Thursday, June 7, 2012

Sebelum nasi jadi bubur....

Isu pelajar2 baru UNISEL yang tidak dilayan permohonan mereka oleh PTPTN adalah isu gajah lawan gajah, kancil yag mati ditengah-tengah. Suatu bentuk 'kekejaman' yang tidak pernah dilakukan sebelum ini oleh kerajaan BN tentu mengejutkan semua pihak, tidak kurang yang simpati dan ada juga yang kata wajar kerana sikap celupar dan kurang ajar pembangkang dalam mempolitikkan isu pinjaman PTPTN ini.

Cabaran sikap PTPTN ini merupakan risiko dan perjudian yag amat tinggi untuk BN kerana  Pembangkang sudah tentu akan mencairkan otak mereka untuk menangani dan mengatasi isu ini untuk 'memalukan' BN dan sekaligus akan merudumkan moral BN jika Pembangkang berjaya membuktikan bahawa 'kerajaan' mampu memberikan pendidikan percuma atau apa2 alternatif lain.

Ibubapa sebagai 'kuasa undi' dibimbangi akan menurunkan rasa marah mereka di kertas undi kelak dan tentunya sasaran mereka ialah kepada BN. Jika ibubapa itu sudah memang penyokong pembangkang mereka anggap itu satu bentuk penindasan dan kezaliman BN yang berterusan dan jika asalnya mereka penyokong BN, tindakan ini dianggap menyusah dan membebankan.

Sebelum nasi menjadi bubur, adalah lebih baik kerajaan campurtangan, menyelesaikan sesuatu yang mereka mulakan sendiri.

Jika mahu dilakukan pun (trial and error) PTPTN wajar memberi notis awal umum bahawa mereka tidak akan mempertimbangkan pinjaman pada pelajar2 IPTS tertentu (senaraikan) untuk memudahkan pelajar dan ibubapa membuat pilihan IPTS.

No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...