Sunday, April 15, 2012

PRU - Anwar tanding kerusi DUN Perlih..

Bontot tiba2 panas, peloh mengalir walaupun aircond sedang membeku, bilik terasa cukup berbahang.
Tanah rasa tinggal seinci untuk berlari, lubang cacing pun kalau terjumpa dah sanggup nyorok kepala.
Kalau masa berpatah balik, lidah mahu diikat dan mulut dibisukan - dah tak mahu tabur janji.
Paling tidak passpot mesti cukup tempoh, tiket kapalterbang mesti ditempah awal, bukan satu , bukan dua, tapi banyak.
Semuanya gara-gara kenyataan dibawah, celupar sungguh mulut doktor ni, bukan apa sebab doktor ni kalau menyebut tentulah berisi...tu yang tak berapa sedap sebelah sana nak dengar !!! Masa untuk mereka mengucapkan selamat tinggal, hukuman rakyat. ABAI (Asal Bukan Anwar Ibrahim)



SINTOK - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berpendapat bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.


Faktor kesepakatan yang lancar dalam pemilihan calon dan pembahagian kerusi adalah faktor yang tiada dalam pakatan pembangkang yang bakal disaksikan menjelang PRU13.

(Jika DUN PP, Selangor dan Kelantan tidak dibubarkan serentak dengan Persekutuan - itu petanda malapetaka yang lebih dasyat akan melanda pembangkang yang kononnya sudah bersedia, sentiasa kuat dan disokong rakyat seperti yang mereka laung-laungkan. )

DAP cukup selesa tanpa gangguan PKR dan PAS di kawasan majoriti kaum cina tetapi dalam masa yang sama DAP akan ganggu, ugut dan mahu beberapa kawasan PKR dan PAS untuk meletakkan calon Melayunya dengan matlamat dan agenda tersendiri.


PAS dan PKR akan terus bertikam lidah merebut kawasan dan akan kedapatan beberapa bantahan, pulau memulau terutamanya dari penyokong PAS yang membantah calon PKR di kawasan mereka.

Menjelang tarikh sebenar mengundi, jom kita tengok mereka bergusti.

Anwar dijangka bertandinng di salah satu kerusi dewan undangan negeri di Perlis untuk perancangan sebagai Menteri Besar Perlis selepas harapannya untuk menjadi PM di Putrajaya dijangka tidak kesampaian ???? Apa kata oghang Perlih??

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...