Wednesday, August 3, 2011

Tamparan buat Rosmah dan Najib...

Tahniah kak Wan, sebenarnya Kak Wan boleh buat lebih dari itu... Nyatakan kebenaran walaupun pahit tentang Anwar....
KUALA LUMPUR 3 OGOS : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, rakyat Malaysia tidak akan melihat beliau membeli-belah di luar negara seperti sesetengah isteri para menteri.

Ditanya sekiranya beliau mungkin akan kerap membeli-belah di luar negara sekiranya Anwar menjadi perdana menteri, Wan Azizah berkata, "minta jauhkanlah saya jadi seperti Rosmah."

Menurut Wan Azizah, beliau sebelum ini pernah melawat luar negara ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum dipecat daripada kerajaan BN.

Namun dalam lawatannya itu beliau sekadar melawat muzium seperti kompleks muzium kajian Smithsonian di Amerika Syarikat dan juga Museum of London.

"Saya telah pergi ke luar negara dan bertemu seorang isteri duta (Malaysia) dan dia bertanya saya, 'ke mana Datin Seri mahu kunjungi?'.

"Saya beritahu dia, muzium Smithsonian bagus. Kemudian dia beritahu saya, 'andalah isteri menteri pertama yang ajak saya pergi ke muzium," katanya lagi dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Katanya perkara yang sama juga berlaku apabila beliau mengunjungi Museum of London bersama isteri kepada seorang duta Malaysia.

Wan Azizah berkata, isteri duta berkenaan selepas itu memberitahunya bahawa itulah kali pertama beliau berkunjung ke muzium di negara itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau akan mengambil sikap yang sama seperti dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Rosmah – terbaru melibatkan dakwaan pembelian sebentuk cincin berharga RM24 juta.

Dakwaan berkenaan mencetus kontroversi pada pertengahan bulan lalu apabila pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan pembelian cincin berkenaan.

Berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” didakwa telah diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini tanpa dikenakan cukai import.

Rosmah telahpun menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai satu fitnah yang tidak ingin dilayaninya.-Malaysiakini

Blog2 handalan pro UMNO dicadang buat ruang undian untuk pembaca samada bersetuju dengan PENAWAR?  

Mulakan dengan blog MiM?

Najib perlu memikirkan dengan serius kerana itu adalah suara dalaman UMNO itu sendiri, mungkin besok2 lebih banyak suara dalaman yang akan membangkitkan perkara yang sama. Najib tidak boleh buat kesilapan berganda jika cuba mengaitkan Muhyiddin dengan apa yang berlaku ini...

 PANAS!! Persatuan Bekas Wakil Rakyat UMNO desak Najib Letak Jawatan?

Semalam MSO mendedahkan PENAWAR iaitu Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat UMNO telah mengadakan mesyuarat beberapa hari lepas.

Ianya dipengerusikan oleh Abdul Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad


Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Aziz Yassin (abang kepada Muhyiddin Yassin), Mokhtar Hashim (bekas menteri belia dan sukan), Tamrin Ghaffar (anak Ghaffar Baba) dan beberapa yang lain.

PENAWAR dikatakan telah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelemban ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabor ke negara ini juga dijadikan penyebabnya.- sepenuhnya sila baca di (SINI)

6 comments:

  1. Tidak pernah membeli-belah di luar negara tatapi suaminya menyimpan duit berbillion ringgit di luar negara melalui kroni. Gaya luaran saja alim tapi perangai mengalahkan hantu.

    ReplyDelete
  2. anon 3.40, Setuju tentang anwar, tapi peribadinya azizah lebih baik dari rosmah.

    Najib pun mungkin simpan billion kat luar negara?

    bagaimana dengan paklah?

    ReplyDelete
  3. Anon, buatlah perbandingan adil antara rosmah dengan azizah, bukan rosmah dengan anwar.

    Kalau kita asyik minta Azizah nyatakan kebenaran tentang anwar kenapa kita sendiri rasa pahit untuk menyatakan kebenaran tentang rosmah?

    ReplyDelete
  4. Kalau Bang Nuak pandai nipu inikan Jijah ngan anaknya. Laki keluar masuk luar negara beli belah seks dan seks dan seks.Jantan kaa....betina kaaa...pelacur kaa....laki orang kaa....isteri orang kaaa.... semua dia beli.

    ReplyDelete
  5. Bebanyak tima kacih kat Perwira kita Mat Sabu dan Mahfuz kerana bekerja keras menjatuhkan Anwar semasa dalam UMNO dulu. Tanpa pengorbanan mereka berdua sudah tentu kita hari menjulang Perdana Menteri kaki jubo dan seks tegar luar tabii lagi korup. Harap Nik Aziz dapat keluarkan sijil atau token atau voucher masuk syurga tanpa dihisab perbuatan mereka di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  6. korang yang cakap anuar keluar negara seks seks seks nie., korang nampak dengan mata kepala sendiri ke?? kalau bukan dengan mata kepala kite sendiri., kite mengeluarkan kata-kata., itu sudah jadi fitnah., kite menabur fitnah kepada sesuatu perkara yang kite sendiri tak tahu., so., kalau xtau., diam :)

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...