Saturday, August 6, 2011

Realiti Pilihanraya Awal melalui jalur gemilang

Pengibaran jalur gemilang sempena Hari Kemerdekaan secara sukarela oleh rakyat Malaysia tahun ini boleh dijadikan kayu pengukur sejauh mana kerajaan hari ini mendapat sokongan sebenar rakyat.

Lupakan fantasi dan provokasi media Rais Yatim tentang jalur gemilang dan 1Malaysia , Media Prima yang membalun pembangkang seharian atau paparan sambutan manis sokmo untuk Rosmah, kerana itu jauh dari realiti sebenar. Yang boleh dinilai ialah di atas jalanraya samada jalur gemilang terpasang di kenderaan atau tidak.

Dua hari di Kota Baharu, hari ini dan semalam, belum terjumpa pun satu biji kenderaan yang memasang jalur gemilang kecuali 'sebiji' sahaja kereta polis.

Bagaimana yang lain? Bagaimana dengan ahli2 UMNO Kelantan sendiri? Ataupun sebenarnya saya yang buta? atau adakah masih terlalu awal untuk mengibar jalur gemilang?

Lihatlah di sekeliling anda, ditempat anda?  dan anda bagaimana?

Sejarah menunjukkan jalur gemilang kurang dikibarkan kerana rakyat khususnya orang Melayu memprotes pemerintahan Paklah pada masa itu. Akibatnya BN kehilangan 2/3 majoriti dalam PRU12 dan penyakit yang Paklah bawa itu masih berlarutan sekarang dengan pembangkang lebih 'besar kepala' dan UMNO makin 'hilang muka'.

Apa yang Najib lakukan hari ini untuk orang Melayu dan Islam istilahnya 'kosong' dan makin terhakis dan apa yang Najib lakukan kepada bukan Melayu, sebanyak manapun dibagi tidak mencukupi, tidak dihargai, kalau adapun 'taik' yang mereka lemparkan kembali.

2 comments:

  1. Elok kibarkan saja bendera parti masing-masing je, la.

    Hari-hari berpolitik termasuk kerajaan.

    Ari tu semasa Bersih 2.0 ada nampak jugak banyak bendera Jalur Gemilang.

    Antara Hari Raya dengan Hari Merdeka, mana yang lebih penting?

    ReplyDelete
  2. Hari Raya? apa bendera yang hendak dikibarkan? Ingat nak pinjam bendera PAS, tapi sekarang dah tak relevan, PAS dah utamakan kebajikan dari Islam.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...