Friday, April 13, 2012

Annuar Musa nak buat kerja gila...

Inilah masalahnya kalau manusia politik masuk sukan, semuanya nak dipolitikkan, kalau dah didapati bersalah, dihukum, akur je lah...kalau tak puas hati tukarlah perlembagaan pada masa yang sesuai. Sikap nak mengheret isu ke seluruh dunia untuk menegak benang yang basah sekadar lebih mahu memalukan FAM dan Malaysia.

Annuar ini memang anak didik Ku Li...bapa borek anak rintik...Ku Li mengheret UMNO ke mahkamah hingga membawa pengharaman sekadar dirinya kalah dalam pertandingan dengan Mahathir. Sekarang Annuar nak ulang perangai yang sama.

Persatuan Bolasepak Kelantan awal tahun ini memecat jurulatihnya gara2 membuat kenyataan akhbar tidak bersetuju dengan pengurusan bolasepak Kelantan???? Tak ada pun mat salleh itu jaja seluruh dunia.

Pada Annuar cukuplah tu - mutu bolasepak negara bukan terletak pada jawatan atau kritikannya semata mata,  masih banyak isu lain yang perlu diberi perhatian. Kalau ikhlas, Annuar musa tetap boleh menyumbang kalau tidak berjawatan pun.

Namapun dah busuk dalam politik UMNO Kelantan, dah tak ada harapan pun dicalon semula, jadi eloklah jaga nama baik dalam sukan, jadi orang budiman. 

Kalau berhajat nak jadi Presiden FAM, tunggulah 2thn 6bln bukannya lama pun. Kos perbelanjaan nak heret isu ini ke beberapa tempat elok jadikan sumbangan kepada bolasepak negara atau sedekah kepada rakyat Kelantan yang masih miskin tegar.


Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung 30 bulan, Tan Sri Annuar Musa akan menggunakan beberapa saluran untuk membuat rayuan termasuk membawa kesnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal antarabangsa.
 
Sumber Sinar Harian melaporkan, Annuar mahu mengambil tindakan itu selepas dinafikan hak untuk membuat rayuan berhubung penggantungan beliau daripada terlibat sebarang aktiviti bola sepak selama dua setengah tahun.

Katanya, langkah itu diambil sebagai tindakan susulan bagi membolehkan beliau mengemukakan rayuan.

"Saya akan membuat representasi dan aplikasi kepada Jawatankuasa Rayuan berhubung kes berkenaan dan jika tidak berjaya, saya akan ke Tribunal Timbang Tara, seterusnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan jika masih gagal,” kata beliau pada sidang media  selepas Majlis Pembahagian Hasil Padi dan Zakat Projek Ladang Merdeka Jabil di Ketereh dekat sini, semalam.

Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal yang dibentuk untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian berkaitan dengan sukan, terletak di Lausanne, Switzerland manakala mahkamahnya juga terdapat di New York dan Sydney. Ia dibentuk sebahagian daripada sayap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1984 untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan sukan.

Annuar berkata, beliau akan berjumpa dengan pemimpin gabungan FAM yang akan mengadakan kongres pada 30 Julai ini jika ketiga-tiga cara tersebut juga masih gagal.

FAM kata beliau, boleh mengizinkan kongres untuk mengadakan kongres luar biasa jika mendapat persetujuan daripada lima ahli gabungan dalam badan induk itu.


”Saya bukan nak lawan keputusan yang telah dibuat FAM, namun nak menguji sejauh mana sistem (perundangan yang digunakan dalam FAM),” katanya.

Langkah itu katanya, bertujuan menambah baik sistem yang digunakan FAM sebelum bagi memastikan bola sepak negara terus maju.

"Selain itu, saya turut menyambut baik cadangan yang dikemukakan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Pada 4 April lalu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri serta daerah oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau tidak boleh membuat rayuan.

Kata Annuar, meskipun digantung, beliau akan terus berjuang untuk memartabatkan sukan bola sepak di negara ini.

1 comment:

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...