Thursday, October 10, 2013

PERWAKILAN AKAN DIBEKAL SENARAI CALON YANG PERLU DIUNDI

Bersembang dengan salah seorang exco kanan Johor dari bab pertandingan satu lawan satu di bahagiannya melaratlah ke calon Naib Presiden dan Ketua Pemuda.

Atas kapassiti Ketua Bahagian, Hisham akan disokong tetapi mungkin pengakuan itu berdasarkan exco ini agak berhati-hati kalau-kalau dia sedang diintai oleh orang Hisham. Tetapi sudah tentu dia tidak dapat mengawal pilihan perwakilan semasa pengundian hatta dia sendiri tidak dapat yakin sepenuhnya kemungkinan tewas kepada lawannya.

Shafie Apdal antara yang mungkin mendapat tempat kerana beberapa peruntukan persekutuan yang diminta oleh bahagian ini malah seluruh bahagian di johor nampaknya dilayan dengan baik oleh Shafie melalui kementerian pembangunannya hinggakan Sabah sendiri belum tentu mendapat layanan sebegitu rupa.

Tupasalah Shafie agak dipertikai di sabah hingga memungkinkan Musa Aman masuk beertanding tetapi menarik diri di saat akhir.

Bagaimanapun Mukhriz turut terpilih atas keperluan sebagai ikon meremajakan UMNO di peringkat tertinggi dan ini akan dibantu di peringkat pemuda oleh Kj. UMNO memerlukan kedua-duanya. Hubungan akrabnya dengan Ketua Pemuda Bahagiannya yang bakal menjadi Ketua Pemuda Negeri mampu menceritakan.

Exco ini merupakan bekas exco Pemuda zaman Hisham mendakwa Kj merupakan seorang yang sangat brilliant dan the only Ketua Pemuda yang mendapat tempat di hati Ketua Pemuda BN !! (Dapat tempat kerana apa?)

Akhram seperti tidak mendapat tempat di kalangan Pemuda Johor, begitu juga dengan Fathul Bahari yang dianggap ada membawa unsur 'wahabi'? Terserah kepada perwakilan yang cerdik !!!

Apa yang pasti walaupun undian akan dibuat oleh perwakilan seluruh Malaysia tetapi kuasa penentuan masih di tangan Ketua Bahagian dan Ketua Sayap masing2 kerana perwakilan akan dibekalkan dengan senarai lengkap Calon Yang Kena Diundi dari Naib Presiden sehinggalah ke Majlis Tertinggi, Exco dan sebagainya.

Sementara itu salam bersampul terus subur menjadi budaya. Walaupun aku bukan perwakilan tetapi tetap mendapat habuannya.


No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...