Thursday, October 30, 2014

1MDB.. Penjelasan dengan Iklas atau emosi...


Sudah masuk dua bulan 1MDB, kerajaan diminta memberi penjelasan tentang operasi senyap nya itu. Pertanyaan datang dari serendahnya bayi yang baru lahir hinggalah setingginya dari mereka yang dua tiga hari lagi nak mati.

Apabila kerajaan berdiam dan menjawab acuh tak acuh, rakyat yang tidak faham terus melopong, yang setengah masak faham mula berpersepsi dan yang lebih faham mula menggasak - semuanya berpunca dari lambatnya kerajaan menjawab dan memberi jawapan.

Tetapi dalam lewat seminggu ini, PM telah membeti jawapan bertulis di parlimen yang cukup rengkas diikuti dengan beberapa pihak dan tukang tulis mula memberi jawapan yang mereka sifatkan terperinci tetapi penuh dengan terminalogi.

Lebih menarik mereka menjawab  dengan emosi dan marah, penjelasan dan sindiran kepada pihak tertentu yang mereka anggap bangang ilmu kewangan.

Rakyat membuat pertanyaan dan berhak meminta penjelasan dan kerajaan wajar membuat penjelasan dengan segera, jujur dan kefahaman.

Jika kerajaan marah dan emosi apakah kerana pertanyaan itu mengganggu periuk nasi mereka atau menganggu ego perasan tersangat pandai dan rakyat boleh dikelabu asap.

Jika bukan semua itu, jawablah dalam Bahasa Melayu, bahasa rakyat yang majoriti memberi undi pada kerajaan sekarang.  dengan cara sopan yang rakyat boleh dan sampai faham.

9 comments:

  1. Jangan terikut2 dengan agenda pakatan haram yang nak membangkitkan emosi rakyat secara subversive.

    Saya percaya dengan keupayaan dan niat kerajaan adalah untuk memperbaiki nasib rakyat.

    Saya percaya niat pembangkan hanyalah nak memburukkan dan menjatuhkan kerajaan BN...tidak kira dengan apa cara pun, termasuklah memfitnah dan menipu di laman2 sosial. Tak kan ini baru kali pertama saudara2 kenal puak2 pembangkang???????

    Dah lupa ke kita dengan perangai pembangkang? DAP? PKR? PAS?

    Sedih...sebab cepat lupa lah kita senang dipijak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn permasalahan mengikut rentak pr.... tp permaslahan dgn pm sendri yg tiada sifat amirul mukminin seperti tun m.... ape yg di selesaikan dgn 1mdb... berapa org punah sehat yg brgaji puluhan ribu tp idea bdk spm je.... ape salah nye meminta nasihat dr tun m untuk mentadbir negara.... sedangkan amareka pun mengambil idea tun m utk memulihkan ekonomi meraka yg runtuh beberapa tahun lalu walaupun idea tun m pernah di keji oleh mereka..... mereka telah mengambil applikasi yg tun m tlh buat utk negara Malaysia tahun 1997

      Delete
    2. Tun M the best ever standing 4 malaysia n entire islamic region

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Lepas baca 'penjelasan' 1MDB tu..majoriti rakyat malaysia faham ke tidak? Nmpk sgt penjelasan dibuat bukan dgn niat utk memberi penjelasan..audit report mana?

    ReplyDelete
  4. Tun M memang THE BEST. Beribu kali ganda lebih baik dari Najib....No doubt.

    Sekarang isu 1MDB ni memecahkan sapa?????

    Setelah memecahkan Melayu kepada UMNO/PAS/PKR......sekarang nak memecahkan Melayu UMNO kepada puak2 Najib dan Tun M pulak.

    Cinapek DAP sangat mahir dalam permainan memecah belahkan kaum Melayu dan kaum Melayu pulak dengan mudah termakan UMPAN.

    Musuh kita BUKAN 1MDB...Musuh kita adalah DAP, Bar Council, NGO2 Rasis, Portal2 yang dibiayai oleh puak2 Yahudi, dll....tetapi sekarang kita bermusuh dengan pemimpin Melayu kita sendiri.

    Tak ubah macam tektik Yahudi diTimur Tengah.....Islam MEMBUNUH sesama Islam. Orang Yahudi duduk tengok sambil ketawa dan tepuk tangan.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum nak bunuh cinapek dap mca gerakan dan sebagai di kata kita kena rapatkn saf dlu kene betulkn imam dlu....org2 yg di sekeliling imam pon x abis ngaji quran mcm mna nak ajar tajwid pd imam....cuba la anon 6.09 phm.... bkn bg elok tp tmbah merosakkn....pk pk kn lahh

      Delete
    2. Sokong 100%... bila pm tiada idea yg paling bernas dari penah sehat.... dn malas nk cari penyelesaian dr idea sendri, sap kn pd owg len...keje jd mudah untuk pm tp yg tggung beban rakyat

      Delete
  5. 1MDB ni Dr M pun tak puas hati...main sembunyi2...minta penjelasan main tarik2 tali..macam sial najib ni

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...