Friday, September 26, 2014

Sampai Bila Nak Menipu Setiap Kali Pilihanraya..

Sampai bila kita nak menipu untuk menang pilihanraya?
Sampai bila kita nak menipu kata kita tak tipu pun dalam pilihanraya?
Kenapa kita menipu pun tak menang juga?
Kita menipu tetapi tak menang juga sebab orang tak undi kita atau Allah marah pada kita?
Kita terpaksa menipu sebab pihak sana pun menipu juga..kita sekadar ikut?
Kalau tak menipu tak boleh menang pilihanraya?
Hakikatnya dimana? - Yang menang sebab kuat tipunya atau yang kalah sebab tak kuat tipu?
Atau yang kalah sebab orang dah tahu dia menipu?
Atau yang menang pilihanraya sebab dia tidak tipu atau kurang menipu?
Siapa tipu siapa ni?
Kenapa yang selalu kalah dalam pilihanraya akan kata yang menang itu menang sebab menipu?
Kenapa yang menang tidak pernah pun mengaku dia menipu untuk menang atau dia menang sebab menipu?

Kenapa SPR asyik kata tiada penipuan?
Apakah mereka juga menipu?
Atau penipuan tidak pernah dibuktikan oleh mereka yang kalah?

Boleh ke tidak kita terima penipuan itu satu budaya, satu yang mesti dalam setiap pilihanraya.
Penipuan itu bukan lagi satu dosa di sisi Allah?
Penipuan itu sah di sisi undang-undang selagi tidak dibuktikan..
Penipuan itu halal di dunia kerana kita pandai menutup penipuan !!!

Kalau hudud dilaksanakan..berapa ramai ustaz, tok lebai yang akan hilang tangan selepas setiap kali pilihanraya selesai ?
Apabila melayu dan melayu bertembung dalam pilihanraya, siapa yang menipu dan kena menipu..
Apakah orang Melayu sedang berusaha untuk menjadi juara menipu mengatasi cina?
Pilihanraya itu satu penipuan demokrasi !!!

Kita kalah sebab tidak menipu..
Kita menang sebab kita pun tak menipu juga...

Kita sedih kalah sebab kita menipu...
Kemenangan tiada makna kalau kita menang kerana menipu..

1 comment:

  1. Sebab utamanya ialah dah kalah tapi tak boleh terima kekalahan. Untuk sedapkan hati maka tuduhlah pihak lawan sebagai penipu. Paling tidak pengikut akan tertipu juga. Paling penting tidak ditertawakan kerana kalah. Itu standard melayu, sejak zaman berzaman.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...