Google+ Followers

Monday, December 31, 2012

pas ada makan duit haram tak?

ada sesiapa yg boleh sahkan ( cer citer cer citer ) sejak pas bersekongkol dengan pkr dan dap yg tampak begitu mewah, ada ke tidak pemimpin2 pas yg tertelan duit haram atau parti menerima sumbangan haram?

kalau sah sumbernya harap dedahkan...rakyat perlu dimaklumkan salah laku semua pihak termasuk BN, rakyat wajar tidak lagi bersikap tak apa dengan pemimpin yg bertopeng baik dan alim sebaliknya penyamun dan pengkhianat negara dan bangsa.

Friday, December 28, 2012

nik aziz vs azhar idrus

di mesia hari ini hanya dua ulama yg tersohor dan betul belaka, ulama yg lain tak leh pakai, mcm2 gelaran pula diberi, ulama bisu etcs

ulama dua org ini bukan sekadar berceramah bab ugama tapi diselit juga dng kritikan keras bukan sahaja ke atas ulama lain tetapi juga terhadap ulil amri. rasanya kalau bukan alim ulama ini dah ramai rakyat islam mesia jadi jahil bab ugama. mereka bukan sahaja jadi penyuluh malah dah bertambah ramai peminat dan penyokong - jadi tidak hairanlah ulama ini makin besar kepala-

kalau di ambil contoh arqam yg diharamkan, jumlah penyokong yg taksub mampu menjadikan pemimpin lupa daratan dan akibat syok sendiri mulalah mereka mabuk kuasa untuk terus bertapak. yang mabuk kuasa memang sukarnak letak jawatan, yg mabuk kuasa juga sangat teruja kalau cakap2 mereka mula disanjung.

Bagaimanapun sudah pasti azhar idrus dari ganu dan nik aziz dari kelante tentunya tidak dapat duduk semeja dalam beberapa perkara dan isu. bagi org biasa seperti saya agak keliru untuk memilih satu antara dua ini sebagai idola..

mungkin anda boleh membantu saya membuat pilihanmana satu yg sesuai bagi saya untuk ikuti?

Thursday, December 27, 2012

Jumpa Ulama Politik - belum tentu undi PAS


Pertemuan artis dengan ulama politikus..

“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing"

Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.

Artis selalu pandai berderama - kita tidak tahu apakah ini sebahagian dari drama atau kesah benar - siapa penerbitnya? siapa pengarahnya? siapa yang dapat untung?

lagi..http://theunspinners.blogspot.com/2012/12/artis-artis-masuk-pas-jumpa-yang-dicari.html

Tuesday, December 25, 2012

dap ada tak agenda untuk mantapkan ekonomi melayu?

pelbagai kajian, bancian, kaedah dan segala mak nenek telahpun dibuat dan hasilnya BN tidak mampu menang duapertiga majoriti...di ulang semula segala kemungkinan hasilnya memang BN tak boleh menang duapertiga,  sekadar menang majoriti mudah untuk tubuh kerajaan. kalau dicongak untuk beli calon sekalipun BN sangat sukar untuk mendapat duapertiga.

kegagalan BN 2/3 juga bererti sekali lagi hasrat pembangkang menguasai putrajaya juga gagal malah dijangka mereka saling tuduh menuduh selepas keputusan pilihanraya. amat mudah dap untuk menuduh kegagalan adalah disebabkan pas  yang terus bertegas mahu melaksanakan hudud walunpun secara olok-olok

pas pula akan menyalahkan dap kerana terlalu vokal berkaitan dengan hudud olok-oloknya

tetapi akhirnya mereka sepakat untuk mnyalahkan spr dan umno dengan pengundi hanturaya dan bantuan jentera kerajaan, lagu yg sama setiap pilihanraya

apakah akan ada satu demonstrasi jalanan?

situasi akan menyebabkan negara tidak aman, menyusahkan rakyat gara-gara cita-cita politik sang pemimpin musang berbulu ayam

walaupun saya antara yg berhasrat menukar kerajaan tetapi perkembangan terkini hanya memperlihatkan pakatan pembangkang tidak berada dalam satu ikatan dan pemahaman yg baik

dan lebih teruk saya tidak nampak ada pemimpin melayu dan islam yang berkarisma untuk memimpin pembangkang lebih-lebih lagi untuk berhati hati dengan pemimpin dap yang banyak muslihat dan tipu daya, apakah mereka ikhlas dengan orang melayu yg masih ketinggalan dalam ekonomi dan pendidikan. pernahkah mereka ada agenda mantap untuk majukan org melayu?

anwar ibrahim bukanlah pemimpin melayu islam yg boleh digantung harap, hutangnya pada dap, barat, yahudi (?) sangat besar, kita takut dia jadi pemimpin yg dicucuk hidung

kepada rakan2 yg sama hasrat dengan saya, ayuh kita berfikir...berbaloikah undi kepada pembangkang yg dari kajian menunjukkan akan gagal menguasai putrajaya atau lebih baik undi kpd bn untuk terus menang dengan duapertiga yg lebih besar.

najib belum teruji, wajar dia diberi peluang...

Lihat angan2 pecacai dap yang cuba memperlekehkan mahathir - sesuatu yang kontra kerana masih ramai rakyat yang dahagakan kepimpinan mahathir.


Mahathir jangan lupa, Pak Lah dalam tahun 2004 mendapat mandate dan jumlah undi yang paling besar. Pencapaian itu tidak pernah perolehi oleh Mahathir pun. Mahathir jangan lupa bahawa mandate yang besar tersebut bukan diperolehi kerana orang sukakan Pak Lah- tapi mandate tersebut diberi kerana rakyat meraikan pengunduran Mahathir. jadi, kalau Mahathir menghulurkan hidung dia dalam PRU yang akan datang, rakyat akan sekali lagi meraikan pengenyahan Mahathir - Pecacai Melayu dalam DAP



kassim dani - tumpat.

Monday, December 24, 2012

penunggang motorsikal berkuasa tinggi mcm pelesit...

pengalaman aku samada di lebuhraya, jalan persekutuan atau negeri dan dibandar - bila berkumpulan, sah aku setuju majoritinya pelesit dan bapa pelesitnya ialah marshal.

seperti mat rempit, mereja juga sampah masyarakat jika berlagak 'police traffic' dan tidak mengikut undang2 jalanraya - jangan besar kepala !

samy vellu semasa menjadi menteri pernah memberi amaran untuk mengharamkan motorsikal berkuasa tinggi dari menggunakan lebuhraya kerana gagal mematuhi undang2 seperti berada di lorong motorsikal dan mengganggu kelancaran kenderaan lain dari marshal cabuk.

kepada mereja - jadilah warganegara biasa spt orang lain.

Saturday, December 22, 2012

Isteri Wakil Rakyat UMNO tidak terjamin..






Isteri wakil rakyat UMNO patut tuntut perkara yang sama

Tuesday, December 18, 2012

'Ustazah" Arbaiyah..

Mungkin perkahwinan boleh menyelamatkan dirinya dari gedik politik yang berterusan...

Pemimpin2 PAS yang berkemampuan harus mengambil tanggungjawab...
Arbaiyah binti Abdul Manan atau juga dikenali sebagai Abby Abadi, merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi kumpulan ELITE. Arbaieyah binti Abdul Manan dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1 Disember 1977.

Sunday, December 16, 2012

Sinar Harian tak lulus dari segi telus dan tulus...

SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.

"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.

Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.

Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009.SH
Husammuddin patut memberi penjelasan kenapa hanya sebahagian kenyataan ibrahim disiarkan dan tidaklah perlu dia lari tajuk dan melabelkan ibrahim tidak relevan.
Dalam politik Ibrahim masih ahli parlimen, Presiden Perkasa yang mempunyai jumlah ahli yang boleh dibanggakan. Sinar Harian sekadar harakah kedua untuk pembangkang, tumpang tuah untuk lariskan akhbar. 

2009 sinar harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan sudah basi, sekarang 2012..jangan syok sendiri.

DAP memberi Amaran kepada Melayu di PKR dan PAS..

Perkauman yang kuat dalam DAP dengan menolak Melayu dengan kuasa undi di dalam parti menunjukkan DAP bakal tanpa calon Melayu dalam PRU13.

Melayu gagal dapat undi dalam parti mana mungkin Melayu dapat undi dalam PRU 13 sebagai calon DAP !

Bukan sahaja DAP tolak UMNO, kini mereka tolak Melayu dalam parti sendiri dan mana mungkin mereka boleh terima Melayu dari PKR dan PAS ?

Jika Melayu dan Islam ditolak DAP, atas dasar apakah mereka masih terima Anwar, Hadi dan Nik Aziz ???

Wednesday, December 12, 2012

Kalau Tak rasuah...Bukan UMNO Namanya...

Cuba kaitkan dengan ini pula (aku copy and paste)..

" Dengan melakukan berbagai onar...fitnah tu jangan cakaplah..bukan pembangkang kalau tak fitnah...pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyampaikan ucapan siang semalam semuanya fitnah belaka... "

Jadilah fahamlah aku bahawa rasuah yang dikaitkan dengan UMNO itu adalah fitnah siang malam puak pembangkang. 

Rasuah tidak pernah kenal parti politik..ia akan berlaku bila ada keperluan dua pihak. cuma kebetulan segelintir yang berkuasa dan berpengaruh dalam kuasa politik masakini adalah UMNO.  Tapi lu orang ingat dalam MCA, MIC, dan BN tak ada rasuah ke? Tak ada atau kurang sebab tak kena tangkap..

Dalam PKR, DAP dan PAS tak ada rasuah ke? 
Lu ingat pemimpin mereka tu bukan manusia ke ? apa yang mereka kejar siang malam sekarang?
Kuasa untuk apa?







Pembangkang sedang kebulor, kuasa untuk mengaut..

Monday, December 10, 2012

Pembangkang Dapat Peluru Hidup..

Bersiapa sedialah puak umno di bawah sana - tahan belakang - pembangkang dapat peluru hidup nak tembak hampa...

1001 cerita akan keluar dari kesah ini...

Menteri Mentor Pertama Malaysia

Kemungkinan Lim Guan Eng akan menjadi Menteri Mentor dalam usia yang awal kerana ketidakmampuan PM selepas Putrajaya ditawan Pembangkang.

Samada Anwar atau Hadi jadi PM - ada aku kesah !!!

Saturday, December 1, 2012

satu undi untuk siapa?

kalau tak ada nilai, otak dah beku, kufur nikmat, bagilah pada pembangkang...