Saturday, October 11, 2014

Hanya sorang dua je yang tak suka Najib...Majoriti ok

Kemaskini: 12/10/14 11:33am

Tajuk di atas sangat jelas, seorang dua je yang tak suka Najib, majoriti ok.
Di bawah pula - keluhan seorang darinya, tetapi kenapa pula majoriti (komen di bawah) yang menyokong Najib melenting dan rasa tergugat !!!



POSTING ASAL

SUARA seorang RAKYAT !!!!

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri duduk rumah bil elektrik,
bil berjuta-juta dapat free,
biar kami merasa tarif elektrik yang semakin tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri pakai kereta perdana versi baru,
biar kami hutang kereta sampai mati..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri makan & minum mewah-mewah,
biar kami minum air tanpa gula..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri boleh pakai driver,
biar kami naik LRT harga tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri naik kapal terbang free,
biar kami masuk highway harga tol yang tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
kami semua berkorban untuk dato' seri
sebab kami yakin kalau tiada parti dato' seri
semua bangsa akan MATI!!!

Terima Kasih dato' seri..

Tak apa lah dato seri....
PRU Kang pakoh BN jugok.
Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka, Dilanggar kami cedera..
Tapi itulah nasib kami yang hina.

Tanpa elaun seperti menteri..
Makan bayar sendiri, Kereta pandu sendiri, Minyak isi sendiri, Jalan sesak kami hadap setiap hari..

Mudah pula tuan berkata,
"Jangan makan bila ayam naik harga,
Jangan minum manis bila naik harga gula,
Jangan guna jalan jika tol naik berganda,
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia."

Kami umpama kain basahan Tuan perah habis-habisan,
Akhirnya kami kekeringan, Merana kami tuan kesenangan,
Duit sejemput kami diperas hingga rabak,
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak,
Diusul kami tuan amuk sampai koyak,
Kami senyum lihat tuan makin menggalak..

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan, Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan..

Tuan jangan lupa, Kami manusia biasa,
Sabar kami ada tahapnya,
Luka kecil boleh menjadi nanah juga..
Jangan sampai menjadi barah pula

Cukuplah tuan menyeksa,
Cukuplah tuan buat kami merana,
Kuasa tuan dari kami,
Naiknya tuan dari kami,
Jatuhnya tuan juga dari kami..

**Tolong Sebarkan, tanda protes KAMI**satukanlah hati..

17 comments:

  1. Kalau kau jadi PM.. Bukan kau nak semua tu jugak ke?

    Mula2 yela cakap xkan jadi macam yg kau tulis tu, tapi lama2 dah sedap duk kerusi empuk PM, mesti kau pun nak itu ini jugak kan.

    Bagi aku madah kau ni hanya bersifat 'orang lain x boleh lebih dari aku. '

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan masalah nak jadi PM la ngok..tapi apa yang PM kena buat kat rakyat..itu semua akan ditanya oleh Allah nanti

      Delete
    2. Azrin, kamu ada masalah ke dengan puisi seloka itu.? Apa salahnya dia meluahkan isi hati dan perasaan nya dan saya yakin itu juga luahan hati kami rakyat yang dirakyatkan sesangat....

      This is a very good poem, well written and prosed and reflects the pulse of the nation. And at least the author can feel the heart-beat of the nation unlike those in power....

      Delete
    3. Mmg bangse byk kondem ni dh melate xkire barua pr ke sape ke..

      Delete
  2. Azrin..kita dah ada 6 PM - kenapa yang ini lupa pelabuhan

    ReplyDelete
  3. LGE duduk rumah buruk je,MB Azmin pun macam tu,Anwar elaun RM 1 je walau pun aday yg kata dia claim RM 15 juta,.Janganlah marah pada PM kami,kami tak marah pemimpin kamu,kamu gi lah sokong bakal PM kamu tu baik-baik supaya boleh menang menggantikan PM kami.Sekarang ni .Memang Najib masih jadi PM,hanya dua tiga .Tak usahlah bepura pura sokong Umno kemudian nak betulakan Najib,sebab mejoriti ahli Umno masih sokong Najib dan tak komplen apa pun.Aku walau pun bukan ahli Umno tapi tetap nampak tak ada lagi tokoh yg boleh ganti najib walau dari Umno mahu pun luar Umno.Engkau melalak lah sampai PRU 14 nanti.Mahahtir pun dah tak larat nak jatuhkan Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong BN bukan bererti sokong tindakan Najib! Fahami situasi sekarang, hendak hidup senang, minyak murah dsbnya eloklah sokong PR. Tapi macamana pula maruah agama dan bangsa kita? Kita boleh senang lenang kalau kita layan pesta arak dan segala kebebasan hak asasi yg diperjuangkan sekarang. Kita boleh senang lenang kalau kita hapuskan raja2 Melayu dan kita biarkan yang memerintah negara ini bangsa Malaysia (tak semestinya Melayu/Islam)!
      Kesimpulannya, kita memang marahkan Najib tapi terpaksa memilihnya juga kerana musibah yg akan dibawa PR lebih teruk dari situasi sekarang. Tak apa Najib, kami tampar nyamuk, bukan nak bakar kelambu!

      Delete
    2. Kritik kerajaan bn dan pm ah jib gor bkn bermakna pengikut pakatan. Yg dok sokong buta tuli pulak bkn juga penyokong yg baik.

      Delete
  4. Tak ada tokoh lain?
    Semput betul akal kau..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Sbb org gedik ni mmg cr prhatian :p...i tekene u....

      Delete
  6. Kluangman..

    Semalam aku gi kenduri jiran
    Sembang punya sembang di tepi jalan
    Pakcik makcik,rakan sebaya dan aweks2 juga x ketinggalan
    Sambil makan sembang psl kehidupan...
    Rata2 dah x larat nak najib dipertahankan
    Eh..bukan rata2... Semua nya ckp benda yg sama
    Harga brg naik sudah start jalan
    Rata2 semua hentam kerajaan...
    Ahhh najib pi jalan lah

    Malas dah nk puisi..x pandai
    Tp mesejnya 1 tmn perumahan da x tahan dgn najib
    1mesia?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Org2 yg dipilih rakyat dan diberi amanah. Kalau mereka gagal & menyeleweng, tunggulah balasannya di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  9. Kalau teringin nak dapat apa yang dinyatakan dlm puisi tu bolih,tapi tahan ke akan sepak terajang politik,jadi ahli dulu,tabor duit sikit jadi Ketua Cwng,bodek sikit jadi Ketua Bhg,lobi sana sini buat muka tebal jadi nak jadi calon pilihanraya,tabor duit sana sini untuk jadi menteri,kena kutuk,tuduh,fitnah sekelurga.Kalau barangsiapa yang pernah dan sanggup melakukan atau meangalami perkarax yang telah dinyatakan,saya rasa baru lah layak untuk berbincang ke atas perkarax di dalam puisi tersebut.Tapi kalau setakat mengeluarkan perasaan ke atas privieleges yang dinikmati olih PM tetapi tidak ada keberanian untik mengharong cabaranx sebagai saorang ahli politik saya rasa membazir kan boreh ajo.Kita maanusia ini memang senang untuk menilai kelemahan orang lain tetapi kelemahan dan kekurangan diri sendiri kita tidak sedar.Saya bukanlah peminat no 1 Najib,tapi saya rasa biarlah beliau teruskan tugasnya dan masa akan menentukan untung nasib beliau.Tidak perlu kita jatuhkan beliau skrg kerana adakah kita sure yg pengganti beliau akan dapat memenohi kehendak kita atau lebih baik dari beliau.Seharusnya kita perlu bersyukur yang negara kita skrg stabil ekonominya dan yang membuat cost of living tinggi adalah kita sendiri terutama golongan urbanites yang banyak bersikap meterialistik.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...