Thursday, April 19, 2012

Berbohong demi politik?

Bercakap benar jalan terbaik untuk tinggalkan maksiat, mungkar
DARIPADA Ibnu Umar, katanya: “Saya dengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.” (Hadis riwayat Bukhari)
Rasulullah SAW menjelaskan sifat orang munafik antaranya ialah apabila berkata, ia berbohong; apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat, diceritakan telah datang kepada Rasulullah SAW seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya iaitu berzina.
Mendengar pengakuan jujur lelaki itu Rasulullah SAW berwasiat kepadanya: “Hanya dengan satu perkara: Laa Takzib! (Jangan berbohong!).

Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu.

“Bagaimana jika saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab: Tidak. Bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum, fikir lelaki itu sehingga berhenti daripada berzina.



No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...