Saturday, October 4, 2014

Najib tidak hormati Melayu dan Islam


Penarikan subsidi menyebabkan ron95 dan diesel naik harga sebelum aidil adha antara penunjuk dan penanda aras - melayu dan Islam itu sampah, tiada nilai, tiada rasa hormat dari pihak Najib. Melayu itu melukut tepi gantang.

Bukan soal 20 sen, bukan soal dua ringgit tapi soal prihatin, soal hormat, soal menghargai dan lebih penting soal ikhlas dan jujurnya perjuangan umno itu sendiri. Jika kepentingan sekecil itu untuk Melayu tidak dapat diuruskan, apatah soal yang lebih besar.

Alasan subsidi disalahguna dan tidak menepati sasaran adalah alasan menunjukkan kebodohan sendiri kerana itu perancangan mereka sendiri sedangkan kaedah lain masih ada seperti berdasarkan kuasa kuda kenderaan, hadkan harga murah untuk isian 20 litre pertama dan harga tanpa subsidi melebihi 20 litre, kaedah pengisian mengikut waktu dan sebagainya.

Masalah tersasar ialah penyeludupan dan rasuah. Penguatkuasaan yang lemah dan hukuman tidak setimpal.
Langkah menaikkan 20 sen bukan penyelesaianpun..


Orang Melayu dan Islam boleh disepak terajang macam bola, ke tepi ke tengah kerana consetan mengatasi politik Melayu. Sensitiviti terhadap Melayu dan Islam sudah disingkir samasekali. Hanya tinggal sedikit undang-undang untuk mempertahankan nya dan itupun sudah dilemahkan. Sedikit masa lagi dihapuskan atas nama majmuk dan perpaduan.

Jika pemimpin Islam sudah beraja di hati bersetan di mata, adalah lebih baik bala demi bala turun ke Malaysia sebagai pengajaran.

6 comments:

  1. Benarlah kata2 rijalul ghaib tanah melayu, bala demi bala bertimpa2 kerana pemimpin yg memimpin negara ketika ini telah hilang roh islam dan melayu.. Hanya menghormati Raja2 Melayu dan khususnya Yg Di Pertuan Agong semata2 kerana wajah Baginda ada di matawang kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada buah tgn sangat keras nanti antara 2015-2016. Kita perati jer. Nk kasian buat apa. Nasib kaulah memanda. Melayu dh x syg kau. Tpi sy menyeru, perpaduan sesama kita jgn goyah. Jangan panik. Melayu bersatu, semua akn takut. Pemimpin2x melayu yg dh hanyir nk terjun lombong kita biarkn.

      Delete
    2. Kepimpinan mno sekarang tidaklah begitu teruk pada pandangan biasa kerana banyak benda di kautim sesama mereka, sekarang tak simpan bawah karpet, semua disedut pakai vacuum..
      Yang nampak di mata kasar kita ialah kepimpinan ini sedang menjurus masuk gaung..mereka berpotensi menjahanamkan Melayu dan Islam dengan lebih segera.

      PAS sedang ditimpa bala kerana ulama celaka, PKR mabuk ketum gila kuasa. Walaupun mereka berbeza parti dan ideologi tetapi dari segi halatuju, mereka bersama umno sedang melingkupkan Melayu Islam.

      Semoga Allah turunkan bala ke atas pemimpin sepetti ini dan digantikan seseorang yang mampu meletakan Islam sebagai paling utama secara bijaksana kerana Islam tetap adil pada semua bangsa dan kepercayaan lain.

      Delete
  2. Inilah minda melayu. Minda subsidi . Baru tarik subsidi minyak sikit bising bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mangkuk, faham tak apa yang ditulis.
      Ini bukan soal subsidi, bukan soal naik harga..tapi soal sikap pemimpin.

      Ini bukan soal bising, bukan soal individu, tapi soal sikap pemimpin.
      Kalau pemimpin pandir, dayus - apa yang nak diharapkan lagi.

      Delete
  3. Anon 8.18
    Anda telah dipermainkan dgn perkataan subsidi. Ini hasil bumi kita dan kita berhak menikmatinya. Kita negara pengeluar dan jika kerajaan menjual minyak ke negara luar, kerajaan juga kena bertanggungjawab menggantikan minyak kepada rakyat mengikut harga proses di Msia dan bukan harga di Amerika. Lihat negara pengeluar lain yg menjual dgn harga rendah kepada rakyat mereka.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...