Friday, March 16, 2012

1tugas RM700 - tamparan buat ceupacs

Isu 1  Amah  1 Tugas RM700


Jika ini benar, ia merupakan satu tamparan hebat kepada CEUPACS yang dikira gagal memperjuangkan tanggaji yang lebih baik untuk Penjawat Awam.



Pembantu Tadbir yang mempunyai bidang tugas jika digunapakai formula di atas mampu meraih pendapatan antara RM3,000 – RM5,000 sebulan sedangkan pada peringkat sekarang hanya di antara RM800 – RM1,500

Bagaimanapun ini merupakan satu permulaan yang baik untuk rakyat Malaysia mempersiapkan diri dan mula cenderung kepada mengisi jawatan Pembantu Rumah yang banyak kekosongan ini.

Jawatan Pembantu Rumah perlu ditukar kepada yang lebih enak, misalnya Eksekutif Pentadbiran Sains Rumahtangga atau Pengurus Kediaman dan jika hanya melakukan satu tugas sahaja boleh dikategorikan kepada Penyelia Makanan, Eksekutif Pakaian atau Perunding Kanak-Kanak.

Bagi mereka yang telah bekerja melebihi 10 tahun atau 20 tahun, penggunaan Senior atau Pakar pada awal nama jawatan wajar digunakan dengan tambahan pendapatan berlipatkali ganda.

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...