Monday, September 19, 2011

ISA..apa yang Najib hidu..

Sudah dibentangkan ke rangka akta baru menggantikan ISA, tanya isteriku yang sedang membelek Utusan ketika baru aku nak landing...

Aku jawab belum.

Najib xxxxx, spontan katanya...

Tun sokong tanyanya lagi, merujuk kepada Mahathir

Aku jawab, tak berapa nak sokong... dalam hati, aku percaya tak mungkin Tun sokong tindakan tersebut dalam keadaan negara sekarang yang dilihat Najib hilang kawalan, belum pernah terjadi negara hilang kawalan sebegini. Masa Anwar buat reformasi dulu pun, rakyat masih rasa selamat.

Apa motif permansuhan ISA? Tidak mungkin kerjaan ikhlas tanpa motif politik tanpa udang di sebalik batu. Spontan di fikiran aku ialah bertujuan menyelamatkan Hishamuddin yang dianggap penakut dan tak ada telo. Tetapi tidak mungkin sekadar itu sebab Hisham masih tersengeh dan selamba rock.

Pemansuhan ISA sekadar membantut Anwar untuk lari ke kedutaan asing atau ke luar negara dengan alasan dia akan ditangkap oleh UMNO di bawah ISA?

Apakah Najib sudah terhidu...

Pemansuhan ISA adalah petanda perjalanan Anwar ke Sg Buluh sudah tidak dapat dielakkan lagi ???


Pemansuhan ISA sekadar cabaran sinis kerajaan kepada penyokong Anwar untuk bebas berdemonstrasi kelak jika ada sebarang kemungkinan kerana kerajaan tahu jika 'pakar demonstrasi' sudah disumbat ke sana, demonstrasi atau reformasi dengan sendirinya akan 'mati'. 

Anwar akan saksikan realiti sebenar, tiada demonstrasi besar2an akan mengiringnya kelak... secara  moralnya dengan sendiri sebagai petanda pembangkang sudah mula beransur hilang sokongan rakyat...


Perjuangan pemansuhan ISA oleh pembangkang selama ini dan sesuatu yang penting untuk keselamatan Anwar dan beberapa pemimpin lain yang celupar kenapa tidak disambut baik oleh Anwar sendiri?

5 comments:

  1. salam bro,

    fuyoooo.... landing time pun borak politik !

    ReplyDelete
  2. lemah benor otak kau ni...camni ke cara penganalisa politik...betullah kata pujangga..pandai mengecat belum tentu boleh jadi mcm michael angelo...pandai internet belum tentu pandai politik.

    ini puncanya kalau nak tahu...kjaan kita dah xder teloq...semua dah dikuasai kuasa2 barat...ISA dihapuskan bkn atas desakan pembangkang tetapi atas gasakan kuasa2 barat. Tujuan dia satu jer....supaya halal dan mudah tunjuk perasaan diadakan.Dengan sedikit putar-belit media barat nanti dan pembelotan beberapa kumpulan2 ekstrem...Malaysia akan dipaparkan seolah2 dlm keadaan huru-hara. Sedikit tembak sana dan tembak sini...kjaan Msia digambarkan membunuh rakyat sendiri. Maka mudahlah campurtangan asing utk kononnya menyelamatkan rakyat. macam apa yg berlaku di Libya dan di Syria skrg. Persoalannya, utk siapa tunjuk perasaan itu akan diadakan. Adakah terhadapa kjaan Msia pimpinan BN atau kjaan Msia PR nanti?

    Satu lagi kene siasat...siapa yg akan menanggung kepulangan student2 Msia di Syria. Aku bet kuasa2 barat membayar kjaan Msia utk membawa pulang mereka supaya menimbulkan kerisauan terhadap keupayaan kjaan Syria dan juga supaya umat Islam lebih terbuka menerima campurtangan kuasa2 barat di Syria nanti bila smpi waktunya.

    Ada faham............

    ReplyDelete
  3. Bro...landing dhuha lepas semak perut baca politik malaysia di intgernet..

    ReplyDelete
  4. anon..otak u memang briliiant, teruskanlah menulis...

    ReplyDelete
  5. Anon, kalau ISA dimansuhkan atas tekanan kuasa asing, kenapa Anwar tak bersorak gembira? Bukankah anwar dilabel sebagai talibarut dan barua kuasa asing dan yahudi?

    Pelajar syria dibawa pulang atas isu keselamatan selepas peperiksaan, bukankah itu melegakan ibubapa di sini. Soal campurtangan kuasa asing di Syria apa kaitan pula dengan dasar luar negara.

    Tindakan awal kerajaan hari ini wajar mendapat penghargaan semua.

    Anon, lu bukan sahaja tidak pandai cat, pilih warna pun lu buta warna.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...