Wednesday, January 11, 2012

PDRM wajar dipersalahkan

Nasib baik Anwar bebas, kalau disabit kesalahan, apakah mampu polis mengawal keadaan? Oleh itu PDRM jangan mendabik dada mengaku dapat mengawal keadaan.. (kecuali kebenaran berhimpun diberi atas dasar percaya dan sudah maklum 'Anwar tidak akan disalahkan??!!)

Malaysiakini melaporkan:

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata adalah "tidak masuk akal" bahawa ketiga-tiga letupan yang berlaku di perkarangan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari Isnin lalu dilakukan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Ini kerana, katanya bom-bom berkenaan telah menyebabkan kecederaan kepada penyokong Pakatan sendiri dan merosakkan beberapa kenderaan mereka.

"Polis kena perjelaskan dari pihak mana. Takkan orang yang simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang letak hingga kereta exco pun kena," katanya kepada Malaysiakini. - Mkini.

Tuesday, January 10, 2012

Siapa yang makin bersih? Anwar @ UMNO?

Bebas dan lepas Anwar:
Membersihkan UMNO dari tuduhan konspirasi
Membuktikan tiada campurtangan kerajaan atau UMNO dalam sistem penghakiman
Anwar yang dituduh liwat pun mampu melepaskan diri apatah lagi Najib yang hanya sekadar difitnah (altantuya) di luar gelanggang mahkamah.
Anwar bebas dan lepas kerana kekurangan bukti 100% walaupun ada unsur menyatakan adanya 'berlaku' liwat, sama seperti kes pertamanya terdahulu.
BN berjaya mengurangkan 'isu'

Bebas dan lepas Anwar:
Kekecewaan kepada pemimpin PAS dan DAP kerana terpaksa menanggung ' biawak hidup' yang berterusan.
PAS dan DAP terpaksa banyak menghabiskan masa menjawab kepada penyokong masing2 soal 'moral' Anwar
PRU13 tidak memberi kelebihan kepada pembangkang untuk meraih undi simpati jika anwar 'dipenjara'
Kekecewaan kepada Azmin yang mengidam menjadi PM proxy kepda Anwar
PKR dan Keadilan khususnya dan Pakatan Pembangkang amnya akan berdepan dengan 'perpecahan' yang berterusan kerana faktor 'penyatu' tidak ada.
Pembangkang kekurangan isu terhadap BN

Sunday, January 8, 2012

Hakim MAHA adil..

....untuk Anwar

 

Kes liwat: Anwar Ibrahim dilepas, dibebaskan daripada tuduhan

09/01/2012 9:45am

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. – UTUSAN

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...