Thursday, April 12, 2012

Bukan masalah buat UMNO.

UMNO secara amnya perlu meletakkan pemerhatian ke atas individu ini tetapi tidaklah perlu panik dan rasa bimbang, pengaruhnya ada tetapi penyokongnya kebanykkannya pun dah memang berada di luar sana, bersama pembangkang termasuklah Melayu2 yang dah loncat atas roket DAP untuk 'rasa selamat' (kononnya).
UMNO juga tidak perlu takut seolah-olah kawasannya itu hanya kekal kebal milik UMNO kalau dia yang dicalonkan. Itu cerita mungkin sudah basi, sudah tidak relevan. dia menang bukan sebab dia sendiri, dia menang atas sokongan 'team'. Jadi kalau tidak terpilih adakah dia akan memberi sokongan seperti dia disokong sebelum ini?

Selepas an war yang makin hilang taring, individu ini merasakan dia lah pengganti yang layak, yang boleh diterima semua untuk menjadi PM Putrajaya.

Orang kanan kirinya sudah mengorak langkah dan dia masih bersandiwara, play safe sejak dari dahulu lagi.

Gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut mungkin bukan sesuatu yang jelas sekarang tetapi tidak tahulah esok lusa lebih2 lagi gendang pilihanraya sudah dipalu. Lihat nanti apa tembelangnya yang keluar...

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...