najib tidak akan dapat menghalang KJ dpd mara the way forward for his B40PM target (By 40 Years will be PM). Saperti yang di nyatakan di atas, tidak ada saorang pun pemuda & pemudi yang ada diwaktu ini baik didalam BN atau PR yang setanding dengan kemampuan beliau baik sebagai apa sekali pun, dia memang boleh jadi PM diwaktu Umur 40 nanti.
    Saya bukan suka atau penyukong KJ tetapi, ini adalah kenyataan yang sabenarnya diwaktu ini.

    Sama-samalah kita tengok, melainkan Tuhan sahaja yang dapat menyekat dia dpd mencapai hasrat nya itu. Mahathir sudah tidak termampu. Sabenarnya, KJ tidak perlukan UMNO, tetapi UMNO yang perlukan dia, itu adalah kenyataan yang sabenar-benarnya di waktu ini. Adakah kita percaya atau tidak, itu terpulang lah kepada kita sendiri. Tetapi saya sebagai yang tidak menyukong atau sukakan KJ, itu adalah hakikat yang sabenarnya nanti. Kalau mahu tahu, tanya lah diri sendiri, sepuas-pusanya, pasti jawapan nya akan menjelam nanti.

    ReplyDelete
  4. Harapan Kj hanya musnah jika UMNO menang di PRU13 nanti.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...