Sunday, December 16, 2012

Sinar Harian tak lulus dari segi telus dan tulus...

SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.

"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.

Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.

Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009.SH
Husammuddin patut memberi penjelasan kenapa hanya sebahagian kenyataan ibrahim disiarkan dan tidaklah perlu dia lari tajuk dan melabelkan ibrahim tidak relevan.
Dalam politik Ibrahim masih ahli parlimen, Presiden Perkasa yang mempunyai jumlah ahli yang boleh dibanggakan. Sinar Harian sekadar harakah kedua untuk pembangkang, tumpang tuah untuk lariskan akhbar. 

2009 sinar harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan sudah basi, sekarang 2012..jangan syok sendiri.

1 comment:

  1. Sinar harian dari awal penerbitan aku dah menyampah. Tak pernah aku sentuh suratkhabar tu. Tgk tajuk muka depan pun dah cukup melambangkan akhbar ni layak utk alas lantai bg kucing berak atas tu.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...