Friday, September 2, 2011

Blogger pro UMNO pun dah menyampah ARR...

Dah tak tahan, realiti kena diterima, makin ramai blogger dan banyak artikel dan ulasan pro UMNO terpaksa meluahkan kekecewaan terhadap Najib yang masih degil membiarkan Rosmah menonjol tanpa rasa malu, UMNO terus menunjukkan bodoh sombong dan kerajaan yang terpaksa kecut.

Ramai yang luahkan kerana hakikatnya perbualan sepanjang perjumpaan rakan taulan sanak saudara di hari raya lepas memang tidak boleh lari dari tajuk rosmah dan kerajaan lembek.  


Era Paklah ( buta dan pekak ) berulang kembali kepada Najib.

Tinggal beberapa blogger yang berkepentingan sahaja terus pura pura buta dan pekak untuk membuat isu yang sama. Kalau ada pun, mereka anggap itu momokan pembangkang yang iri hati dengan Rosmah...  Blogger2 tu boleh dikategorikan penjilat Najib dan Rosmah   walaupun nyata itu 'SALAH'. Mereka mungkin sudah berbayar untuk membuat apa2 yang berpaling dan belot.




Posting lalu brtarikh 30hb ogos



Tuesday, August 30, 2011


Kami Menyampah Rosmah

Itulah topik utama perbualan hari raya yang tidak dapat dielakkan  ketika saling berjumpa dan kunjung mengunjung - Ingatan buat Najib, Rosmah, Rais dan Media Prima.

1Malaysia menyampah Rosmah !!!

Situasi sudah sama seperti di era paklah apabila rakyat tidak segan silu lagi mencerca dan maki hamun.

Nyata Najib tidak sedar perkara ini secara betul dan tepat, sebahagiannya di sebabkan kaki pengampu di sekekliling dan sebahagiannya lagi disebabkan ada puak yang memang sengaja mahu Najib jatuh tersungkur dan melepaskan jawatan secara malu.

Sekali lagi rakyat akan mengalih perhatian kepada pembangkang bukan kerana mereka bagus tetapi kerana Najib dan Rosmah sudah dalam ketegori 'syok sendiri' yang meloyakan. 




Anwar dipercayai dikonspirasi, Mahathir juga yang the best,  harapan baru kepada Muhyiddin, Mat Sabu yang kena beli, Melayu DAP, politik kaum cina, Melayu yang tidak merdeka dan Nik Aziz yang sudah tua...antara tajuk lain yang mendapat perhatian.







8 comments:


Anonymous said...
ye betul-betul, patut najib ikat je rosmah kat rumah.
Anonymous said...
walau pun cincin tu cerita fitnah, tapi ramai yang termakan umpan cerita ini, abis le BN
Anonymous said...
Cadangan utk Kak Mah.... gi umrah, pakai tudung, dok senyap... habis sebahagian masalah....
Anonymous said...
Kalau soal cincin, botok, tudung diperkatakan, itu menu njukkan Rosmah telah menjadi beban dan diperkatkan umum. Itu bukan soal pembangkang sengaja memainkan isu tetapi rakyat umum, penyokong UMNO sendiri, yang di atas pagar pun turut 'termuntah' dengan cerita Rosmah. Atas kapasiti apa dia 'berlebihan' sedangkan dia hanya menumpang najib, kebetulan isteri najib, jadi eloklah bijak membawa diri. Apa hak dia bercakap macam dia juga menteri atau pemimpin parti? tak tahu malu ke? tak sedar diri? Rakyat dah makin panas, tahu tak???????????????????????????????????
Anonymous said...
Kalau dulu, orng tutup tv kalau terpacul paklah dengan ucapan, suasana sekarang sama bila rosmah dan najib muncul. UMNO ni bodoh ke apa?
Anonymous said...
Contohilah Datin Sri Noraini, isteri TPM, pakaian biasa sesuai untuk turun padang bertemu rakyat dan tak jatuh pun standard untuk bergaul dengan atasan. Pakaian datin biasa sahaja walaupun berkunjung ke majlis istana terbuka DYMM Sri Paduka Baginda YDP Agung. Raja Adil raja disembah, raja zalim raja disanggah, apatah lagi sekadar isteri PM, Presiden UMNO yang semakin tergugat, dengar dan prihatin suara rakyat. Satu undi pun mampu menggagalkan UMNO, tak peraya, tunggu..
Anonymous said...
Betul tu, dalam isu rumah aku, ada 7 undi yang belum dihalakan ke mana2 lagi, belum termasuk pengaruh yang boleh dibuat ke atas sanak saudara, rakan2 dan yang sekampung. Fikirlah wahai UMNO.
Anonymous said...
Kalu popularaan Najib jatuh,ia bukanlah Kerna DSAI,Ambiga,atau Dap ke atau doa Wali atau KPI KRA Pemandu, liberalisasi atau konspirasi dalaman parti, tetapi kerna flom. Kalu betul, maka tiada apa blh damage control dan PRU 13 ,PR tak payah kerja kuat sbb MUFC tendang bola masuk goal sendiri.Mungkin 2008 berulang dengan kekeurangan majoriti. 3 juta ahli UMNO pekak buta tuli. Blogger pro BN buat letih penat. Kenapa semua tak nampak the emperors new clothes. arjuna waspada changkat lobak.

9 comments:

  1. Hei perkara kecil macam ni pun nak heboh. Macam jealous je. Sebenar mereka ni jealous. Kalau dah cemburu perkara kecil henyek benyek pun diperbesarkan. Kesian dengan masyarakat Melayu yang penuh dengan hasad dengki.

    ReplyDelete
  2. Orang Melayu ni marahkan nyamok bakar kelambu. Marahkan orang tertentu dalam UMNO terus menghukum UMNO. Dalam UMNO ada juga orang yang bagus. Lu fikir sendirilah. Dia orang semua ni tak takut dosa kerana tak nampak. Bila dah mampus nanti baru lah mencari orang-orang yang mereka fitnah, bohong dipadang mashyar untuk minta maaf, kalau jumpa tak apa kalau tgak jumpa Allah swt akan humbankan kedalam neraka jahanam. Pasal duit, kuasa itu semua belakang kira, kubur gua, gua jaga. Nama je Ustad tapi tak fikir halal haram.

    ReplyDelete
  3. Cuba buat undian kat blog ni, baru bleh nampak sapa setuju rosmah diamkan diri.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih semua.

    Hakikatnya secara ikhlas, kalau kita berbual dengan rakan taulan sanak saudara di tempat kerja atau di mana sahaja, carilah jawapan di situ, 10 orng yang kita jumpa, 100 orang yang kita jumpa, apa jawapan mereka, berapa peratus?

    Itu adalah jawapan realiti.

    Saya mungkin emosi, saya mungkin dengki, itu tidak penting sangat, yang penting ialah di luar sana? majoriti yang akan megnundi? Itu jawapan yang pasti.

    Kalau kata kemunculan berlebihan Rosmah tidak menjadi masalah, alhamdulillah.... UMNO khususnya ada harapan di PRU13.

    Selain Rosmah, perhatikan juga kenderaan dan bangunan yang mengibarkan jalur gemilang? Kenapa tidak meriah seperti sebelum2 ini, lebih sunyi berbanding di zaman akhir era paklah? Kenapa tu? Apa petandanya tu?

    ReplyDelete
  5. Rakyat lebih senang hati untuk mendengar apa 'jaswapan' Najib berhubung isu ini.

    Pertama, memberi jawapan bermaksud Najib sedar isu yang diperkatakan tentang Rosmah.

    Kedua, memberi jawapan petanda Najib respon, peka dan apa alasan Najib untuk isteri PM, isterinya lebih tertonjol ke depan berbanding isteri2 PM yang lalu? apa keperluan? apa rasional nya? Rakyat ingin tahu?

    Ketiga, memberi jawapan membolehkan rakyat menilai sendiri tanpa terpengaruh dengan 'spin' berlebihan dari kedua dua pihak?

    ReplyDelete
  6. Dr Siti Hasmah hanya banyakkan 'senyum' dalam membantu Tun semasa menjadi PM.

    ReplyDelete
  7. Bini obama pun tak sesebok rosmah

    ReplyDelete
  8. Yup, saya pun tawar hati nak kibar jalur gemilang...

    Kerajaan sekarang...menghilangkan semangat patriotik sebab banyak amaran dari tindakan.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...