Saturday, October 22, 2011

BAGUS PUNYA UMNO !! Muhyiddin..tu sikit sangat, tambah le lagi

Bodek projek pilihanraya.... Gerenti BN menang

Dua lagi tapak SJKC di Kajang diluluskan - Muhyiddin

22/10/2011 7:50pm

KAJANG 22 Okt. – Kerajaan telah meluluskan dua lagi tapak dengan setiap satu bersaiz 2.02 hektar untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kajang Utama dan Sungai Long, dekat sini, demikian diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain itu, beliau turut meluluskan peruntukan RM3.5 juta untuk pembinaan dua blok baru SJKC Sungai Chua di sini bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.
"Ini menunjukkan usaha Barisan Nasional (BN) dalam soal pembangunan pendidikan adalah usaha yang bersungguh-sungguh. Kita mahu anak-anak kita berjaya tanpa mengira bangsa,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dalam ucapan sempena lawatannya ke SJKC Sungai Chua, di sini, hari ini.
Turut hadir isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai yang juga Pengerusi MCA Selangor.
Dalam sidang media selepas lawatan itu, Dr Chua berkata kerajaan juga akan memberi peruntukan sebanyak RM4.5 juta setiap sekolah bagi mendirikan dua buah sekolah itu.
"Ini bermakna kerajaan akan memberikan tanah dan peruntukan untuk pembinaan dua buah sekolah di kawasan yang pesat berkembang ini dan ia dijangka akan memulakan pembinaan dalam masa terdekat,” katanya.
Muhyiddin pada majlis sama turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan anak yatim sempena sambutan perayaan Deepavali Rabu ini. - Bernama

2 comments:

  1. Sekolah Agama di Kajang macam mana pula. Ramai tidak dapat belajar kerana kekurangan sekolah agama. Hrap maklum.

    ReplyDelete
  2. Bro, sek agama kajang - umno salahkan kerajaan selangor...

    sek cina tamil semua jadi anak angkat UMNO.

    UMNO bahagian dan cawangan malas buat kerja nak minta peruntukan sek melayu, madrasah, tahfiz, pondok, masjid, surau, sek ugama - mereka lebih sebok dengan pilihanraya, siapa nak jadi calon?!

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...