Wednesday, January 1, 2014

"Biar Wang Bekerja Untuk Kita!" “Orang lain buat duit, kita buat alasan!”



Dalam menempuhi cabaran masa kini, kita perlu mempunyai ekonomi yang kukuh. Jangan hadkan punca pendapatan kepada satu sahaja iaitu pekerjaan kita semata-mata. Samada bersedia atau tidak, kita perlu melalui semua itu dikala kos sara hidup semakin meningkat saban waktu.
Apabila punca pendapatan pertama sudah menjanakan wang masuk secara berterusan, ciptalah punca pendapatan yang lain. Dengan mencipta sumber baru, kita sebenarnya mencipta sebab untuk wang mengalir masuk. Semakin banyak punca dicipta, semakin mudah kita melalui hidup ini. Wang tidak mengalir masuk selama-lamanya dari sumber yang sama.
Mempelbagaikan sumber pendapatan membolehkan kita berpeluang mengaut keuntungan lebih cepat. Ekonomi diri sendiri pun bertambah teguh.
Kalau tidak percaya, ambillah sebatang lidi dan cuba patahkan. Ia amat mudah untuk dipatahkan. Cuba pula ambil sepuluh batang lidi yang disusun bersama dan cuba patahkan secara serentak. Ia amat sukar untuk dipatahkan. Begitu jugalah sekiranya kita mempunyai 10 punca pendapatan berbeza bagi mendapatkan wang.
Menurut pepatah Jepun; “Kita hanya mempunyai 2 pilihan, samada menjadi hamba kepada wang, ataupun wang menjadi hamba kita. Sekiranya wang tidak menjadi hamba, ia akan menjadi tuan.”
Bagi yang belum memulakan pelaburan, mulakan sekarang. Kita boleh laburkan wang kepada hartanah, pasaran saham, unit amanah, dan lain-lain lagi untuk mencipta wang. Kita juga boleh mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan samada secara online ataupun offline. Walauapapun bidang yang diceburi kelak, jangan lupa untuk mempelajari ilmunya terlebih dahulu supaya tidak tersilap langkah.

dotmaikay@gmail.com  
Mana yang lebih utama?
Business Minded @ Money Minded !!? 
013-9645599 - Megat

No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...