Friday, January 11, 2013

#katak kalau mati pun lebih mulia..

Kawan2 aku yang segelintirnya mengalami kemurungan dan masalah rumahtangga mengambil pendekatan yang lebih untung, dari menjadi tidak beruang lebih baik jadi beruang apabila diperdaya untuk menyertai satu perhimpunan untuk mensucikan penzinaan dari seseorang yang melakukan zina tetapi tidak berani tampil ke depan untuk akui atau nafikan sebaliknya mengupah golongan jahil untuk bercakap bagi pihaknya.

Apakah benar tuduhan zina itu berlaku, bukankah salah menuduh tanpa bukti, apakah ada 4 saksi? Semua persaolan ini sebenarnya sedang disalurkan melalui undang2 untuk mengesahkan samada berlaku atau tidak. Tetapi empunya diri (tentulah penzinaan takkan berlaku sorang-sorang) sedang berusaha menafikannya di luar kotak undang2 dengan menggunakan perhimpunan jahanam !!!

Aku tidak mahu berhujah panjang dengan kawan2 aku ini, cuma sekadar mengingatkan, bermula dari niat mereka untuk pergi dan sehinggalah mereka pulang..ingatlah..jika itu satu perjalanan yang sah di sisi Islam, insyaallah mereka akan dapat pahala berganda-ganda tetapi jika itu satu yang salah di sisi Islam, mereka akan dapat bala. Bagaimana kalau dalam perjalalanan itu, pergi dan balik, mereka termati....aku rasa katak kalau mati pun lebih mulia.

Dan jika perhimpunan itu diselitkan dengan perjuangan kalimah "Allah" untuk digunapakai oleh puak musuh Islam..apapula status perjalanan, perhimpunan dan perjuangan itu? Jika nama "Allah" tidak mahu disalahguna oleh musuh Islam kenapa mereka tidak memeluk sahaja ugama Islam supaya lebih mudah menemui Allah Ya Rabbul A'alamin yang sebenar. Kalau mereka tidak berniat salahguna kenapa mereka begitu terdesak mahu menggunakannya !!!





No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...