Tuesday, August 12, 2014

Grand Master - Kearah Nak Rakyat Bangun Memberontak - GERTAK KOSONG KE ATAS PAS - KHALID IS PREPARED

Apabila tersepit DAP dan Anwar mula mentafsirkan undang-undang ikut kepala siku mereka, bertujuan nak menyiku mana yang tidak selari dengan mereka.

Grand Master mereka ialah undang-undang yang sah akan dimanipulasi sehingga menjadi kepercayaan bahawa sekali lagi Anwar dizalimi bertujuan orang Melayu yang tiga suku bangun berguling di tengah jalan.

Kenapa tidak dimanipulasikan Guan Eng dizalimi??????? DAP tidak membenarkan cina untuk bergerak di jalanraya kerana mereka akan terdedah kepada satu risiko yang lebih sangat besar, apa akan jadi kalau majoriti kaum cina berada di jalanraya????

 PAS diperlukan  bersama mereka bukan sahaja untuk memastikan kejayaan undi tidak percaya tetapi  juga bertujuan mempergunakan ahli PAS untuk berdemonstrasi - tanpa ahli-ahli PAS -  demonstrasi akan gagal.

Ugutan  mereka selama ini supaya PAS keluar dari Pakatan adalah Gertak Kosong!!!!

Anwar sedar jika menggunakan undang2 mereka tidak mampu menewaskan khalid secepat mungkin, jalan yang ada ialah mentafsir undang2 bagi membangkitkan kemarahan rakyat.

Mereka telah gunakan istilah "krisis perlembagaan" sebagai model, mereka gunakan istilah pemecatan exco tidak sah dan bermacam lagi selepas ini.

Rakyat harus sedar pemecatan Khalid dari PKR berkuatkuasa setakat dalam parti sahaja, Khalid masih ADUN dan Tuanku masih perkenan Khalid sebagai MB yang sah dan sudah tentu pemecatan exco juga adalah dalam pengetahuan Baginda dan sudah diperbincang dan diperkenan dalam pertemuan dengan Khalid sebelum ini.

kedua-dua pihak mempunyai penasihat undang-undang tersendiri. Penasihat undang2 di sebelah Khalid akan memastikan 100% undang2 dipatuhi bagi mengelakan loopholes dan tidak sah. Team undang2 mengkaji, telah Khalid sedia dari awal2 lagi, bukan baru set up malam tadi - Khalis is prepaired dengan serangan yang dijangkanya.

Team Anwar ialah punahsihat cari makan asal ada kes, menghalal cara...walau tampak bodoh

Perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk Khalid adalah satu PAKEJ. Anggaplah ia satu "hamper" besar, dalamnya ada biskut, ada air botol, ada coklat, ada kacang tanah, ada jajan - Khalid sedang membahagi bahagikannya. Semalam DAP dan PKR dah dapatkan??!!! - pemecatan exco.

Dalam situasi sebegini negara akan menangis kerana kehilangan ISA untuk membenteras bukan kerana mereka pembangkang tetapi mereka tidak mahu gunakan undang2 di mahkamah tetapi mahu gunakan tafsiran undang2 pembohongan di jalanraya dan ISA adalah jawapannya.

Langkah bijak Sultan Selangor tidak mahu jumpa Azizah adalah satu keputusan terbaik buat masa ini kerana 1001 cerita auta akan tercipta sebaik sahaja Azizah melangkah keluar dari Istana?

Jika Hadi tidak boleh melihat dan menghidu semua yang berlaku sekarang dan akan datang sudah pasti ada dalang di dalam PAS yang menutup muka Hadi !!!!

6 comments:

  1. Jika x terkawal, rasanya ada yang innalillah... Kemudian darurat.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya Anu-ar dari dulu lagi langsung tidak serius dalam perjuangan demi rakyat , dari dulu lagi sipeliwat ini banyak membuat kerja-kerja opputunis dan mencari peluang untuk menonjol diri dalam apa saja platform yang membolehkanya naik untuk mendapatkan kedudukan tinggi dalam politik nagara , beliau guna imej orang alim dan islamik pada mulanya kerana orang melayu mudah layu dengan imej ini , kemudian setalah Tun M dapat di pengaruhi atas pertolongan tali barut US iaitu seorang sarjana islam tapi berlatarbelakangkan homoseksual iaitu prof. Al faruki Anu-ar dapat memasuki UMNO dalam UMNO kerjax2 jahatnaya berterusan untuk naik dalam masa singkat seperti biasa tikam belakang orang dan pijak orang lebih senior , akhir nya beliau dipecat oleh kesalahan beliau sendiri dan atas kehendak allah swt. kemudian bila dalam pembangkang kerja-kerja mendajjal diteruskan banyak rakan-rakan seperjuangannya yang ternama telah ditendang demi menjaga pengaruh politik , ini lah Anu-ar peliwat orang yang mempunyai nafsu sex dan politik yang begitu buas dan tak terkawal , seperti kata Karpal singh Anu-ar Ibrahim harus bertaubat ," He has made enough trouble to this country". Orang melayu yang tertutup hati dan malas fikir panjang serta suka pada gossip dan fitnah adalah makanan Anu-ar mudah untuk nya bagi menipu dan putar belit.

    ReplyDelete
  3. Kalau TSKI mohon perkenan Tuanku untuk bubarkan DUN,yang paling ketar lutut adalah PKR.Pembubaran DUN adalah last resort TSKI jika PAS belot,tapi pada hakikatnya perkara inilah yang PR paling takut.Tak semestinya prestasi mereka cemerlang saperti GE 13,malah akan merundum terutama PKR hasil daripada apa yang terjadi di Sgor sekarang .Pengundi terutama yang atas pagar yang telah mengundi PR dulu akan fikir dua kali apabila mengundi nantiAda kemungkinan kswn yang PAS dan PKR menang tipis akan menjadi genting,dan kita jangan silap faham,diamx BN di Sgor ni,jangan ingat mereka tak ada taring,jika begitulah anggapan di kalangan PR ,mereka akan silap saperti mereka sangka TSKI tidak faham berpolitik.Baru 6 tahun TSKI ada jadi jaguh,ini kan UMNO yang telah berpengalaman 56 thn.Justeru gertak DAP dan PKR ini acah aja,pada hakikatnya mereka di dalam ketakutan sekarang sebab ada daripada telah hilang jawatan,disaman dan banyak lagi pemecatan akan berlaku terutama yang ada jawatan di GLCs.

    ReplyDelete
  4. DAP sedang berpura-pura dengan Anwar, jika DUN bubar yang untung dan akan menjadi majoriti adalah DAP dan dalam masa yang sama mereka meletakan calon Melayu mesti menang sebagai persediaan calon MB.

    PAS, PKR dan UMNO belum menentu kemenangan mereka dan jika menang pun tetap kurang kerusi dari DAP. Parti yang majoriti kerusi layak menduduki MB...

    Itulah kepandaian DAP.

    ReplyDelete
  5. Kajang Move is the worst poison....,
    Khalid Move is the best antidote.....
    (ATM)

    ReplyDelete
  6. Sdr Kluangman,
    Pada hakikatnya DAP agak kurang confidence jika snap election diadakan kerana scenerio GE 13 amat berbeza dengan situasi sekarang,apatah lagi dgn krisis yang berlaku ini,Tidak mungkin mereka meletakkan orang Melayu sabagai calon mereka.Teluk Intan telah memberi pengajaran.Hilang 7000 undi bukan satu perkara yang bolih dianggap ringan.Yang mereka risau sekali ialah prestasi PKR dan pegundi atas pagar.Malah prestasi parti mereka sendiri mereka ragui kerana mereka tahu orang cina ini tidak sekomplex saperti orang lain,mereka mahu suasana yang tenteram untuk hidup terutama yang berniaga.Masaalah infrastruktur dan keperluan asas yang tak sempurna saperti masaalah kekurangan air melibatkan business mereka tak lancar akan mencorakkan pola pengundian mereka.Ini sedang berlaku di Sgor sekarang dan faktor memungkinan mereka tak keluar mengundi saperti di Kajang tempoh hari.Atas dasar inilah kita lihat LKS dan LGE hari ada di KL untuk menyelesaikan kemelut ini tanpa ada snap election,macamlam KM Penang itu tak ada di pejabatnya.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...