Google+ Followers

Tuesday, July 31, 2012

1 lagi konspirasi UMNO...

Mereka sudah ada jawapan...

Berbeza di Kelantan, perpisahan akibat perbezaan parti.

Friday, July 27, 2012

Guan Eng kena belajar dengan Anwar control Azizah..


Sunday, July 22, 2012

Amaran? Lainlah kalau Siti Nurhaliza masuk PAS..


22 Jul – Ekoran kehadiran penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang telah mengadakan persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu, Sabtu lalu, Kerajaan Negeri Kelantan akhirnya memutuskan untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu.
Memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan yang disiarkan di akhbar Sinar Harian, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang gagal mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri.
Takiyuddin yang ditemui sejurus selepas merasmikan Hari Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam, Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, di sini Selasa turut mengingatkan penganjur atau individu termasuklah ahli politik yang ingin membawa penyanyi-penyanyi atau selebriti di Kelantan haruslah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
"Sebelum ini kita menerima maklumat daripada penganjur program tersebut memaklumkan bahawa ia adalah program motivasi. Namun di sebalik majlis itu, mereka membawa penyanyi wanita terkenal menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka.
"Ia memang satu tindakan yang menyalahi undang-undang di negeri ini, namun kita berharap perkara seumpama ini tidak akan berulang," ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, pihak yang melanggar undang-undang dan peraturan akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 1,000 di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
Sabtu lalu, majlis sambutan hari guru yang diadakan di Kompleks Sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab yang dihiburkan oleh diva no.1 Negara itu mendapat sambutan lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu.



Islam Milik siapa? PAS atau UMNO ?



20 tahun dulu aku penyokong kuat PAS tapi kini tidak lagi, sebabnya terlalu banyak, perbezaannya dulu aku sokong PAS sebab parti ibarat berjuang naik bukit, walaupun sukar tapi semangat kental kerana niat perjuangan mulia walaupun ada juga tercemar dengan insiden Hadi kapirkan UMNO dan solat dua imam.
Tetapi perjuangan PAS hari ini ibarat perjuangan turun bukit, tak berjuang pun akan tergelongsor merudum terjunam ke bawahnya kerana bersekongkol dengan puak kapir yang terang2 menentang Islam dan parti liwat, lebih teruk dari isu persepsi UMNO kapir.

UMNO sebenarnya tidak gentar sekadar PAS membariskan Nik Aziz, Mat Sabu, Hadi, Mahfudz dan sebagainya kerana mereka tidak ada karisma yang mencukupi untuk menjadi pemimpin nasional kecuali menjadi boneka dan kuda tunggangan. UMNO gentar kepada akar umbi PAS yang begitu taksub kerana selain Al Quran mereka cukup terpesona dengan Harakah yang menceritakan 1000 satu tak betulnya kerajaan dan pemimpin BN dan 100 satu hebat dan mulianya pemimpin pembangkang. Sebab itulah UMNO jarang kritik akar umbi PAS sebaliknya lebih tertumpu kepada pemimpin PAS itu sendiri.

Tetapi di dalam PAS, pemimpin mungkin menyangkakan merekalah paling hebat, paling ulama, paling bijak dan paling betul dalam perjalanan siasah parti dengan pelbagai strategi walaupun ada yang menghalalkan cara demi sebuah mimpi kabur Putrajaya, sudah banyak perkara ini diulas.

Trend mengambil bekas pegawai kerajaan, bekas penyanyi, bekas polis, bekas banduan dan berapa 'bekas' lagi kini menular di dalam PAS dan kian popular dibawa dari pentas ke satu pentas. Keghairahan bertambah kemaruk dengan semua bekas2 itu masih dikekalkan pakaian seragam, dikekalkan dengan baju leftenan walaupun sekadar lakonan malah penyanyi2 wanita yang hampir pencen dikelabung tudung sebagai tanda insaf dan kini kembali ke pangkal jalan ?! dulu sesat kot.... bagus sangatlah kalau sudah menutup aurat tapi kalau berpindah kepada 'agen dan penyebar fitnah' pula...apa kesudahannya?

Berbalik kepada bekas2 penyanyi ini khususnya, mereka diundang untuk berada di pentas bersama beberapa pemimpin pembangkang untuk memberi ceramah? Pelik aku rasa...apa isi ceramah agaknya yang mereka nak sampaikan? Sekadar nak kata kerajaan tak betul? Kalau mereka nak sampikan dakwah cara menyanyi atau berlakon cara Islam aku setuju sangat kerana memang itu bidang mereka tetapi kalau mereka nak bercakap 'politik' lebih2 aku rasa sudah tak kena. Tapi kalau niat PAS nak pull the crowd and the cow aku rasa strategi itu berjaya, sama taraf dengan ceramah Hassan Ali dengan program 'cabutan bertuah' untuk menggambarkan ceramah mereka mendapat sambutan rakyat !!!!

Kesimpulannya aku hanya dapat katakan bahawa PAS hanya memperbodohkan akar umbinya dengan membawa penceramah yang popular dan bukannya penceramah yang berilmu. Apakah ceramah Mat Sabu yang banyak 'merapu dan mengarut' sudah tidak laku dan berkesan? Ahli sudah bosan? Apakah alim ulama di dalam PAS sudah hilang suara dan apakah mereka ditakuti oleh segelintir puak dalam PAS takut kalau ulama2 ini hanya akan membawa unsur perpaduan ummah di dalam ceramah mereka sedangkan niat mereka ialah agar akar umbi menjauhkan diri dari UMNO dan Utusan sejauh-jauhnya?!

http://kedahkekl.blogspot.com/2012/07/tudiaa-mengucap-dua-kalimah-syahadah.html Baca di sini untuk lihat artis tunggang langgang bercakap pasal akidah ?! menggerunkan..Ini yang nak ahli PAS megah dengn ceramah mereka !


Pada akar umbi PAS, renungkanlah segala 'persembahan' pemimpin PAS sekarang di ceramah mereka samada membawa dan menjurus kepada kekuatan ummah Islam atau mahu memisah dan mencerai beraikan umat Islam di Malaysia. Islam bukan milik UMNO atau PAS. Islam milik siapa? dan perhatikan pula ceramah2 UMNO?

Kalau PAS hebat, dia bukan berjuang sekadar mengekalkan sokongan yang ada tetapi sebaliknya meraih sokongan dari ahli2 UMNO yang di atas pagar, meraih sokongan bukan sekadar cakap ' UMNO tak betul ' tapi lebih kepada apa hebatnya kalau PAS yang pimpin...berilah contoh? Mungkin Kelantan dan Kedah terbaik di bawah PAS....oohhh my English!

Monday, July 16, 2012

Kalau Pok Nik Sakit Lutut..ini ubatnya

Kalau ikut usia, pok nik dan mahathir antara yang mungkin mengalami sakit lutut berbanding dengan Najib - apapun bacalah pengalaman rakan di bawah.

Bagaimana pula Anwar - adakah dia bebas dari sakit lutut ? berdasarkan aktiviti lasaknya...

Saya ingin berkongsi satu pengalaman peribadi berhubung sakit lutut yang telah saya alami lebih kurang 5 tahun yang lalu. Pada bulan Mei 2012 semasa saya berada di Kota Bharu seorang wanita Cina berasal dari Penang telah menegur kerana dilihatnya saya mengalami kesukaran menaiki tangga. Di pendekkan cerita, kami meneruskan perbualan di kedai minum dan dia telah menyarungkan sejenis sarung lutut  untuk percubaan memakai.

Sarung lutut tersebut diperbuat dari kain khas yang lembut (fiber) disalut/diadun bahan rawatan infra red -perak-koprum. Sarung ini berteknologi Jepun edaran sebuah syarikat Taiwan (patternted), sudah berada di Malaysia lebih 10 tahun dan sangat terkenal di kalangan masyarakat Cina yang kaya. Saya pernah menggunakan sejenis sarung lutut jenama X yang dibeli difarmasi tetapi tidak begitu berjaya, sekadar 20%.

Perbualan kami hampir sejam dan tanpa disedari dengan kuasa dan izinNya saya merasakan sakit di bahagian pelipat dan lutut sudah agak reda dan kaki terasa ringan. Kerana keajaiban tersebut, saya terus membelinya sepasang dan memakainya hingga ke hari ini. Disyorkan 8-12 jam sehari memakainya. Boleh digunakan antara 1-5 tahun bergantung kepada cara kita memakai dan cara kita menyimpannya.

Setelah dua bulan, boleh dikatakan masalah lutut dan kekejangan kaki 98% dengan izinNya telah pulih dan dapatlah saya berjalan, menaiki tangga dan terutamanya bersolat dengan lebih selesa ketika rukuk dan sujud.

Syarikat itu juga ada mengedarkan sarung pergelangan kaki, sarung betis kaki, sarung pergelangan tangan, sarung siku selain dari sarung lutut untuk tujuan pelbagai seperti * sakit lutut * sakit sendi * bengkak kaki * gout * sakit tumit * terseliuh/terkehel * kaki sejuk * kebas * dan sebagainya. Ada juga bengkung untuk perut buncit/boroi/senggugut tetapi saya belum mencubanya lagi.

Sebagai memenuhi fardhu kifayah, kini saya telah menjadi pengedar dan jika ada sesiapa yang berhajat membelinya Rm280.00 seunit atau RM500.00 sepasang  bolehlah menghubungi saya di talian 019-7607739 @ wassap 0139645599 (Mohd). Pos percuma.

Bagi yang berdekatan atau kebetulan saya berada di tempat yang berhampiran dengan tuan, insyaAllah boleh cuba memakainya dalam tempoh beberapa jam untuk menilai keberkesanannya.
Walaupun ini satu perniagaan tetapi niat awal saya ialah untuk berkongsi pengalaman hal kebaikan sarung ini yang boleh membantu kita mengerjakan tugas harian,  solat dan ibadah dengan lebih selesa, insyaAllah.

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” - (Abu Daud)

Tulisan ini dibuat secara bertanggunjawab, ikhlas dan professional  - 16hb Julai 2012 Bandar Permaisuri, Terengganu
Yang Bermint Menjadi Agen juga di alu-alukan
Tel: 019 760 7739 / sakitlutut@gmail.com / http://sakitlutut.wordpress.com/2012/07/17/sakit-lutut/






Thursday, July 12, 2012

Kemaskini: Siapa Peguam di Melaka yang hebat !?


Kemaskini:

Ada dua email yang diterima sebagai maklumbalas dari perkara di bawah.


Satu email memaklumkan nama dan alamat seorang peguam dari Seremban dan seorang lagi dari KL yang pernah mengendalikan kes melibatkan mahasiswa - terima kasih.


Satu lagi email memaklumkan butiran alamat dan no hp bagaimana untuk menghubungi Betty chew - Terima kasih.


Email atau maklumbalas dari Juara 'Lombok' dan NGO's seperti dibawah belum lagi kedengaran.


Asal:
Sudah dua hari saya terima satu email dari seseorang yang sudah lama tidak berhubung meminta sya memberi pandangan dan minta bantuan dapatkan peguam yang bagus di sekitar Melaka. Minta pandangan bukan bererti saya cukup bagus tetapi mungkin lebih kepada second opinion.

Ia berkaitan anaknya yang telah diambil tindakan dibuang kolej oleh sebuah Kolej Kerajaan Negeri Melaka atas tuduhan 'berkhalwat' sedangkan ia semata-mata 'hearsay' (Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Melaka telah mengesahkan tiada kes samada dilaporkan atau pendakwaan) dan lebih memburukkan lagi pihak Kolej berkenaan tidak berminat untuk berjumpa dengan ibubapa/penjaga secara langsung untuk berbincang atau memberi penjelasan.

Apa yang dipersoalkan oleh si bapa ini ialah pertuduhan yang salah mengakibatkan hukuman yang berat dan perkara ini si bapa mahu merujuk kepada mahkamah. Oleh kerana si bapa ini duduk di Perak adalah amat tidak sesuai untuk dia mengambil peguam dari Perak untuk mengendalikannya. Persaolannya siapakah peguam di Melaka yang bersesuaian?

Jika anda mempunyai maklumat peguam tersebut harap salurkan ke email saya dotmaikay@gmail.com.

Dari segi politik, saya terfikir peguam Pembangkang di Melaka mungkin boleh memberi perkhidmatan dengan percuma atau bayaran minima untuk membantu si bapa ini atau langkah proaktif perlu di ambil oleh Peguam UMNO atau Ketua Menteri Melaka sendiri sebelum ia menjadi 'isu'.

Pemuda UMNO yang kerap menjadi Juara "Lombok" wajar juga tidak terlepas pandang kes-kes sebegini. 


NGO dan individu seperti Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Negeri Melaka, Datuk Ab. Karim Sulaiman, Pengerusi Gerakan Belia 4B Melaka, Mohd. Nizam Omar,Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Melaka, Abd. Rahim Osman dan Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah, Zaidi Mohamad wajar juga memainkan peranan untuk menasihat Kolej yang berkenaan.

Atau mungkin juga ADUN Kota Laksamana, Betty Chew Gek Cheng dan rakan-rakannya memerlukan isu baru untuk memperlahankan serangan BN ke atas mereka atas isu Ng Phaik Kheng.


Friday, July 6, 2012

Siapa Peguam di Melaka yang hebat !?

Sudah dua hari saya terima satu email dari seseorang yang sudah lama tidak berhubung meminta sya memberi pandangan dan minta bantuan dapatkan peguam yang bagus di sekitar Melaka. Minta pandangan bukan bererti saya cukup bagus tetapi mungkin lebih kepada second opinion.

Ia berkaitan anaknya yang telah diambil tindakan dibuang kolej oleh sebuah Kolej Kerajaan Negeri Melaka atas tuduhan 'berkhalwat' sedangkan ia semata-mata 'hearsay' (Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Melaka telah mengesahkan tiada kes samada dilaporkan atau pendakwaan) dan lebih memburukkan lagi pihak Kolej berkenaan tidak berminat untuk berjumpa dengan ibubapa/penjaga secara langsung untuk berbincang atau memberi penjelasan.

Apa yang dipersoalkan oleh si bapa ini ialah pertuduhan yang salah mengakibatkan hukuman yang berat dan perkara ini si bapa mahu merujuk kepada mahkamah. Oleh kerana si bapa ini duduk di Perak adalah amat tidak sesuai untuk dia mengambil peguam dari Perak untuk mengendalikannya. Persaolannya siapakah peguam di Melaka yang bersesuaian?

Jika anda mempunyai maklumat peguam tersebut harap salurkan ke email saya dotmaikay@gmail.com.

Dari segi politik, saya terfikir peguam Pembangkang di Melaka mungkin boleh memberi perkhidmatan dengan percuma atau bayaran minima untuk membantu si bapa ini atau langkah proaktif perlu di ambil oleh Peguam UMNO atau Ketua Menteri Melaka sendiri sebelum ia menjadi 'isu'.

Pemuda UMNO yang kerap menjadi Juara "Lombok" wajar juga tidak terlepas pandang kes-kes sebegini. 


Thursday, July 5, 2012

isu baru... PRU13 tangguh lagi

Syarikat MCA kongsi untung saman rakyat?

PETALING JAYA: Syarikat berkaitan dengan MCA didakwa bakal berkongsi untung saman trafik yang dikenakan JPJ ke atas rakyat mulai hujung tahun ini.

Bagi memaksimakan keuntungan pula, kadar saman trafik akan dinaikan ke RM300 - RM2,000 melalui satu rang undang-undang yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Baru-baru ini, syarikat berkaitan MCA didakwa telah mendapat kontrak projek saman pengangkutan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES) yang akan dilaksanakan kerajaan penghujung tahun ini.


Bendahari PKR William Leong ketika mendedahkan perkara itu berkata, syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Beliau mendakwa, salah seorang pengarah syarikat Beta Tegap Sdn Bhd iaitu Datuk Arianta Alikusno mempunyai hubungan dengan pemimpin MCA dan pernah diberikan kontrak yang besar pada tahun 2005 daripada Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

“Dalam senarai pemegang saham syarikat Beta Tegap Sdn Bhd yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Arianta dan anaknya Dr Andres Teoh serta isterinya, Yap Kim See @ Yap Ai Lin dan seorang iaitu Datuk Mohd Yunus Othman merupakan antara pemegang saham syarikat itu.

“Begitu juga dengan syarikat Mediharta Sdn Bhd, adalah orang yang sama,” katanya pada sidang media semalam.

Bagaimanapun, sebelum ini MCA telah menafikan kaitan partinya dengan kontrak ini.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Selayang itu juga mendedahkan bahawa kerajaan dan kedua-dua syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan daripada hasil bayaran saman oleh orang ramai.

Dalam laporan kedua-dua syarikat itu katanya, setiap syarikat itu akan mendapat RM16 daripada setiap saman yang dikeluarkan.

Jumlah itu menurut William lagi akan diberikan kepada kedua-dua syarikat itu sehingga saman yang dikeluarkan mencecah lima juta.

Selepas mencecah lima juta saman, pihak kerajaan dan syarikat-syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan masing-masing 50 peratus sehingga syarikat itu mendapat keuntungan RM272 juta setahun.

“Oleh kerana itu, kedua-dua syarikat terbabit mensasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 juta saman setiap tahun,” katanya.

Justeru, beliau meminta Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek memberi penjelasan berhubungan kaitan dengan nama-nama terbabit.

Ketika perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah keras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyatakan denda minimum sebanyak RM300 dan maksimum RM2000 akan dikenakan bagi setiap kesalahan.

Mereka berpendapat bahawa pindaan tersebut bukan hanya akan terus membebankan pengguna jalanraya malah menguntungkan syarikat pengendali AES tersebut.

http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/11472-syarikat-mca-kongsi-untung-saman-rakyat