Wednesday, June 29, 2011

Johari Abdul hilang arah bila mengasak Papa Gomo

Serangan kepada kerajaan yang kemudiannya fokus kepada UMNO dan kini telah menurun pula kepada blogggers dari puak Pakatan jelas membayangkan 'keresahan' mereka dalam menghadapi serangan demi serangan. Mereka gunakan kaedah menyerang sebagai cara bertahan tetapi dalam masa yang sama tidak sabar untuk melihat strategi pro UMNO.

Tindakan menyiarkan sebahagian dari tayangan video dengan memanipulasikannya seperti yang propembangkang sering gunakan dahulu kini digunapakai pula oleh proUMNO secara sedikit demi sedikit di luar jangkaan mereka cukup merisaukan seperti mengadap 'timebomb' yang akan berasap dan meletup dengan tiba2.

Johari Abdul tentunya tidak menjangka, pertemuannya dengan Trio T telah dirakam dan kini 'menyerangnya' semula. Tanpa salinan di tangannya sedangkan salinan asal dan penuh di tangan trio T segala kemungkinan boleh berlaku, suntingan memotong seminit dua boleh membneri kesan yang besar kepada Johari Abdul? Apakah mereka akan gunakan kepakaran mat sabu untuk mengulas dan menilai pula ketulinan rakaman tersebut??

Jika arus ini berterusan, terus melayan serangan gerila bloggers, pembangkang akan bergelumang dengan tembakan curi bloggers dan ini meringankan tugas kerajaan dan UMNO dalam melemahkan pembangkang. Kenapa mereka begitu mudah terperangkap dalam mainan mereka sendiri?!

DALAM satu lagi perkembangan, tindakan polis menangkap dan menyiasat seberapa ramai yang dianggap terlibat menghasut demonstrasi dan mengancam keselamatan negara SANGAT DIPUJI kerana kepentingan majoriti rakyat lebih wajar dihormati dan dipelihara dari minoriti yang sengaja 'tak faham bahasa'.

Kerajaan tidak perlu melayan suara suara yang kononnya tindakan polis ini sebagai tekanan yang akan membuatkan rakyat makin membenci. Itu suara sumbang, ego, kecewa, tidak bertanggungjawab, tolol dan sakit mental. Mereka2 ini tetap akan menyalahkan kerajaan dan menyerang UMNO dalam apa jua keadaan.

Apabila kerajaan melakukan tindakan dan kesilapan yang minima, pecacai ini cukup resah dan panas buntot.

1 comment:

  1. tapi harus ingat, pro kerajaan bloggers nanti, bila Pakatan telah bungkus, mereka akan tuju pula kepada kerajaan.

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...