Monday, March 18, 2013

ahli umno perlu ada senjata menjelang pru

sudah sampai masanya umno mula membuat majlis bacaan Yassin dan doa di seluruh negara setiap hari sebagai satu persiapan pilihanraya memandangkan pilihanraya akan datang bukan sekadar bertembung dengan pembangkang tetapi juga ada campurtangan asing berunsurkan anti Islam, anti Melayu dan anti negara yg begitu bersungguh menghancurkan kekuatan umno dan secara langsung melemahkan Islam di malaysia sekaligus Islam di dunia kerana Malaysia satu-satunya negara Islam yg cukup tinggi moralnya.

tidak perlu doakan untuk k.o atau t.k.o mana2 parti tetapi memadai meminta kekuatan dan kemenangan serta perpaduan ummah. serahkan kepada Allah untuk memporakperandakan musuh sepertimana terjadinya tentera gajah abrahah yg cuba menyerang kota Meka, insyaAllah.

sejauhmana pun kepandaian strategi umno untuk menang tetapi menjadi begitu sukar kerana musuh bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam, beberapa ekor tedung berbisa yg sedia mematuk pada saat akhir. usaha mental dan fizikal yg telah dibuat mesti disusuli dengan doa secara rasmi untuk memberi roh kekuatan yg luarbiasa.

selepas mencapai kemerdekaan, perjuangan kali ini adalah perjuangan kpd pengisian kemerdekaan itu sendiri, perjuangan hidup mati Islam dan Melayu dari tangan komunis moden, pengkhianat bangsa dan pelacur ugama.

itu jihad umno.

No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...