Tuesday, August 26, 2014

PAS mahu tapi malu...

Dalam kecelaruan yang menimpa PAS sekarang sejak krisis MB Selangor adalah belum terlambat untuk membaikinya "once 4all" khusus mengelak perpecahan dalaman yang serius.
Semua yang terlibat sesama mereka wajar duduk dalam satu muhassabah diri dan kembali kepada satu ketetapan yang bersepadu.

Semua kekecohan ini dimula dan disemarakan oleh kumpulan musang berbulu ayam, anwarinas. Sesungguhnya PAS perlu memberi mereka pilihan dan bagi yang nyata jelas kiblatnya wajar dibersihkan, dipecat.

Langkah segera yang perlu PAS buat ialah mengistiharkan dan mencalonkan dua ADUN PAS untuk jawatan MB dan tetapi memberi keutamaan kepada Khalid untuk dilantik semula samada sebagai ADUN Bebas atau Khalid sertai PAS.

PAS harus bertegas, tidak perlu rasa malu atau bersalah  menuntut haknya untuk kerusi MB apabila konsensus dan tolak ansurnya tidak dihargai komponen malah dihina-hina, diugut dicabar dan langsung tidak dihormati.
Malam ini PAS akan bermesyuarat menentukan 2 nama yang dicalonkan. Sesuatu yang diharapkan ada kebijaksanaan di sana.

Langkah kedua segera ialah membersihkan semua virus anwarinas dalam PAS sebelum PAS musnah dikucarkacirkan oleh mereka ini.

Langkah ketiga ialah keluar dari Pakatan Haram.

Dengan tindakan sebegini sahaja segala persepsi dan sindiran kepada PAS dapat diketepikan dalam jangkamasa pendek. Sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk dengan UMNO perlu lebih berhati- hati selepas ini.

1 comment:

  1. Malu tapi mauuuu.....heheheheh......dah dapat tak tau nak buat apa mcm Perak dolu !

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...