Tuesday, September 16, 2014

Wow..wow...Kj pun silent macam Najib jugak ( SILENT MOVE )


Kenapa Kj bersungguh sangat mahu Ketua Pemuda Bahagian Pekan sebagai Ketua Pemuda Negeri walaupun tanpa persetujuan 11 Ketua Bahagian yang lain..

Apakah atas kemahuan Najib? atau Kj just want to please Najib?







Alhamdulillah...

Terungkai sudah segala persoalan
Tercipta sudah satu lembaran
Termatri sudah satu perpaduan
Termaktub sudah satu barisan
Tercapai sudah satu impian
Terlaksana sudah satu persidangan

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut hari ini selesai dan selamat bermesyuarat pada 14 September 2014 selepas Mesyuarat UMNO bahagian Jerantut pada 6 September 2014.

Kalau mengikut peraturan ini salah dan tidak etika kerana belum berlaku dalam sejarah mesyuarat UMNO di mana-mana Bahagian UMNO dalam Malaysia , Pemuda bermesyuarat selepas Bahagian!

Yang penting mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut tetap bermesyuarat agong dalam setahun mengikut ROS. Namun pasti surat tunjuk sebab dari Pengurusan Parti dari Pusat menyusul menanya mengapa Pemuda UMNO Jerantut bermesyuarat selepas mesyuarat Bahagian.

Adakah Pemuda UMNO Jerantut lagi besar dan ego dari UMNO Bahagian Jerantut?

Dato' Kamaruzaman Baria seorang ahli politik yang ego semua orang Jerantut tahu berkata Ketua UMNO Bahagian Jerantut lagi ego dari beliau.

Ternyata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut lagi super ego bila mengadakan mesyuarat Pemuda selepas mesyuarat Bahagian.

Apa sebab begitu? Ini ada berkenaan dengan kes geng 11 Ketua Pemuda UMNO Pahang.

11 Ketua Pemuda UMNO Pahang tidak bersetuju dengan pelantikan Ketua Pemuda UMNO Pahang yang dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia tetap dan tegas dengan keputusan beliau. Malangnya Ketua Pemuda UMNO Pahang yang dilantik tidak berupaya memimpin Pemuda UMNO Pahang.

Maka berlaku protes, press conference. Ini tidak disukai oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia cuba berpolitik di Pahang tapi malang beliau underestimate kekuatan politik Pahang.

Bila 2 Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Pahang digantung keahlian oleh MKT yang dipengaruhi oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia maka krisis ini lebih parah.

Tapi ada beberapa ahli MKT yang sedar hukuman itu keterlaluan dan tidak rasional sebab yang boleh menghukum adalah Lembaga Disiplin UMNO.

Sepatutnya 2 orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian dari Pahang ini perlu dipanggil, dijelas apa kesalahan, diberi peluang membela diri dan setelah semua proses itu barulah hukuman yang adil atau sebaliknya.

MKT telah memutuskan kes 2 orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian ini dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Oleh kerana Ketua Pemuda UMNO Malaysia menyedari bahawa isu geng 11 ini dan kekuatan politik Pahang boleh satu hari nanti menjejaskan peluang beliau mahu bertanding Naib Presiden UMNO Malaysia.

Maka akhirnya Ketua Pemuda UMNO Malaysia terpaksa tunduk kepada kehendak geng 11 ini.

Dari segi moral politik geng 11 ini sudah menang.

sumber http://wzwh.blogspot.com/2014/09/ketua-pemu








5 comments:

  1. ah jib gor memang tarak bunyi. mau playsafe. orang tau pun tarak apa kerana tarak bukti. janji tarak bunyi. kalu bunyi mesti tarak tau mau jawab, kalu tarak bunyi, tarak perlu jawab. orang yang bunyi mesti sakit hati pasal tarak dengar bunyi dari ah jib gor, sakit hati punya pasal, orang pun bikin bunyi lagi kuat. ah jib gor terus bunyi lain, tarak ikut itu bunyi besar tapi ikut bunyi ke laut. last sekali, orang pun sudah tarak mau bunyi lagi, ah jib gor pun safe, tapi kerajaan bn tak tau lagi safe atau tidak.

    ReplyDelete
  2. Kah Kah Kah...

    Itu biasa, hantam bini orang pon.. itu biasa.. Mat Sabu al Khalwatiii nie Haramjadah memalukan PAS..

    "Saya berucap tadi dah...dah...MASOK WAKTU ASAR...mereka yang belom sembahyang mereka pergi sembahyang...????????????

    Jadi solat berjemaah TAK DER LAAAH dalam Muktamar PAS...

    Sibok benor Muktamar Pemuda sampai solat pon asing2, ikut puak2.. bukannya solat berjemaah?

    Menipu itu biasalah bagi Mat Sabu..

    Suhaizam nampok benor menipu.. MATA LIAR macam pencuri????

    Nie Ketua Pemuda PAs aper pakai songkok????

    ReplyDelete
  3. masalah nya perwakilan2 baik dalam pemuda mahu pun dewasa sekarang ini kumpulan yang bangang dan perasuah yang memilih ikut siapa yang lebey banyak yang huloq...depa bukan memilih ikut kemampuan calun...so selagi perwakilan2 yang sama dok mengundi dalam PAU maka lahabau2 dan celanat2 yang sama juga la akan terus memimpin parti...tk gitu??????

    ReplyDelete
  4. lagi cepat KJ dan Ah Jib Ngor berambus lagi bagus.... termasuk mereka mereka yang kuat bodek Ah Jib dan KJ ni... biar semua ni masuk gaung cepat-cepat lingkup...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...