Saturday, September 21, 2013

Hishamuddin bernafas dalam lumpur..

Hishamuddin setakat ini digambarkan sebagi calon yang sukar mempertahankan jawatan Naib Presiden dan jika gagal, karier politiknya selepas ini sudah sukar untuk kembali berada di atas kecuali ada perubahan siskap dan caranya, tetapi itupun sudah dikira lambat. Harapannya kini lebih kepada peranan Najib itu sendiri membantunya atau terpaksa juga menerima keadaan.

Najib tentu boleh meminta Isa Samad @ Zahid @ Mukhriz untuk 'carry' bersama nama Mudin?

Apapun keputusan - tempat Muddin tetap ada selagi Najib menjadi PM.Bukankah Najib suka membuat koleksi antik seperti mengekalkan Syed Hamid sebagai Pengerusi Spad, Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan banyak lagi...

Persepsi pergantungan kepada Najib tidak dapat disangkal kerana berdasarkan kebolehan Hishamuddin sewajarnya dia tidak berada di Kementerian yang begitu penting dan kanan. Kelemahan muddin bukan terpancar sekarang, malah sejak menjadi Ketua Pemuda yang mempelopori pemuda lembek dan bisu yang diwarisi Kj.

Terbawa ke jawatan Menteri, dia diketawakan dengan jolokan Menteri Teragak-Agak yang tak agak dan rasanya dia kekal sebegitu di mana sahaja dia berada.

Mudddin boleh meminta maaf atas kapasiti peribadinya tetapi bukan mewakili bangsa Melayu meminta maaf kepada sesuatu yang tidak kena pada perkara dan tempatnya. Menghunus keris sebagai simbolik budaya Melayu dalam sebuah perhimpunan bertamaddun apa kejadahnya nak minta maaf.

Sikap meminta maaf ini juga dicontohi Najib, meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas kepimpinan UMNO terdahulu juga sesuatu yang tidak wajar kerana ia memberi gambaran pemimpin UMNO melakukan banyak dosa besar kepada rakyat secara umum sedangkan hakikatnya dosa pemimpin UMNO lebih kepada individu.

Kesilapan mentadbir dan membuat keputusan tanpa sengaja adalah sesuatu yang normal tetapi membolot kekayaan negara secara rasuah dan salahguna kuasa itu adalah dosa besar, bukan sahaja dilakukan oleh sebahagian pemimpin UMNO tetapi juga majoriti pemimpin dari parti lain termasuk pembangkang.

Bagaiamnapun itu semuanya belum berakhir kerana persepsi perwakilan adalah berbeza dan kemungkinan besar kempen Naib Presiden mungkin dalam bentuk pakej 3 serangkai atau 2 serangkai yang turut disertai Muddin. Sebagai contoh kalaulah 3 serangkai itu membabitkan Zahid-Mukhriz-Mudin @ Zahid-Mudin-Shafie @ Ali Rustan-Mudin-Isa, bukankah itu memberi kelebihan kepadanya???
 http://shahbudindotcom.blogspot.com/2013/09/hishammuddin-tak-mungkin-kalah-naib.html

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...