Tuesday, October 23, 2012

AES adakah ada unsur perniagaan? unsur penganiayaan? samar?


5 unsur yang menyebabkan satu-satu perniagaan menjadi HARAM
  1. RIBA  : 1 dirham hasil riba yang dimakan oleh seseorang dalam mengetahui bahawa itu adalah riba, dosanya lebih besar daripada berzina sebanyak 36 kali (Riwayat Ahmad)

  1. ZALIM  : Sekalipun satu-satu perniagaan itu cukup syaratnya daripada segi hukum, ia tetap haram sekiranya jelas ada kesan menganiaya orang lain

  1. JUDI  : “Wahai orang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, sembelihan untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk amalan syaitan. Maka jauhilah agar kamu mencapai kejayaan” (Surah al-Maidah 5: 90)

  1. GHARAR  : Gharar bermaksud samar2 atau tidak jelas. Unsur ini akan wujud dalam perniagaan yang berorientasikan penipuan. “Sesiapa yang memperdaya kami, dia bukanlah daripada kalangan kami (orang beriman)” – [Riwayat Muslim]

  1. HARAM  : Syariat telah mengharamkan beberapa barangan daripada jual beli seperti arak, bangkai dan sebagainya. Islam juga mengharamkan beberapa cara jual beli seperti jual beli dua akad jenis jual beli dalam satu, jual beli daripada orang yang tidak waras dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...