Sunday, December 11, 2011

Kebijaksaan Terserlah

Empat dilantik anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah


12/12/2011 11:50am





ALOR SETAR 12 Dis. – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah hari ini melantik satu Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi memastikan pemerintahan negeri berjalan dengan sempurna selepas keberangkatan baginda ke Istana Negara esok.



Anggota jemaah yang dilantik terdiri daripada adinda baginda, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah; Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; dan anakanda baginda, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.



Tunku Annuar dilantik sebagai pengerusi Jemaah Pemangku Sultan.



Istiadat pemasyhuran Jemaah Pemangku Sultan berkenaan diadakan di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.



Upacara mengangkat sumpah semua anggota jemaah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim dan Sultanah Haminah Hamidun.



Sultan Abdul Halim akan berangkat ke Istana Negara esok bagi melaksanakan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun. – Bernama

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...