Thursday, July 5, 2012

isu baru... PRU13 tangguh lagi

Syarikat MCA kongsi untung saman rakyat?

PETALING JAYA: Syarikat berkaitan dengan MCA didakwa bakal berkongsi untung saman trafik yang dikenakan JPJ ke atas rakyat mulai hujung tahun ini.

Bagi memaksimakan keuntungan pula, kadar saman trafik akan dinaikan ke RM300 - RM2,000 melalui satu rang undang-undang yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Baru-baru ini, syarikat berkaitan MCA didakwa telah mendapat kontrak projek saman pengangkutan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES) yang akan dilaksanakan kerajaan penghujung tahun ini.


Bendahari PKR William Leong ketika mendedahkan perkara itu berkata, syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Beliau mendakwa, salah seorang pengarah syarikat Beta Tegap Sdn Bhd iaitu Datuk Arianta Alikusno mempunyai hubungan dengan pemimpin MCA dan pernah diberikan kontrak yang besar pada tahun 2005 daripada Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

“Dalam senarai pemegang saham syarikat Beta Tegap Sdn Bhd yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Arianta dan anaknya Dr Andres Teoh serta isterinya, Yap Kim See @ Yap Ai Lin dan seorang iaitu Datuk Mohd Yunus Othman merupakan antara pemegang saham syarikat itu.

“Begitu juga dengan syarikat Mediharta Sdn Bhd, adalah orang yang sama,” katanya pada sidang media semalam.

Bagaimanapun, sebelum ini MCA telah menafikan kaitan partinya dengan kontrak ini.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Selayang itu juga mendedahkan bahawa kerajaan dan kedua-dua syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan daripada hasil bayaran saman oleh orang ramai.

Dalam laporan kedua-dua syarikat itu katanya, setiap syarikat itu akan mendapat RM16 daripada setiap saman yang dikeluarkan.

Jumlah itu menurut William lagi akan diberikan kepada kedua-dua syarikat itu sehingga saman yang dikeluarkan mencecah lima juta.

Selepas mencecah lima juta saman, pihak kerajaan dan syarikat-syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan masing-masing 50 peratus sehingga syarikat itu mendapat keuntungan RM272 juta setahun.

“Oleh kerana itu, kedua-dua syarikat terbabit mensasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 juta saman setiap tahun,” katanya.

Justeru, beliau meminta Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek memberi penjelasan berhubungan kaitan dengan nama-nama terbabit.

Ketika perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah keras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyatakan denda minimum sebanyak RM300 dan maksimum RM2000 akan dikenakan bagi setiap kesalahan.

Mereka berpendapat bahawa pindaan tersebut bukan hanya akan terus membebankan pengguna jalanraya malah menguntungkan syarikat pengendali AES tersebut.

http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/11472-syarikat-mca-kongsi-untung-saman-rakyat

3 comments:

  1. Patutle polis dan JPJ banyak buat saman sekarang ni....rupanya ada lagi selain nak support xxx bagi rakyat, teksi dsbnya

    ReplyDelete
  2. Apakah cara mengurangkan kadar kesalahan trafik terletak kepada kadar saman? Hanya inikah tahap kebijaksanaan Menteri berkaitan? Keadaan fizikal jalan dan persekitaran tidakkah menyumbangan kepada kadar kemalangan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersetuju dengan dua pandangan di atas.

      Kenaikan kadar denda tidak menyelesaikan masalah lebih2 lagi saman tertunggak masih belum beres sepenuhnya.

      Sepanjang lebuhraya tidak sesuai hanya menetapkan 110km sebagai maksima sedangkan pada keadaan tertentu ia wajar dinaikkan. Begitu juga saman perlu dikeluarkan kepada yang memandu perlahan hingga menyusahkan pengguna lain dan merekalah sebenarnya (pemandu perlahan) dalam keadaan tertentu mendorong kepada kemalangan jalanraya.

      Ditambah dengan isu ini dan berbaur kepentingan kroni politik menjadikan ia cukup tidak kena untuk kerajaan BN yang dikatakan prihatin kepada kehendak rakyat untuk melaksanakannya.

      Begitu juga dengan lampu isyarat yang tidak mesra pengguna, tidak mengikut aliran trafik sebenar dan kadangkala diformat dalam keadaan menyusahkan semula pengguna.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...