Friday, June 17, 2011

Mahathir faham Islam kalau pakai serban...



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan sebagai individu yang tidak faham Islam ekoran kritikannya mengenai Pas yang menukar agenda perjuangan parti itu dari menubuhkan kerajaan Islam kepada penubuhan sebuah negara kebajikan.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Dr. Mahathir tidak faham bahawa perjuangan negara kebajikan yang diperjuangkan Pas itu merupakan sebahagian dari kandungan perjuangan negara Islam yang diperjuangkan oleh partinya.


“Merujuk kepada kenyataan Mahathir, itu menunjukkan bahawa beliau tidak faham tentang Islam, negara kebajikan merupakan sebahagian dari isi kandungan perjuangan negara Islam.
...................................

Bukankah hadi kata dalam Al Quran tidak ada Negara Islam??

Kalau asalnya PAS memperjuangkan Negara Islam secara total tetapi kenapa sekarang mengambil sebahagian dari isi kandungannya dengan 'Negara Kebajikan' sebagai perjuangan. Bukankah dokumen PAS pada 21//11/03 berikrar kepada Negara Islam - kena kuburkan sekarang atas sebab untuk meraih undi?!!!! PAS jangan lupa apabila india cina tepuk tangan mereka kata ' PAS sudah ikut kita"... Dan jangan lupa Bukankah Ibrahim Libya difatwakan syahid kerana mati untuk perjuangan Negara Islam????

Adalah lebih baik PAS kembali kepada perjuangan asal tetapi "Negara Kebajikan" wajar sekadar dijadikan slogan PAS menyamai 1Malaysia UMNO.

Atau sebenarnya Mahathir itu tidak faham tentang Islam sebab dia tak pakai serban sebesar puak PAS Khawarij dan Syiah???!! Puak PAS tertipu atas riak mereka sendiri yang percaya mereka lebih mulia, lebih hebat, lebih Islamik dari orang lain.

Apa hukum riak?? Bolehkah dibenarkan puak puak riak memimpin negara??


3 comments:

  1. Jika disebut Negara Kebajikan, sememangnya kebajikan disebut dalam Al Quran, namun begitu, ianya merupakan satu bahagian kecil dalam sebuah negara Islam. Kalau hanya kebajikan diambil kira, bagaimana dengan Sains Teknologi, Pembangunan Infrastruktur, Perdagangan dan Ekonomi, Industri dan sebagainya? Pada saya Istilah Negara Islam lebih tepat kerana Islam merangkumi segala sudut. Rasanya PAS terjerat dalam ke Negara Kebajikan ini.

    ReplyDelete
  2. apasal kita panggil mamat gombak tu nasruddin hassan tantawi?
    dia bukan orang asal bandar tantawi. belajar kat sana hanya beberapa tahun dah berangan pakai nama arab. tapi bila sebut negara islam tak boleh pulak. ish.

    ReplyDelete
  3. kalau benar pemimpin2 pas faham apa itu Islam, sudah tentu mrk tidak akan bercakap ikut suka hati mrk shj. kelmarin kata nak negara Islam, hari ini nak negara kebajikan, esok nakkan apa pulak? tidakkah berlawanan dgn prinsip asal yg telah mengorbankan nyawa orang yg mrk syahidkan krn mati memperjuangkan negara Islam? tak payahla menggunakan nama Islam jika tindakan sama shj dgn alkafirun yg almunafikun...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...