Friday, July 25, 2014

Ada yang Kena Penampar pasal isu MB Selangor..kesian dah nak raya ni

Selalu sangat PAS beralah dalam banyak isu seperti jumlah kerusi pilihanraya, isu exco, isu Exco Ugama Negeri, isu Hudud malah dalam isu liwat pun PAS banyak ditolak diansur, semuanya mereka katakan pada PAS, mereka bersetuju untuk tidak bersetuju.

Walaupun pada peringkat awal ada juga sedikit bantahan di kalangan pemimpin PAS tetapi akhirnya semua kena telan akibat campurtangan Nik Aziz yang banyak menyebelahi puak tersebut walaupun merugikan PAS. Nik Aziz tertelan slogan Asalkan Bukan UMNO.

Alhamdulillah seperti yang diperkatakan sejak dari dulu lagi, seperti yang dijangka, tanpa pengaruh besar Nik Aziz sekarang, PAS lebih bebas, berfikiran terbuka dan tidak terikat dengan beban berkawan dengan puak gila kuasa.

Hasilnya jelas hari ini Hadi Awang menolak pertukaran Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor kerana tiada pengkhianat perjuangan atau pecah amanah. Perjuangan peribadi Anwar Ibrahim dilongkangsampahkan dan hajat batuapi DAP dihumban jauh atas nama bersetuju untuk tidak bersetuju.

Rasa macam penampar besar menyinggah muka Anwar Ibrahim..

2 comments:

  1. Sewajarnya khalid ibrahim berundur dan akur atas keputusan parti dengan mengutamakan pentadbiran negeri mengatasi hal-hal peribadi.

    Jika anwar dituduh berkepentingan, Khalid juga berkepentingan. Bagaimanapun tindakan anwar sah kerana dia seorang penasihat parti.

    Azizah dan Azmin kenapa membisu??

    Oleh kerana Anwar sering juga menggunakan politik kotor sepanjang kariernya terhadap kawan dan lawan, maka apa yang berlaku adalah balasan 'cash' yang kena anwar terima.

    ReplyDelete
  2. Adalah benar khalid kena akur keputusan parti, parti yg mcm mana? Yang mengkhianati kepercayaan rakyat? Parti yg cuba mengajar mengkayakan kroni? Parti yg mahu gunakan duit negeri untuk parti? Atau lebih tepat campurtangan yg melampau dari parti dlm urusan pentadbirannya.

    Kenapa sekarang dipertikaikan Khalid tidak akur kpd parti sdg kan sudah bertahun azmin mengimpit untuk menjadi mb? Kenapa azmin tidak akur keputusan parti ialah khalid sebagai mb dan haram untuk sesiapa mengidam dng cara cuba menjatuhkannya.

    Atas niat jahat parti, khalid tidak patuh kerana dia lebih takut kpd amanah yg sdg dipikulkanya.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...