Saturday, August 13, 2011

Alhamdulillah - MAIJ terbaiikkk

Bagus sangat tindakan segera yang di ambil oleh MAIJ terhadap kakitangan yang melanggar arahannya termasuklah dikatakan kerana hadir BERSIH. 

Tindakan yang lebih keras wajar terus di ambil supaya menjadi tauladan kepada yang lain. Jika mereka berani melanggar arahan,  maka beranilah pula menerima akibatnya. 

Peringatan bukan sepuluh, bukan dua puluh, beratus malah beribu kali diingatkan oleh Pemerintah dan Pihak Keselamatan.

Kenapa nak keluh pasal masa depan dan rezeki kalau sebelum ini tidak beringat, mintalah pada AMBIGA????????? 

Inilah seorang imam yang tidak menunjukkana contoh terbaik kepada makmumnya dan seorang suami yang menzalimi isteri dan anak2nya hingga terpaska menanggung bersama kesusahan? 

Jika ada sesiapa yang tahu nombor akaun imam ini tolong paparkan, saya ingin sumbangkan untuk anak isterinya sempena Ramadhan al Mubarak ini.

13 August 2011


Imam digantung kerana sertai Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Seorang imam bertauliah di kawasan Gelang Patah digantung jawatannya oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) dipercayai kerana beliau menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Beliau Hassan Md Said, imam masjid Kampung Ladang sudah berkhidmat selama 14 tahun.

Menurut surat yang ditandatangani Pengarah Jabatan Agama Johor, Elias Hasran, penggantungan Hassan bermula pada tarikh 2 Ogos lalu sehingga 2 November 2011.


Tanpa menyatakan kesalahan Hassan dengan jelas, surat itu hanya menyatakan tindakan penggantungan itu kerana Hassan "melanggar beberapa arahan Majlis Agama Islam Johor melalui Pejabat Kadi Daerah Johor Bharu.

Selain penggantungan sebagai imam tersebut, Hassan juga disekat dari mendapat surat tauliah sebagai Pegawai Amil Zakat Fitrah bagi penduduk Kampung Ladang biarpun lulus kedua-dua ujian saringan yang dijalankan.

Difahamkan, sewaktu beliau ingin mengambil tauliah tersebut pada masa yang telah ditetapkan, pegawai JAJ yang bertugas menyatakan penangguhan pemberian tauliah kepada beliau dan terpapar dalam senarai nama penerima tauliah bahawa namanya telah ditandakan merah.

Lebih merumitkan, Hassan juga telah dinafikan haknya untuk menerima elaun bantuan dari Persatuan Nelayan Kampung Gelang Patah yang sepatutnya diterima oleh semua ahli persatuan sejak sekian lama yang bernilai RM 350.

Pada hari himpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Hassan adalah antara 1600 peserta himpunan yamg ditangkap pihak polis.

Beliau ditangkap ketika memasuki bandar Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi iaitu sebelum himpunan sebenar bermula kira-kira jam 2 petang.


Biarpun alasan penggantungan beliau tidak dinyatakan ada kaitan dengan himpunan itu, namun maklumat yang diterima dipercayai ianya berkaitan dengan kehadiran beliau ke himpunan Bersih 2.0 itu.

Ekoran penggantungan tersebut juga, elaun beliau sebagai imam juga ditarik.

Kini beliau dan isteri serta empat orang anak, terbeban kerana hilang mata pencarian lebih-lebih lagi berdepan persiapan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba.

Lebih malang beliau juga terpaksa mengosongkan rumah ehsan masjid yang didudukinya sekarang dan terpaksa menyewa rumah kediaman baru.


No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...