Thursday, July 24, 2014

Mohon Tuanku Sultan Selangor Bercuti Ke Luar Negara

Ampun Tuanku,

Patik mohon mengadap dengan rasa rendah diri, mendoakan kesejahteraan Tuanku dan Keluarga lebih- lebih lagi di pengakhir Ramadhan dan kemunculan Syawal yang mulia.

Sebelum patik berkata-kata, patik mohon maaf jika ini tidak mengikut adat istiadat dan protokol kerana patik adalah musafir yang bermaustatin di negeri Tuanku, menumpang teduh di Negeri Tuanku Yang Berdaulat.

Adapun ketika ini suasana siasah di negeri Selangor sepatutnya meriah dengan memuliakan malam dengan pertambahan amal sunat mencari lailatulqadar tetapi malangnya ada puak dan gerombolan yang mengadakan mesyuarat siang dan malam menggugat kedudukan Bendahara Khalid.

Seterusnya mereka akan mara ke Istana membawa persembahan yang patik anggap kurang berbahasa dan tergesa-gesa.

Dalam hal yang demikian patik mencadangkan ke Bawah Duli Tuanku untuk berangkat ke luar negara untuk bercuti sekurang-kurangnya 6 bulan untuk merehatkan jasmani dan rohani Tuanku yang penat bekerja menguruskan negeri dari Istana.

Sepeninggalan Tuanku kelak, Mamak Bendahara Khalid bersama Exco yang lain InsyaAllah mampu menguruskan negeri seperti biasa dan baik.

Sekali lagi patik memohon maaf jika sembah patik sembah derhaka tetapi kepada Allah patik berserah.

Wassalam.




AMARAN:

MANA MANA PIHAK YANG INGIN MEMBERI ULASAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DAN ADMIN BLOGG INI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS ULASAN ULASAN TERSEBUT DARI SEBARANG RISIKO DAN APPLIKASI UNDANG UNDANG !

2 comments:

  1. Aik! Boleh ke Rakyat marhaen minta Tuanku campur Hal politik Negeri?

    Tak baca Perlembagaan ke?

    ReplyDelete
  2. Dalam kandudngan surat tersebut, di mana ada kenyataan meminta Tuanku campur hal politik negeri?

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...