Google+ Followers

Tuesday, April 29, 2014

Siapa yang lebih pakar: Mat Sabu atau Tamrin !!!




Selagi orang politik bercakap tentang sesuatu isu keutamaan mereka ialah /political milea,ge/ kemudian barulah yang lain-lain.


Kesudahannya rakyat keliru dan yang menjadi mangsa rakyat juga.

Parti politik sepatutnya sekadar penganjur kepada sesuatu yang melibatkan kepentingan rakyat, parti politik patut jujur dan ikhlas kepada rakyat walaupun dia tidak popular atau hilang beberapa undi dalam jangkasama pendek tetapi dilihat bagus dan mendapat undi dalam jangkapanjang.


Apakah pakatan pembangang akan kehilangan sokongan jika bersetuju GST dilancarkan oleh kerajaan? jikapun mereka tidak bersetuju 100% kenapa tidak memberi cadangan balas menambaikkan lagi tetapi tidak menghalang dari dilaksanakan.



GST membebankan rakyat, kuasa beli menurun

KUALA LUMPUR 29 APR: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pelaksanaan GST ini akan menyebabkan kuasa beli rakyat semakin menurun kerana kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat.
“GST punca kuasa membeli rakyat turun, ekonomi rakyat terancam.
“Harga barangan naik, gaji pula rendah, macam -mana mereka mahu beli barang kehendak dan keperluan, perbelanjaan mereka akan terbantut,” katanya kepada Keadilandaily.
Kerajaan BN meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 7 April lalu di Dewan Rakyat dibacakan kali ketiga dengan 118 ahli parlimen BN menyokong, manakala 81 ahli Parlimen Pakatan Rakyat menolak.
Pelaksanaan GST berkuatkuasa 1 April 2015 pada kadar permulaan 6 % dan dijangka meningkat.
Jika pembangkang masih merasakan GST itu bukan sesuatu yang terbaik, apa pula alternatif yang terbaik?


Sekali lagi yang mencadangkan, yang membentangkan kepada rakyat di pentas sewajarnya bukan orang atau pemimpin politik itu sendiri yang kadangkala diluar bidangnya. Contoh: Apa latarbelakang mat sabu untuk bercakap soal ekonomi lebih-lebih lagi tentang yang teknikal seperti GST? Bukankah dia juga yang menyatakan perhimpunan bersih, demonstrasi akan meningkatkan jualan dan perniagaan di kawasan tersebut? Akhirnya apa hasilnya?

Persatuan Pengguna contohnya adalah yang paling terbaik untuk dijemput memberi penerangan kerana mereka yang lebih dekat, bergelumang dan mempunyai kajian dan data yang mencukupi dan lebih penting mereka semestinya bukan ahli pada mana-mana parti politik. Jika ini dapat dilakukan parti politik berkenaan sebagai penganjur akan dilihat bagus bermotifkan rakyat.

Tetapi bagaimana jika majoritinya persatuan pengguna menyokong dasar GST tersebut? Inilah masalahnya jika pembangang masih mahu menyatakan 'no' sekadar untuk sentiasa tidak menyokong kerajaan yang dimusuhinya walaupun ianya baik untuk rakyat.

Apakah pembangang tidak mahu rakyat merasai kebaikan kerajaan sekaligus mereka akan ditolak?

Monday, April 28, 2014

Siapa Gigit Jari Najib?

Ahmad Zahid Hamidi, menyangkalnya. Malaysian Insider memetik beliau sebagai menyelar Barack Obama kerana menyifatkan Malaysia tidak berlaku adil dalam konteks agama kepada semua kaum.
“Kita berikan peluang yang sama kepada bukan Islam dan kerajaan Malaysia berlaku adil kepada semua agama.
“Saya tidak fikir ada halangan untuk mengamalkan agama di sini. Berat sebelah dalam agama perlu dijauhi kerana kita perlu menghormati agama lain supaya agama lain menghormati agama kita,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia kali ke-4 Asean di Kuala Lumpur hari ini.



Apa sebenarnya faedah atau keseronokan yg malaysia dapat dari lawatan obama????? pendapatan rakyat meningkat 2 x ganda? (tentunya ini saolan bodoh)

apakah political mileage umno akan meningkat? populariti najib bertambah? atau sebenarnya untuk najib berseronok, bergambar, bergurau senda seperti suasana hari raya dan menjadikan kemegahan yg dipamerkan kpd dunia bahawa najib mempunyai kredibiliti untuk dilawati oleh seorang presiden amerika? Benarkah dilawati atau sebetulnya diliwati?

apakah dunia melihat obama tidak mahu jumpa ketua pembangkang di parlimen atas kerelaannya sendiri atau sebenarnya kerajaan malaysia yg menghalang? cukup kredibiliti kah najib di mata dunia untuk menyatakan atau memperjelaskan isu ini sedangkan najib sendiri akui kerajaannya terkial-kial atau gagal memahamkan rakyatnya sendiri dalam sesuatu isu.

Takkan malaysia berani menghalang obama untuk berjumpa anwar? Memang tidak !!!! tetapi berapa 'harga' yg perlu dibayar untuk lakonan tersebut????

Yang Terakhir: Bagaimana biadapnya sikap tetamu seperti yg

ditunjukkan oleh al gore, begitu juga diulang oleh obama dalam memberi kata dua kpd malaysia supaya tidak mendiskriminasikan ugama lain jika mahu maju.


berapa juta rakyat malaysia yg dihalang untuk menyembah tuhan mereka di gereja, tokong atu kuil? 
sedangkan kerajaan sebenarnya mendiskriminasikan Islam dengan tidak berusaha secara bersungguh untuk melaksanakan hudud walaupun sudah memerintah puluhan tahun, malah digunakan sebagai modal untuk mendapat undi bukan Islam.

najib ditinggal obama dengan katadua, apa jenis tetamu tu? berbanggakah kita, berdaulatkah negara kita?

Sunday, April 27, 2014

OBAMA PASTI TAK LUPA PERKARA INI..


Gambar berbicara:
sama cantik sama padan - bagai pinang dibelah dua
pemimpin bertaraf dunia bersama pemimpin dunia masa hadapan
ketua polis dunia, ketua penjenayah antarabangsa beriringan dengan ketuanan melayu liberal

sudah tentu ini adalah peristiwa dan detik manis yang tidak dapat dilupakan bagi obama kerana dapat berdamping dan diberi penghargaan untuk beriringan dengan Kj - satu penghormatan.


Tetapi mungkin gambar ini lebih mahal dan bermakna 1000 x buat kita semua...


Saturday, April 26, 2014

GAMBAR PALING MAHAL SEMPENA LAWATAN OBAMA


Rasanya semua pihak bersetuju kerana ia merupakan political mileage dan amat berbaloi,
sesuatu yg sangat mendatangkan kecumburuan dan kekecewaan yang amat sangat kepada orang2 seperti anwar ibrahim dan mungkin juga mukhriz.

Tidak pula diketahui samada kesempatan dan peluang tersebut sewajarnya diberikan kepada Hisham atau Zahed.

Apapun tahniah kepada Kj ketana tidak mensiasiakan malah bijak untuk berada pada masa dan tempat yang betul.



ANWAR PILIH PENJARA ATAU LARI?

Jawapan yg paling tepat ialah datang dari anwar sendiri...
sudahpun pernah menyembunyikan diri di rumah kediaman duta turki pada tahun 2008 dan sudahpun membayangkan kononnya pemimpin ikhwan mengajaknya bersembunyi ke london... jadi jika anwar memilih untuk lari ke luar negara, itu bukan salah anwar, tapi kerana ramai bimbangkan keselamatan dan sayangkannya???

anwar juga pernah mendakwa ada orang mahu menembaknya?

Anwar pun mendakwa, karpal mati dalam keadaan bimbangkan dirinya yang mahu dipenjarakan? karpal lebih sayangkan anwar dari dirinya sendiri ! Keluarga punjabi tersebut tidak pula menafikan?

jawapan yang hampir tepat datang dari penyokong tegarnya sendiri. jika anwar memilih untuk lari, itu adalah perjuangan sebenar, perjuangan dari jauh dan penyokong akan menunggu kepulangannya ke putrajaya.
jika pilih untuk dipenjarakan, itulah pengorbanan perjuangan sejati, rakyat akan bebaskannya.

apakah mungkin anwar akan ke amerika mengikut obama selepas gagal menemuinya di malaysia?

Friday, April 25, 2014

PAS lega atau tersepit?

Najib kata kerajaan tidak menolak hudud cuma belum boleh dilaksanakan, kena perhalusi dan fahamkan...

DAP kata melalui Anthony Loke - PAS perlu keluar dari Pakatan Haram Pembangkang jika masih mahu melaksanakan hudud?

Apa reaksi dan jawapan PAS?!



# Nak tanya Najib bila mahu dilaksanakan? Tempoh? Badan mana yang mahu memperhalusi? Sudahkah arahan dikeluarkan? Siapa yang akan mengetuai dan menyertai badan tersebut? Alasan tersebut sama dengan jawapan Mahathir semasa jadi PM tanpa ada titik noktah..
Apakah PAS dan UMNO mahu laksanakan sehari sebelum hari kiamat?











##############################################################

PERHATIAN:

* BAGI MEREKA YANG MENGHADAPI MASALAH TUNGGAKAN BAYARAN ANSURAN PINJAMAN KENDERAAN, KEUTAMAAN KERETA MEWAH !!!

* MEREKA YG MENGALAMI MASALAH UNTUK MENDAPAT PINJAMAN KENDERAAN DARI BANK TERMASUK YG DISENARAI HITAM, MUFLIS, KETIDAKCUKUPAN DOKUMEN DAN SEBAGAINYA !!!!

* BAGI MEREKA YANG INGIN MEMBELI KENDERAAN SECARA SAMBUNG BAYAR !!!

Dengan sukacita dimaklumkan melalui Koperasi  PKSB dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia  dan Syarikat Permotoran perkara ini dapat dibantu dan diselesaikan secara 'win-win-situation', dokumentasi yang sah,  atas persetujuan dan rundingan bersama dan tertakluk kepada terma dan syarat dengan ini mempelawa orang ramai menyertai perkhidmatan ini.

Sila hubungi secara sms, wechat @ wassap ke talian 013 9645599 dengan menyatakan, nama, lokasi dan permasalahan. Anda akan dihubungi secepat mungkin dan semua perkara adalah sulit dan peribadi. Maklumat hendaklah telus dan tidak berselindung apabila kami perlu maklumat tambahan.

TERIMA KASIH.

Thursday, April 24, 2014

Wardina bikin gempaqq lagii..

Inna lillahi waiina illai hiro jiu'uunn...







dunia lebih aman tanpa wardina..





###

PERHATIAN:

* BAGI MEREKA YANG MENGHADAPI MASALAH TUNGGAKAN BAYARAN ANSURAN PINJAMAN KENDERAAN, KEUTAMAAN KERETA MEWAH !!!

* MEREKA YG MENGALAMI MASALAH UNTUK MENDAPAT PINJAMAN KENDERAAN DARI BANK TERMASUK YG DISENARAI HITAM, MUFLIS, KETIDAKCUKUPAN DOKUMEN DAN SEBAGAINYA !!!!

* BAGI MEREKA YANG INGIN MEMBELI KENDERAAN SECARA SAMBUNG BAYAR !!!

Dengan sukacita dimaklumkan melalui Koperasi  PKSB dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia  dan Syarikat Permotoran perkara ini dapat dibantu dan diselesaikan secara 'win-win-situation', dokumentasi yang sah,  atas persetujuan dan rundingan bersama dan tertakluk kepada terma dan syarat dengan ini mempelawa orang ramai menyertai perkhidmatan ini.

Sila hubungi secara sms, wechat @ wassap ke talian 013 9645599 dengan menyatakan, nama, lokasi dan permasalahan. Anda akan dihubungi secepat mungkin dan semua perkara adalah sulit dan peribadi. Maklumat hendaklah telus dan tidak berselindung apabila kami perlu maklumat tambahan.

TERIMA KASIH.

Tuesday, April 22, 2014

Obama dtg tentunya ada hajat...

melihat wajah anwar, kita sudah tentu dapat membaca betapa hidupnya derita dengan pelbagai konspirasi yg cuba menghapuskan karier politiknya, pelbagai tekanan yg disengajakan, dicipta untuk memalukanya,  sedangkan anwar berada dalam kedudukan yg tidak bersalah langsung.
Permulaan politik anwar dalam umno seumpama kain putih yg bersih, yg mencorak, mewarna dan mengotorkannya sudah tentu bukan dia, semuanya kerana Mahathir yg sangat takut dng kebolehan, pengaruh dan kebangkitannya - kalau tak percaya, boleh tanya wan azizah.

Mungkin penderitaan ini akan berakhir dalam masa terdekat atas dua faktor,  dan salah satunya kerana kematian Karpal membawa bersama segala cerita dan kesah anwar - ini cukup melegakan.

Keduanya lawatan obama juga dikatakan (?) adalah untuk memujuk (?), menasihat (?) atau memberi katadua (?) kepada Najib untuk membebaskannya?

jika faktor kedua itu benar - anwar berada dalam kedudukan yg legaaaaa..

# apa pula kaitan surendran (gambar) - ooooo itu loyar perasan nak ganti karpal tapi anwar reject - sekarang bontot panas atas dakwaan menghina mahkamah (laporan polis sudah dibuat)

Monday, April 21, 2014

seriously fuck malaysian government - come and get me !!!!

seriously mana kj dalam tajuk ini? apakah kj juga pemilih dalam memilih mangsa serangannya.

satu dakwaan satu cabaran - persaolannya dibawah bidangkuasa siapa?
satu dakwaan satu cabaran - siapa dlm politik yg perlu bersuara?
atau semuanya sudah senyap sunyi shadap...really shadap....sebab ia tidak melibatkan melayu perkasa, budak melayu atau melayu yg seusia kassim ahmad?




Saturday, April 19, 2014

ADA SESIAPA LAGI NAK OFFER LANGKAH MAYATNYA...

oleh kerana diulang-ulang, disebut-sebut, didewakan penyokongnya begitulah akhirnya harapannya terjadi... salah siapa? salah umno?
siapa yg untung secara peribadi mungkin org itu yg sabotaj (jika ada)??

ilmu jika disalahguna pada tempatnya ia hanya menyumbangkan kpd perpecahan dan merosakan hubungan dan perpaduan yg telah dibina pemimpin terdahulu - tanpa sempat membaiki dia telah lari dari tanggungjawabnya, salah siapa? salah umno?

bagaimana mahu diri dikenang berjasa dan dihormati jika semasa hidup menghina sebuah ketua negeri dan membela seseorang yg pernah didakwanya tidak bermoral - mana jati diri, prinsip, keluhuran undang2 dan harga diri?

siapa lagi selepas ini yg mahu offer langkah mayatnya? sedangkan si pembahagi dosa dan pahala, syurga dan neraka sudahpun menyerah diri minta diampuni!

Jom hidup secara harmoni dan saling menghormati serta bersyukur mengikut asal usul dan perlembagaan persekutuan dan prinsip rukun negara.

jangan racist, melampau, mencabar yang akhirnya makan diri - no reformasi yes transformasi.

funeral state - lim kit siang next !

tidak kah tindakan kerajaan pulau pinang yg memberi status funeral state kepada mendiang karpal sebagai sesuatu yg semborono dan tanpa asas yg rasional dan kuat. sewel agaknya kerajaan negeri itu dalam mendefinasikannya atau sekadar mereka merendahkan kelayakannya bagi membolehkan mendiang karpal dianugerahkan sekaligus tersedia layak untuk yg berjasa kepada parti.

elok kerajaan negeri huraikan supaya tidak menjadi bahan ketawa sepanjang masa. Apa guna mendiang karpal di anugerahkan jika sebahagian besar mempertikaikannya. Banggakah keluarganya?

tindakan kerajaan negeri sekadar membayangkan yang menunggu untuk anugerah di atas tidak lain tidak bukan ialah lim kit siang dan lim guan eng sendiri.

sudah tentu tulisan di atas tidak dipersetujui oleh ketua pemuda umno, tetapi ada aku kesah !!


## ckp saifuddin tu boleh pakai tetapi apa agaknya perasaan umno sendiri bila dituduh sabotaj hingga karpal kemalangan maut???


Friday, April 18, 2014

karpal: dah mati pun, nama kena jual

menurut anwar, karpal dalam perjalanan pulang ke penang untuk mencari kedamaian dalam usaha untuk mencari jalan tangani kes rayuannya, karpal susah hati kerana pendakwaraya merayu hukuman penjara ke atasnya ditambah - itu dimaklumkan isteri karpal kpdnya dakwa anwar?

hebatnya karpal atau hebatnya anwar? hakikatnya karpal sendiri lebih runsing kerana dia sendiri bakal dipenjara jika rayuannya dalam kes menghina sultan perak gagal. Karpal sebagai peguam yg terkenal sudah semestinya tidak mahu kes terhadap dirinya sendiri gagal dan berakhir dipenjarakan sedangkan hakikatnya dia telah berjaya melepaskan ratusan orang drp dipenjara atau terlepas hukuman mati.

jika karpal dijatuhkan hukuman penjara ia merupakan satu sejarah hitam buat dirinya, keluarga dan partinya.

logiknya - karpal runsing hal siapa? dirinya atau anwar? perlu sangatkah karpal runsing tentang hal anwar yg disahkan mahkamah membontot dan bukankah dap sendiri bersikap habis madu sepah dibuang. DAP telah berjaya melingkupkan anwar sebagai pemimpin melayu yg sangat merbahaya jika berkuasa, anwar mampu tikam semula dap? Tanpa anwar, kerja dap lebih mudah selepas ini, memperbodohkan pemimpin pas pula.

jika benar anwar menghargai karpal - sewajarnya sebarang perhimpunan dari sekarang dan dalam tempoh perkabungan tidak di adakan? sanggupkah anwar sedangkan dia sangat2 terdesak untuk mengumpul penyokongnya bagi bangkit menentang kerajaan yg dikatakannya zalim?

apakah mahkamah masih dianggap zalim menjatuhkan hukuman ke atas penjenayah selepas dibela berbelas peguam, berpuluh tangguhan dan berpuluh rayuan dengan tempoh masa yg lebih dari cukup?

Jika kerajaan benar campurtangan - anwar sudah lama dilupakan!!!!

Thursday, April 17, 2014

benggali mati - melayu bergaduh


kematian karpal pengajaran kpd nik aziz...

dalam kes hudud yg dicanang ( acah nak laksana ) oleh PAS, yg paling awal menentang ialah karpal yg kini dimamah cacing ($emua yg mati aka dimamah caing, ulat etc) dengan amaran langkah mayatnya dulu. 

selepas bertahun mencanang, barulah dr mahathir ada menulis kpd nik aziz berhubung kesukaran dan cabaran untuk melaksanakannya dan perlunya hudud digubal mengikut Quran dan Sunnah yg betul dan bukannya terburu mengejar nama dan mengikut selera pas.

ini peluang terbaik utk nik aziz mencanang memburukkan kononnya mahathir dan umno menolak hudud (nik aziz kaki putar belit). dia lebih seronok menjadikannya modal politik murahan daripada berusaha bersungguh-sungguh melaksanakannya.

sehinggalah demi untuk merasa kuasa, mereka sendiri (pas) yg akhirnya menikam diri sendiri dng membuang title perjuangan negara Islam kpd negara kebajikan dan sekaligus bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sebagai aku janji ikatan pakatan haram pembangkang.

nik aziz telah memburukkan imej pas dengan tidak melaksanakan hudud di kelantan walaupun berpeluang dlm tempoh 22 tahun pemerintahannya dng alasan remeh - itu dia kena jawab sendiri di depan Allah. 

kematian karpal merupakan kemuncak kegagalan pas dan nik aziz untuk benggali itu faham dan akur. karpal mati dengan bangganya ketika pas masih terkapai-kapai dng hukum hudud. nik aziz dalam ulasannya menyatakan ralat kerana tak sempat tarbiah karpal  dng hudud merupakan putar belit nik aziz yg tidak berkesudahan. apa dia buat selama 22 tahun? kenapa sekarang kononnya tak sempat nak tarbiah benggali tu? mungkin nik aziz juga ralat birthdaynya tahun ni tak dapat bersama lagi makan kek dng karpal dan anjingnya.

nik aziz yg baru shj memohon maaf nampaknya masih terus berdendam dan bermusuh dng kenyataan dan persepsi liarnya. adalah lebih penting nik aziz tidak ditimpa malang yg lebih dasyat dari karpal,  jangan sampai dia mati ketika hudud pi mai pi mai dok tangtu jugak.

berhentilah 'menggunakan hudud' sebagai modal politik unuk menampakkan mereka (pas) sahaja yg lebih Islam dari orang lain.

Wednesday, April 16, 2014

Musuh Hudud No. 1 Dah Jalan - siapa musuh utama sekarang...

Allah sudah bantu umat Islam di peringkat awal...

Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka...

sewajarnya dia sikapir musuh hudud no 1 tetapi musuh sebenar dan yg lebih utama ialah kegagalan umat Islam di Malaysia bersatu menjayakannya - berselisih, bercakaran, tiada keyakinan dan lebih mengutamakan strategi politik masing2.

wardina kena 'penampor'

Add caption


kerana pulut santan binasa...
Ustaz Don tanya... lu apa agenda!!!!!
lelong? cheap sale?

ada duit ke nak bayar saman?
bila nak berambus ke australia?

australia terima penghijrahan jika:
bawa duit banyak,
otak no.1 - kepakaran
bukan glamour publisiti murahan...

Tuesday, April 15, 2014

Ikrar hadi - dengar boleh percaya jangan...

Hadi yg berikrar untuk meneruskan perlaksanaan hudud sebagai perlaksanaan parti melalui sokongan kepada kerajaan kelantan merupakan kenyataan terbaharu, tambahnya lagi pas tidak pernah ada perjanjian atau terikat dengan dap dan pkr untuk tidak melaksanakannya ????

Betul ke ni, setakat yg diketahui sebelum ini - dap dan pkr melalui pemimpin kanan masing2 telah berulang kali berhujah bahawa mereka sudah mempunyai satu persetujuan untuk tidak bersetuju pas melaksakan hudud sebagai syarat kerjasama dan perkongsian kuasa.

Siapa yg bercakap benar?
Tidak lebih masing2 cuba melepaskan tengkok masing2 dari disekeh oleh ahli parti sendiri. Nyata mereka tidak mempunyai satu keputusan pun tentang hudud sebelum ini, pending dan agenda utama ialah merampas kuasa - hudud belakang kira.

Depan penyokong masing2 - lain pula ceritanya!!!

Ini juga berjangkit dalam parti2 di BN yg melihat pertentangan MCA yg konsisten dan berterusan menentang perlaksanaan hudud. Apa yg sebenarnya MCA tentang sedangkan hakikatnya UMNO belum lagi membuat keputusan rasmi untuk menyokong atau tidak. Yang dengar hanyalah pemimpin peringkat negeri dan pemimpin yg kurang berpengaruh dari UMNO menyatakan sokongan.

Bagitu juga dengan orang melayu dan Islam sendiri - ada yg sokong, ada yg tidak dan ada yg berbelah bagi????

Kenapa tidak ada kejituan dalam hukum Allah !

Keraguan sebenarnya lebih kpd keraguan ke atas kemampuan pihak yg mahu melaksanakan hudud lebih- lebih lagi ia dikendalikan penggubalannya oleh parti, kenapa tidak digubal oleh kerajaan yg mempunyai kemudahan kepakaran? Atau badan Islam atau penubuhan Suruhanjaya DiRaja2 Melayu yg mempunyai kuasa mutlak di negeri masing2.

Kebimbangan menjurus kepada samada hudud itu kelak merupakan hudud pas yg disesuaikan dengan citarasa politik atau Hudud Islam sebenarnya?

Kebimbangan juga sejauh mana kemudahan, kepakaran, penguatkuasaan adalah tepat dan tidak bertindih atau saling merebut kuasa dng perundangan lain yg sedia ada. Hakikatnya mahkamah syariah sama taraf dengan mahkamah tinggi. Bagaimana pula kuasa mahkamah rayuan dan mahkamah Agong akan berperanan dalam kes hudud?

Sekarang ini pun ujud kekeliruan di mana dalam satu kes baru2 ini, bapa yg memeluk Islam telah diberi kuasa untuk menjaga anak2nya oleh mahkamah syariah tetapi selepas itu mahkamah tinggi pula menganugerahkan kuasa kpd ibunya yg bukan berugama Islam untuk menjaga anak2nya. Diberitakan juga keputusan penghakiman tersebut tidak pula menyatakan keputusan mahkamah syariah terbatal.

Tidak kah boleh dikatakan atau dianggap.
Mahkamah tinggi tidak punya kuasa untuk membicarakan satu kes yg sama di mana keputusannya telah dibuat awal oleh mahkamah lain (mahkamah syariah) yg sama taraf dengannya?
Bolehkah dianggap mahkamah tinggi telah menghina mahkamah syariah?
Setakat ini tidak diketahui kedudukannya???
Undang2 'silent' dalam hal ini dan rakyat menjadi mangsa dan keliru!!!

Ini belum lagi hudud dilaksanakan sepenuhnya !!!
Diperkatakan juga yang bukan Islam tidak akan dihukum dibawah hukum hudud"????? - ada Quran atau Hadis sebut?? Sedangkan dalam sistem percukaian di zaman Radulullah dan Sahabat - orang bukan Islam turut dikenakan malah lebih lagi kerana mereka menikmati keamanan di bawah pemerintahan Islam.

Elok juga dilaksakan di Malaysia sistem cukai ini?????

Logik akal - kita kena akui anwar hebat...

satu saat sahaja diperlukan untuk anwar leraikan misteri kehilangan
mh370 !

dan selepas 3 tahun lebih anwar masih belum jumpa jam omega!

Yang menyokongnya pun bukan sebarang orang.

hebatnya di mana?

Monday, April 14, 2014

anwar sihat - akan sakit bila sampai waktunya - siapa yg pecah ini lobang?




takkan baju dan seluar naik kerusi roda dan naik kuda sama????







Sunday, April 13, 2014

MH370 - The world is only one demand

Popular speculation is back popular on mh370 loss is probable involvement of American and Jewish spy , a
replay of the events of 11/9 in the new version .

Speculation flight crashed or end up in the ocean interior hindi less reliable, because it is so remote and irrelevant to the actual route flight to beijing .
After all it is not directly supported by the finding of any pieces of the plane wreckage .

Allegations also arose that the aircraft brings ' tools @ secret weapon ' declared mangosteen to Chinese interests and may do harm to American security .

Is the government mission and know the contents of this flight ?
Conspiring to endanger the lives of passengers ? Conspiracy and violation of international law ?
Is this information that the government's " ashamed and afraid ' to make a confession ?

Is this known to the U.S. and one of the safest bet is to seize and keep , hide ?

if this speculation is true , why are the Chinese just keep quiet and not too urgent and pressing America. Are they too ashamed and afraid to make a confession ?

To be fair to all , the world is only one demand : Return back all passengers and crew safely to their families and return the plane back to Malaysia for the state museum and a tourist attraction capital @ pay compensation damages overall costs including the cost of search involving tax dollars Malaysians.

other issues , let it be closed negotiations the parties involved

hero baru umno - hisham senasib mh370 - hilang arah

hishamuddin yg baru2 ini diangkat hebat dlm pengendalian sidang akhbar mh370 yg hilang, sehinggakan sudah digambarkan sebagai layak pengganti najib oleh pemuka2nya kini berada dlm kedudukan bontot yg panas, hilang arah apabila di asak oleh pelbagai spekulasi yg hampir lebih nyata oleh media pro kerajaan dan pelbagai pihak lain.

apakah pendedahan spekulasi oleh media pro kerajaan adalah atas arahan kerajaan sendiri?

the times UK labelkan hisham bertaraf dunia !!!!! ( wow)))))) hisham pun sudah mula pandai diiringi isteri dalam majlis rasmi, ke hulu ke hilir - ada gaya PM

tidak diketahui setakat mana benarnya kerajaan menyembunyikan sesuatu tetapi lebih memalukan jika info penting pihak lain yg kemukakan dulu,  elok kita tunggu dan lihat adegan seterusnya.

Saturday, April 12, 2014

Pemimpin Pembangkang Didakwa Hina Mahkamah - Padan Muka, siapa yang kena?


Siapa yang kena? anwar ibrahim? rafizi? tian chua?









Kerajaan sudah berindak?...

Lu orang jangan mimpi...

Konsep penghinaan mahkamah secara ringkas bagi tatapan dan panduan sahabat-sahabat sekalian. Sebahagian daripada artikel ini ada dimuatkan di dalam buku Undang-Undang Tatacara mal, Prinsip dan Amalan yang dijangka akan diterbitkan tak lama lagi. Artikel ini bagaimanapun tidaklah mengupas secara terperinci mengenai konsep penghinaan mahkamah sepertimana yang disentuh di dalam buku sebelumnya, "Penghinaan Mahkamah: Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Islam", ianya lebih banyak menyentuh mengenai prosiding atau tatacara di Mahkamah Syariah. Semoga ianya dapat membantu sahabat-sahabat dan memberikan ilmu yang bermanfaat.



BAB 16

PENGHINAAN MAHKAMAH

PENDAHULUAN

Di Malaysia, undang-undang Islam, setakat yang dibenarkan, dilaksanakan di Mahkamah Syariah. Penubuhan Mahkamah Syariah adalah berdasarkan peruntukan perlembagaan yang memberi kuasa kepada negeri untuk mentadbir undang-undang Islam yang digolongkan sebagai undang-undang diri (personal law) berdasarkan kehendak Jadual ke-9, Senarai 2 Butiran 1. Walaupun bidang kuasa Mahkamah Syariah diberikan hanya dalam undang-undang diri, ia disertakan pula dengan sekatan tertentu melalui peruntukan perlembagaan dan akta. Walau apa pun sekatan, Mahkamah Syariah adalah satu badan tertinggi di Malaysia yang melaksanakan undang-undang Islam setakat yang diberikan.

Menegakkan institusi kehakiman syariah merupakan satu tuntutan syarak kerana hukum syarak tidak akan dapat dilaksanakan dan dihayati tanpa adanya institusi ini. Dengan menegakkan dan melaksanakan kehakiman syariah bermakna keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat dihapuskan. Perkara ini adalah selaras dengan tujuan penggubalan undang-undang iaitu untuk mencapai keadilan dengan menyelesaikan pertikaian dan perbalahan, menghukum pihak yang bersalah, memberikan hak kepada pihak yang berhak dan menempatkan sesuatu pada tempatnya, dan mengelakkan serta menghapuskan kezaliman. Berdasarkan kepada prinsip inilah, maka menghormati kemuliaan kepada Mahkamah Syariah itu adalah menjadi satu tuntutan. Apa-apa tindakan sama ada berbentuk fizikal seperti mencemuh, mengkritik, menghalang perjalanan prosiding sama ada secara lisan, tulisan ataupun reaksi secara langsung atau tidak langsung yang boleh menyebabkan kemuliaan atau kehormatan Mahkamah Syariah tercemar atau aib boleh dikenakan tindakan kesalahan penghinaan Mahkamah.



Apa Itu Penghinaan Mahkamah

Prinsip penghinaan Mahkamah di Mahkamah Syariah ini pada asasnya diambil dari amalan di Mahkamah-mahkamah awam. Oleh kerana prinsip ini tidak bertentangan dengan hukum syarak, malah menegakkan prinsip ini akan menambahkan lagi kemuliaan dan kehormatan kepada Mahkamah Syariah, maka prinsip ini diguna pakai dan menjadi teras kepada Mahkamah Syariah untuk mempertahankan kewibawaan dan integritinya.

Perkataan ‘penghinaan mahkamah’ ini diambil dari perkataan Inggeris iaitu ‘contempt of court’. Perkataan contempt bermaksud penghinaan atau sikap memandang rendah kepada kepada sesuatu perkara. Menurut A.S Hornby dalam Oxford Dictionary Of Current English, ‘contempt’ atau penghinaan ialah satu unsur memandang rendah kepada sesuatu pekara atau tidak mengendahkan (mempedulikan): iaitu dalam semua bentuk peraturan atau undang-undang. Apabila disebut ‘contempt of court’ atau penghinaan Mahkamah, ia memberi maksud tidak mematuhi terhadap perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah atau tidak menghormati sistem kehakiman .

K.J. Aiyars memberikan pengertian yang sama mengenai maksud penghinaan mahkamah ini di mana beliau mendefinisikan sebagai suatu sikap yang tidak mematuhi perintah mahkamah atau tidak menghormati hakim . Dalam Encyclopedia Of The Law Of England, prinsip penghinaan ini diterima di dalam perundangan di mana ia merupakan satu unsur dalam kesalahan sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung, yang bertentangan dengan perintah hakim atau mereka yang mengetuai undang-undang ataupun mencabar kedudukan hakim yang menjalankan tugas pentadbiran keadilan. Maksud penghinaan dalam makna asalnya ialah mana-mana kesalahan menghina atau merendahkan authority kedudukan raja atau individu yang dilantik sebagai wakil raja yang berfungsi menjalankan pentadbiran keadilan .

Jika dilihat kepada pengertian ini, Mahkamah Syariah di Malaysia adalah satu-satunya badan terunggul yang melaksanakan undang-undang Islam setakat yang diberikan oleh Perlembagaan. Kuasanya adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan badan-badan yang berbentuk keagamaan yang lain. Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah adalah perintah yang selaras dengan aturan syariat secara langsung dari Allah s.w.t. Melanggari perintah tersebut adalah sesuatu jenayah yang serius kerana mengingkari perintah Allah yang disalurkan melalui Mahkamah Syariah.

JENIS-JENIS PENGHINAAN MAHKAMAH

Penghinaan mahkamah boleh jadi berlaku melalui kesalahan jenayah atau sivil. Kesalahan yang berlaku itu mungkin akibat daripada perkataan, kelakuan atau apa-apa bentuk penulisan yang menghalang atau boleh menghalang kelicinan pentadbiran keadilan .

Penghinaan mahkamah dalam bentuk jenayah adalah seperti merendahkan nama baik hakim, menuduh hakim berat sebelah dan sebagainya. Satu-satu kelakuan itu dikatakan penghinaan jenayah bila mengandungi unsur-unsur kesalahan seperti campurtangan dalam pentadbiran keadilan atau cuba merendahkan authority mahkamah dan mengganggu prosiding mahkamah .

Manakala penghinaan sivil atau mal pula termasuklah tidak mematuhi mahkamah dengan sengaja seperti membantah perintah mahkamah supaya memulangkan anak, tidak mengemukakan dokumen seperti yang diarahkan oleh mahkamah, gagal mematuhi penghakiman atau proses mahkamah yang lain termasuklah tidak mematuhi sepina, injunksi atau apa-apa perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Di Mahkamah Syariah, kekerapan kesalahan penghinaan mahkamah adalah berlaku dalam bentuk ini.

BENTUK-BENTUK PENGHINAAN MAHKAMAH

Umumnya, penghinaan mahkamah di Mahkamah Syariah dapat dibahagikan kepada dua bentuk utama iaitu penghinaan secara lamgsung dan penghinaan secara tidak langsung. Dalam perkataan lain ia juga disebut penghinaan di dalam mahkamah dan juga penghinaan di luar mahkamah. Penghinaan secara langsung atau di dalam mahkamah ialah perlakuan menghina hakim secara terus. Manakala penghinaan secara tidak langsung atau penghinaan di luar mahkamah ialah menghina hakim atau mahkamah semasa pelakunya tidak berada di dalam mahkamah atau tidak dilihat oleh hakim.

Penghinaan secara langsung ini disebut juga sebagai penghinaan in facie iaitu penghinaan yang dilakukan secara langsung atau secara terus terhadap mahkamah atau di hadapan mahkamah (in the face of the court). Manakala penghinaan secara tidak langsung pula disebut sebagai penghinaan ex facie iaitu penghinaan yang dilakukan secara tidak langsung atau kadang-kadang ia juga dikenali sebagai penghinaan konstruktif , iaitu penghinaan yang tidak berlaku di dalam mahkamah tapi bertujuan untuk melemahkan pelaksanaan pentadbiran keadilan .

Perbezaan bentuk kesalahan penghinaan mahkamah sama ada di dalam mahkamah atau kesalahan menghina di luar mahkamah hendaklah diberi perhatian oleh hakim bicara. Mungkin sekali imbas kedua-dua bentuk kesalahan ini nampaknya hampir sama, tetapi kesan dan prosidingnya adalah berbeza walau pun hukuman yang diberikan adalah sama. Kegagalan membezakan bentuk kesalahan penghinaan mahkamah ini menyebabkan ketidak adilan berlaku kepada seseorang. Di dalam kes Ahmad bin Shapiai lwn Hani binti itam Ali Husin , YA Dato’ Hj Mohd Asri bin Abdullah, KHS mengulas:

“Saya juga berpendapat bahawa pertuduhan menghina mahkamah di bawah Enakmen Acara Mal 1996 sek. 219 hendaklah diasingkan di antara penghinaan di dalam mahkamah dan luar mahkamah kerana mengikut sek. 219 (5) menjelaskan jika seseorang melakukan penghinaan dalam mahkamah, orang itu tidak perlu disampaikan notis tunjuk sebab selainnya notis tunjuk sebab hendaklah disampaikan kepada orang yang dikatakan melakukan penghinaan tersebut. Dalam kes ini nampaknya tuduhan penghinaan dalam mahkamah di hadapan Hakim dan di luar mahkamah telah dicampuradukkan.”


PROSIDING PENGHINAAN MAHKAMAH

Bagi penghinaan mahkamah untuk kes mal, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk memulakan prosiding di atas usulnya sendiri terhadap mana-mana orang kerana menghina mahkamah. Dalam prosiding tersebut, mahkamah boleh, membuat suatu perintah untuk mengkomitkan seseorang selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau boleh mengenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit. Seksyen 229 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (negeri Sembilan) 2003 memperuntukkan:

(1) Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memulakan prosiding terhadap mana-mana orang kerana menghina mahkamah dan boleh, dalam prosiding sedemikian, membuat suatu perintah pengkomitan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau boleh mengenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.


Prosiding Penghinaan Di Dalam Mahkamah (Secara Langsung)

Jika penghinaan mahkamah itu dilakukan secara langsung, iaitu dilakukan di hadapan hakim atau di dalam mahkamah, mahkamah boleh memulakan prosiding itu secara terus pada masa tersebut tanpa perlu menyampaikan notis untuk menunjukkan sebab.

Mahkamah yang memulakan prosiding tersebut, hendaklah mencatat kesalahan-kesalahan yang difikirkan telah dilakukan oleh seseorang yang dikatakkan telah menghina mahkamah, merekodkan kesalahan-kesalahan penghinaan yang dilakukan, menderaf dan dan membacakan tuduhan tehadap orang yang dikatakan telah melakukan penghinaan itu dan hendaklah memastikan bahawa orang itu faham tentang jenis kesalahan yang dikatakan (dituduh) terhadapnya. Orang itu juga hendaklah diberi peluang sewajarnya untuk membela atau mempertahankan dirinya. Pada masa yang sama Mahkamah hendaklah mencatat dan merekodkan semua prosiding semasa proses tersebut dilaksanakan. Seksyen 229 (2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 memperuntukkan:

(2) Jika penghinaan dilakukan di dalam Mahkamah, maka tidaklah perlu bagi Mahkamah menyampaikan notis untuk menunjukkan sebab tetapi Mahkamah hendaklah memastikan bahawa orang yang dikatakan melakukan penghinaan itu faham tentang jenis kesalahan yang dikatakan terhadapnya dan diberi peluang untuk didengar untuk membela dirinya, dan Mahkamah hendaklah membuat suatu rekod yang sepatutnya mengenai prosiding itu.


Dalam kes Kamariah Salim lwn Zulkifli Puteh, . Kes ini pada awalnya merupakan permohonan tuntutan fasakh plaintif terhadap Defendan. Pernyataan pembelaan Defendan banyak mengandungi pernyataan yang menghina mahkamah dan institusi kehakiman. Sepatutnya pernyataan pembelaan mengandungi jawapan kepada tuntutan plaintif. Pada kali pertama, YA Hakim memerintahkan supaya pihak Defendan menarik balik pernyataan itu dan membuat pernyataan pembelaan yang lain. Defendan akur dengan perintah mahkamah. Kali kedua, tiada perubahan yang berlaku dengan pernyataan pembelaan yang dibuat malahan pernyataan penghinaan yang dibuat semakin berat sehingga menyatakan “hakim syaitan”. Hakim kemudiannya mengarahkan Zulkifli (Defendan) berjumpa pakar psikiatrik bagi menganalisis keadaan mentalnya. Tempoh masa yang diberikan adalah selama dua bulan. Selepas dua bulan, laporan mengenai keadaann mentalnya diperoleh dan menunjukkan keadaan mental Defendan adalah normal. Ini bermakna tindakan yang dibuat oleh Defendan adalah satu tindakan yang tidak dipengaruhi oleh tekanan mental ataupun bukanlah kerana dia mempunyai penyakit mental. Berdasarkan laporan perubatan dan peluang yang diberikan, YA Hakim telah mensabitkan kesalahan di bawah seksyen 220(1), iaitu penghinaan di dalam Mahkamah dengan hukuman penjara selama tiga (3) hari. Hakim bicara telah memberi faham akan kesan tindakannya, memberi peluang kepada Defendan untuk membela diri, dan merekodkan semua prosiding terhadap kes tersebut.

Dalam kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah di Ipoh perak, iaitu kes Ahmad bin Shapiai lwn Hani binti itam Ali Husin , fakta kesnya ialah Perayu telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara lima bulan. Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Kangsar pada 30.6. 1999 telah mengekalkan sabitan, keputusan dan penghukuman Mahkamah Rendah Syariah kuala Kangsar pada 13.4.1999 dimana pemohon telah disabitkan bersalah menghina mahkamah di bawah seksyen 219 (5) Enakmen Acara Mal Syariah 1996. Persoalan undang-undang yang timbul ialah sama ada Mahkamah Rendah Syariah gagal memberikan hak membela diri sebelum sabitan dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah atau tidak kepada Perayu. Dalam kes tersebut, setelah tuduhan dibacakan kepada tertuduh, Hakim telah bertanya sama ada tertuduh mengerti dan faham semua yang Hakim sebutkan. Tertuduh mengangguk kepala menunjukkan dia faham dan mengerti di atas tuduhan yang dibacakan. Di atas akuan faham akan tuduhan tersebut, Hakim terus mensabitkan tertuduh bersalah. Panel Rayuan telah membuat ulasan dengan menyatakan:

“Saya berpendapat YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang mendengar rayuan ini telah terlepas pandang terhadap soal utama yang menjadi asas persoalan undang-undang iaitu hak untuk membela diri dalam tuduhan menghina mahkamah ini. Ia mungkin berbeza dari segi pertuduhan jenayah biasa di mana setelah tuduhan dibaca kepada tertuduh ia hendaklah ditanya sama ada faham terhadap tuduhan yang dibacakan dan hendaklah ditanya pengakuannya, tetapi dalam kes menghina mahkamah ini pengakuannya tidak perlu diambil tetapi apabila ia mengaku faham tuduhan yang dibacakan tertuduh hendaklah diberi hak membela diri sebelum sabitan dibuat oleh Hakim.”

Dalam kes ini, Mahkamah Rayuan Syariah telah sebulat suara membenarkan rayuan Perayu dan sabitan hukuman penjara selama lima bulan telah dibatalkan dan keputusan tersebut telah diketepikan.

Dalam kes Zainur bin zakaria lwn Pendakwa Raya (Penghina Mahkamah) , isu yang timbul ialah sama ada Hakim perrbicaraan telah dengan betul mengguna pakai prosedur ringkas dalam mensabitkan Perayu atas kesalahan penghinaan di dalam mahkamah. Steve LK Shim, H.B (Sabah dan Sarawak) dalam ulasannya menyatakan:

“ Dalam prosiding penghinaan, penghina yang didakwa mesti diberikan peluang yang munasabah untuk menyediakan kesnya. Dalam kes ini, Hakim perbicaraan telah enggan membenarkan permohonan perayu untuk penangguhan kes bagi beliau menyediakan pembelaan terhadap dakwaan penghinaan dan untuk memanggil saksi. Memandangkan betapa beratnya dakwaan tersebut, perayu sepatutnyadiberi peluang untuk memanggil saksi-saksi untuk mematahkan dakwaan bahawa affidavit sokongan terhadap permohonan untuk membatalkan dua orang pendakwa tersebut mengandungi hal-hal yang menghina. Penangguhan juga patut diberikan supaya perayu dapat menyediakan pembelaan beliau dengan lengkap. Di dalam kes ini perayu sebenarnya telah dinafikan peluang daripada menjawab dakwaan terhadapnya. Dalam keadaan ini, prosedur ringkas yang digunakan oleh Hakim perbicaraan telah tidak dilaksanakan sewajarnya menyebabkan ketidak adilan kepada perayu.

Tindakan Hakim perbicaraan sendiri telah menyebabkan prosiding tersebut, khususnya soal siasat ke atas perayu dan cepatnya perayu disabitkan tanpa beliau dibenarkan memanggil sebarang saksi, memberikan gambaran bahawa Hakim seolah-olah bertindak sebagai peguam bagi kedua-dua pendakwa dalam usul tersebut.”

Dalam kes Public Prosecutor lwn Seeralan. Hakim Tun Salleh Abbas telah menggariskan beberapa panduan dalam prosedur penghinaan terhadap mahkamah di mana ia berdasarkan jawapan kepada tiga soalan berikut:

(a) whether or not in law criminal contempt has been committed in the face of the court by the respondent by accusing the presiding magistrate in Port Dickson Magistrate’s Court Inquest No. 47/1984 of being biased, unfair and prejudiced and by refusing to leave the court when ordered to do so by the learned magistrate;
(b) if the answer to question (a) is in the affirmative, then whether it is right in law for the learned magistrate in the circumstances of this case to exercise his power of punishment for contempt of court summarily;
(c) if the answer to question (b) is in the affirmative, then whether it is right in
law for the iearned Judge to set aside the order of the learned magistrate committing the respondent for contempt of court in chambers without giving due notice or the right to be heard to the public prosecutor?


Prosiding Penghinaan Di Luar Mahkamah (Secara Tidak langsung)

Penghinaan di luar mahkamah (contempt ex-facie of court) pula ialah penghinaan yang dilakukan bukan semasa prosiding berjalan di dalam mahkamah, tetapi boleh jadi masih didalam prosiding namun dilakukan di luar mahkamah. Contoh penghinaan diluar mahkamah adalah seperti ingkar perintah mahkamah, membicarakan kes yang sudahpun menjadi sub judice, membuat komen atau ulasan terhadap hakim atau mahkamah secara tidak wajar, membuat tohmahan terhadap hakim dan sebagainya. Arahan Amalan No 13 Tahun 2004 ada menggambarkan beberapa contoh kesalahan penghinaan di luar mahkamah. Arahan Amalan tersebut menyebut:

Penghinaan diluar Mahkamah termasuklah:-

i. Keengganan mematuhi apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah ; atau
ii. Mengeluarkan apa-apa kenyataan samada secara lisan atau bertulis oleh mana-mana orang atau badan atau pertubuhan atau organisasi yang adalah satu perbuatan menghina Mahkamah Syariah.

Prosiding penghinaan di luar mahkamah ini bolehlah dimulakan oleh sama ada Pendakwa Syarie atau mana-mana orang yang berkepentingan. Jika dimulakan oleh Pendakwa Syarie, sekurang-kurangnya satu aduan (atau laporan) dibuat bagi membolehkan pendakwa Syarie memulakan tindakan bagi meneruskan prosiding tersebut.

TATACARA PENGHINAAN MAHKAMAH YANG DIMULAKAN OLEH PENDAKWA SYARIE

Untuk mempastikan pentadbiran keadilan dilaksanakan mengikut kehendak Hukum Syarak dan agar kezaliman dapat dielakkan, maka undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan mengingkari, melanggar, mempertikaikan serta menghina mahkamah telah digubal dan tindakan jenayah boleh diambil ke atas mereka yang melakukannya. Peruntukan tersebut ada terdapat di dalam enakmen. Apabila sesuatu kesalahan penghinaan mahkamah itu dimulakan dengan satu aduan, maka tugas pengendalian kes penghinaan mahkamah adalah menjadi tanggungjawab Pendakwa Syarie. Secara ringkas, dinyatakan disini tatacara pendakwaan kes-kes jenayah bagi kesalahan penghinaan mahkamah bagi memudahkan pemahaman. Jika kes penghinaan mahkamah ini dimulakan oleh Pendakwa Syarie melalui satu aduan yang diterima, pengendaliannya di mahkamah adalah sama sepertimana kes-kes jenayah biasa yang lain.

Pendakwaan

Tindakan jenayah ke atas pihak yang ingkar perintah mahkamah bermula apabila mereka yang berkepentingan terhadap sesuatu perintah mahkamah itu memberi maklumat atau membuat aduan kepada pegawai penguatkuasa agama negeri. Selepas sesuatu maklumat atau aduan diterima, pegawai penguatkuasa agama hendaklah melaksanakan tindakan yang sewajarnya mengikut prosedur undang-undang yang diperuntukkan.

Selepas segala proses diperingkat penguatkuasaan dilaksanakan dengan sempurna dan kertas siasatan disediakan dengan lengkap tindakan seterusnya akan dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan yang diketuai oleh seorang Ketua Pendakwa Syarie Negeri dan dibantu oleh (Timbalan) Pendakwa-Pendakwa Syarie.

Bagi menjamin segala proses kerja yang dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama dan tindakan pendakwaan berjalan dengan sempurna tanpa menyalahi prosedur yang ditetapkan adalah menjadi tanggungjawab Ketua Pendakwa Syarie Negeri. Sebagai langkah untuk mengawal, Ketua Pendakwa Syarie Negeri perlu menyediakan suatu garis panduan atau “dasar pendakwaan” yang bertujuan untuk memberi panduan kepada Pendakwa Syarie dan Pegawai Penguatkuasa Agama dalam menjalankan sesuatu siasatan kes jenayah syariah.

Selain daripada itu untuk menjamin kelicinan proses kerja ini, Ketua Pendakwa Syarie dari semasa ke semasa boleh mengeluarkan “Arahan Ketua Pendakwa Syarie” sebagaimana amalan Jabatan Peguam Negara yang mengeluarkan “Arahan Pendakwaraya”. Perkara ini boleh dilakukan kerana kuasa yang ada pada Ketua Pendakwa Syarie di dalam penentuan kes jenayah Syariah adalah sama dengan kuasa yang ada pada Peguam Negara bagi kes jenayah sivil.

Kriteria Dalam Membuat Keputusan Pendakwaan Kesalahan Penghinaan Mahkamah

Keputusan samada untuk mendakwa ataupun tidak dalam kes yang berkaitan dengan kesalahan ingkar perintah mahkamah merupakan suatu langkah yang amat penting dalam proses pendakwaan. Dalam setiap keputusan, pertimbangan yang wajar harus diberikan kepada kepentingan mangsa/pengadu, orang yang disyaki dan masyarakat seluruhnya bagi mempastikan keputusan yang betul dibuat. Keputusan yang salah atau tidak tepat untuk mendakwa atau tidak mendakwa kedua-duanya boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan pentadbiran undang-undang syariah di negara ini.

Dalam menentukan objektif pendakwaan dapat dicapai iaitu untuk mendapatkan keadilan dengan membuktikan tertuduh telah melakukan kesalahan seperti yang dikemukakan dalam pertuduhan, dua kriteria penting perlu dilihat oleh pihak pendakwaan dalam membuat keputusan iaitu:
a) keterangan yang cukup bagi mewajarkan pendakwaan; dan
b) Kepentingan awam.


a) Keterangan Yang Cukup

Dalam menimbangkan kriteria ini untuk membuat keputusan berkaitan pendakwaan kes ingkar perintah Mahkamah adalah sama dengan kes-kes jenayah yang lain iaitu adalah keterangan yang ada boleh membuktikan wujudnya “prima facie” kes yang boleh mensabitkan tertuduh di peringkat akhir kes pendakwaan. Berhubung dengan pertimbangan yang perlu kepada wujudnya “prima facie” selalu digunakan dalam membuat keputusan berkaitan kes-kes jenayah. Jabatan Peguam Negara Malaysia dalam Arahan Pendakwa Raya Bil. 2 Tahun 1998 ada menetapkan:

“Keputusan untuk mendakwa bolehlah dibuat dalam mana-mana kes setelah timbalan Pendakwa Raya meneliti dengan terperinci pihak pendakwa boleh membuktikan kes “prima facie” terhadap orang yang kena tuduh pada akhir kes pendakwaan”.

Dalam keadaan yang sama, amat wajar kiranya Ketua-ketua Pendakwa Syarie Negeri mengeluarkan arahan seumpamanya untuk menjadi garis panduan kepada Pendakwa-pendakwa Syarie semasa meneliti kertas-kertas siasatan sebelum diangkat untuk pendakwaan. Dalam menentukan samada terdapat prospek yang munasabah untuk mendapatkan sabitan terhadap tertuduh, Pendakwa Syarie hendaklah menganalisis kekuatan kes tersebut sekiranya tertuduh dituduh di mahkamah. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan kehadiran saksi-saksi yang kompeten dan berkredibiliti dan kesan keterangan mereka kepada hakim dan lain-lain keterangan yang berkaitan.

Pendakwa Syarie hendaklah juga memberi perhatian kepada apa-apa pembelaan yang mungkin boleh ditimbulkan oleh pihak tertuduh atau peguamnya. Pada kebiasaannya, kelemahan dari segi teknikal yang tidak diperhalusi oleh pendakwa dalam menyemak kertas siasatan boleh menimbulkan masalah di peringkat pendakwaan dan yang lebih malang lagi sehingga tertuduh dilepaskan oleh mahkamah.

Dalam meneliti kertas siasatan sekiranya terdapat catatan atau dokumen-dokumen yang meragukan atau ada apa-apa pernyataan saksi yang berkemungkinan boleh dicabar oleh pihak tertuduh, sepatutnya diselesaikan terlebih dahulu sebelum pertuduhan difailkan ke mahkamah.

Untuk mempastikan proses penyiasatan dan penyediaan dokumen dapat mencapai tahap memuaskan sebelum difailkan pertuduhan di mahkamah adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwa semasa menyemak kertas siasatan. Sekiranya terdapat apa-apa kekurangan yang berlaku, sepatutnya pendakwa yang bertanggungjawab boleh terus berurusan atau memanggil pegawai penyiasat berkenaan untuk berbincang.

Pertimbangan Dalam Menyemak Kertas Siasatan

Pegawai pendakwa yang menyemak kertas siasatan khususnya dalam kes ingkar perintah mahkamah hendaklah mempastikan perkara-perkara berikut disediakan oleh pihak penguatkuasa agama dan pegawai penyiasat mengikut kehendak peruntukan undang-undang :

(1) Senarai semak keterangan yang dikehendaki;
(2) Borang maklumat yang diisi dengan betul mengikut prosedur undang-undang;
(3) Perintah atau salinan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah;
(4) Laporan tangkapan;
(5) Laporan berhubung Jaminan;
(6) Pernyataan saksi-saksi yang berkaitan;
(7) Pernyataan Orang Yang Disyakki jika berkaitan;
(8) Diari siasatan pegawai penyiasat;
(9) Senarai barang-barang kes jika ada;
(10) Rajah, pelan lakar jika berkaitan;
(11) Apa-apa dokumen berkaitan yang boleh menyokong (Eksibit);
(12) Pastikan siasatan diselesaikan dalam tempoh yang munasabah.

Setelah menilai keterangan-keterangan yang ada, pihak pendakwa perlu memberi pertimbangan kepada perkara-perkara berikut sebelum membuat keputusan antaranya:

i) Adakah terdapat alasan-alasan di mana keterangan tersebut akan ditolak atau diketepikan berdasarkan kepada prinsip-prinsip kebolehterimaan mengikut Enakmen keterangan Mahkamah Syariah;
ii) Adakah saksi-saksi yang ada boleh dipercayai, pelupa atau seorang yang bermusuhan dengan tertuduh;
iii) Adakah saksi mempunyai motif yang tidak baik dalam memberi keterangan dan menyebabkan peluang yang besar kepada pihak peguambela untuk mencabar;
iv) Bagaimana keadaan saksi dari segi ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi soalan balas dari peguambela, pastikan juga kredibilitinya tidak akan terjejas;
v) Adakah terdapat percanggahan keterangan antara saksi-saksi dan adakah percanggahan tersebut boleh melemahkan kes itu atau menimbulkan syak bahawa keterangan tersebut tidak benar;
vi) Sekiranya isu identiti terlibat, adakah terdapat saksi-saksi yang boleh mengecam tertuduh;
vii) Sekiranya terdapat lebih dari seorang tertuduh, adakah terdapat prospek yang munasabah samada untuk mendakwa mereka secara berasingan atau bersama.

b) Kepentingan Awam

Selepas seseorang pendakwa Syarie berpuashati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk mewajarkan pendakwaan, dia hendaklah seterusnya memberi pertimbangan samada berdasarkan kepada fakta kes yang boleh dibuktikan dan selepas melihat seluruh keadaan yang wujud di dalam kes tersebut dan juga kepentingan awam yang memerlukan kes tersebut di bawa ke muka pengadilan.

Dalam membuat pertimbangan berkaitan kepentingan awam bagi kes ingkar perintah atau penghinaan mahkamah ini perlu juga dilihat kepada keadaan yang berlaku di dalam mesyarakat seluruhnya. Sebagai contohnya seperti perlanggaran perintah berkaitan dengan hak penjagaan anak (hadhanah), perintah nafkah, perintah tegahan (interim) dan sebagainya. Selain daripada itu pegawai pendakwa dan pegawai penguatkuasa perlu peka kepada kritikan-kritikan oleh pihak tertentu yang sering mencemuh tentang penguatkuasaan kes-kes syariah terutama dalam usaha untuk menguatkuasakan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Untuk menyelesaikan masalah ini, setiap pihak adalah disarankan supaya menjalankan tugas masing-masing dengan jujur, cekap dan berkesan termasuklah JAKIM, JKSM, Jabatan Agama Islam Negeri dan Mahkamah.

Andaikata persoalan berkaitan dengan kepentingan awam tidak dapat ditangani dengan sempurna sebelum sesuatu pendakwaan dijalankan atau sebaliknya nescaya pelbagai cemuhan akan dibuat oleh masyarakat yang akan menjejaskan imej institusi agama Islam keseluruhannya.

Objektif Pendakwaan Penghinaan Mahkamah

Objektif pendakwaan adalah untuk membuktikan tertuduh telah melakukan kesalahan seperti yang dikemukakan dalam pertuduhan. Selain dari itu, tugas pendakwa dan juga peguambela ialah membantu hakim supaya beliau dapat membuat keputusan yang adil. Dalam hal ini kedua-dua pihak dipanggil sebagai pegawai mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berkaitan. Dari itu, tugas pendakwa adalah bermula dari seawal proses sesuatu kes itu bermula dan mempastikan segala prosedur diikuti bermula dari proses penerimaan maklumat, penangkapan, penyiasatan sehinggalah kepada penyediaan kertas siasatan. Sebagai contoh seperti;

(a) Kes boleh tangkap atau kes tak boleh tangkap.
(b) Hak-hak tertuduh semasa dalam jagaan pihak penguatkuasa.
(c) Prosedur pelepasan jika siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya perkara-perkara teknikal seperti ini tidak diberi perhatian ianya boleh menyebabkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan oleh mahkamah walaupun elemen-elemen lain tentang kesalahan tersebut dapat dibuktikan.

Pertuduhan Kesalahan Penghinaan Mahkamah

Apabila keputusan telah dibuat untuk meneruskan dakwaan terhadap seseorang di atas pertuduhan berkaitan kesalahan ingkar perintah atau penghinaan Mahkamah, pihak pendakwa hendaklah menyediakan suatu pertuduhan untuk difailkan kepada mahkamah yang berbidangkuasa. Prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi ialah tiap-tiap pertuduhan hendaklah jelas dan terang serta mengandungi semua butir-butir yang terkandung di dalam seksyen yang berkenaan.

Tujuan pertuduhan dibuat adalah untuk menunjukkan kepada tertuduh dengan tepat dan terperinci kes terhadapnya dan tidak boleh mengelirukan tertuduh. Oleh itu, tiap-tiap pertuduhan perlu menyatakan tarikh, masa dan tempat kejadian, termasuklah alamat yang lengkap serta bahan-bahan yang perlu dinyatakan seperti niat dan perbuatan serta seksyen dan enakmen berkaitan. Tujuan pertuduhan yang lengkap adalah untuk memberi faham kepada hakim tentang kedudukan kes itu dan jika berlaku kecacatan sesuatu pertuduhan itu boleh dibuat pindaan pada bila-bila masa sehingga sebelum menutup kes pendakwa.

Contoh pertuduhan yang difailkan di Mahkamah Syariah bagi kes ingkar perintah mahkamah yang dikategorikan sebagai penghinaan Mahkamah ialah:

“Bahawa kamu pada 23.1.98 lebih kurang jam 8.00 malam di hadapan rumah no. 33, Jalan Lili 4, Taman Lili, Nilai Impian, Negeri Sembilan telah mengoyak-ngoyak dan mencampakkan ke dalam longkang Perintah Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan Kes Mal No 05100-000-000 Tahun 2007.

Dengan itu kamu dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 iaitu mempersenda atau menyebabkan dipandang hina Perintah Mahkamah yang boleh dihukum di bawah Seksyen dan Enakmen yang sama di atas”.

Persediaan Perbicaraan

Setelah pertuduhan difailkan di mahkamah dan tarikh sebutan (tarikh jaminan untuk hadir di mahkamah) telah ditetapkan, pihak pendakwa perlu membuat persediaan yang secukupnya dan berada dalam keadaan selesa dan bersedia untuk membuat pendakwaan dengan penuh yakin. Selain daripada persediaan dari segi mental, kelengkapan fizikal perlu juga disediakan seperti, fail kes yang lengkap, Enakmen yang berkaitan, alat tulis dan keperluan-keperluan lain yang difikirkan perlu.

Apa yang lebih penting sebelum hadir di mahkamah, seseorang pendakwa Syarie itu perlu membaca, menyemak dan memahami kedudukan kes yang hendak disebut di mahkamah. Dalam keadaan ini, pendakwa Syarie perlu membuat persediaan jika tertuduh mengaku salah.

Antara persediaan yang perlu jika tertuduh mengaku salah ialah :
i- Penyediaan fakta kes secara bertulis dan satu salinan kepada mahkamah dan tertuduh. Sebelum menyediakan fakta kes ini, pastikan ianya dibuat dengan teliti untuk mengelakkan kekeliruan kepada tertuduh dan boleh memberi kesan terhadap pengakuan salah.

ii- Persediaan untuk berhujjah selepas tertuduh membuat rayuan. Dalam menyediakan hujjah ini antara faktor pemberatan hukuman yang perlu diambilkira adalah seperti berikut:

a) Kesalahan melibatkan kepentingan awam.
b) Kesalahan yang dilakukan adalah berat.
c) Kekerapan kesalahan yang dilakukan (berulang).
d) Keseriusan kes tersebut.
e) Kesan terhadap agama, ketenteraman awam dan moral terhadap masyarakat serta imej pihak berkuasa agama dan pentadbiran undang-undang Syariah.

Perbicaraan

Dalam perbicaraan penuh, tanggungjawab utama pendakwa ialah memanggil semua saksi-saksi yang telah memberi keterangan dan disenaraikan di mahkamah untuk memberi keterangan dengan pemeriksaan utama oleh pendakwa dan disoal balas oleh peguambela dan juga mahkamah, jika perlu. Tujuan pendakwa menyoal saksinya adalah bagi mendapat keterangan untuk membuktikan dakwaan terhadap tertuduh.

Selain dari itu, pendakwa bersama dengan peguambela juga bertindak sebagai pegawai mahkamah (officer of court) yang membantu hakim untuk memudah serta melicinkan perjalanan perbicaraan tanpa menimbulkan isu-isu yang tidak releven atau yang mengelirukan. Mereka perlu membantu hakim untuk memelihara imej mahkamah dan tidak menimbulkan suasana tegang dalam seluruh perbicaraan.

Soalan-soalan yang diajukan kepada saksi perlu dibuat dengan tenang dan terang. Hendaklah bersabar jika mana-mana saksi tidak dapat atau teragak-agak memberi keterangan kerana mungkin itulah pertama kali berada di kandang saksi dan sudah tentu berasa takut dan bukannya tidak mahu bekerjasama dengan pendakwa. Mungkin juga saksi itu terlupa apa yang ia telah nyatakan dalam keterangan beberapa lama dahulu. Jika perlu, pendakwa boleh memohon dari hakim supaya saksi merujuk kepada keterangannya. Sekiranya didapati saksi sengaja tidak mahu memberi kerjasama, pendakwa boleh memohon dari hakim untuk mencabar kredibilitnya. Proses ini jarang berlaku dan akan mengambil masa dengan prosedurnya (impeachment proceeding).

Saksi-saksi yang tidak dipanggil memberi keterangan, akan diserahkan kepada mahkamah selepas pendakwa menutup kes pendakwaan. Tujuannya supaya tertuduh boleh memanggilnya sebagai saksi. Jika tidak, barulah mereka dibenar pulang. Menurut keputusan kahakiman yang berasaskan kepada undang-undang keterangan, kegagalan pendakwa memanggil saksi memberi keterangan atau bertindak seperti di atas tanpa alasan akan menimbulkan anggapan bahawa saksi itu akan memberi keterangan yang bertentangan dengan kes pendakwa.

Peranan peguambela dalam soal balas saksi-saksi pihak pendakwa ialah mengajukan soalan-soalan yang terang dan tidak mengelirukan serta mengelak dari soalan yang menyakitkan hati atau menyentuh maruah saksi tersebut. Tujuan utamanya adalah untuk membuktikan bahawa saksi tidak bercakap benar. Kedua-dua pihak perlu patuh kepada arahan hakim yang menentukan soalan yang releven atau sebaliknya dan keterangan yang boleh diterima (admissible) atau tidak. Arahan hakim yang dipertikaikan dalam proses itu boleh dibawa ke Mahkamah Tinggi kemudiannya sekiranya ada rayuan.

Beban Bukti

Di dalam perbicaraan penuh, kewajipan pendakwa ialah membuktikan tertuduh telah melakukan kesalahan seperti di dalam pertuduhan. Tertuduh dianggap tidak bersalah sehinggalah ia dibuktikan bersalah. Dengan ini beban bukti di pihak pendakwaan adalah berat dan tanggungjawab tertuduh atau peguambela menjadi lebih ringan.

Kewajipan pihak pendakwa ialah membentangkan keterangan-keterangan yang membuktikan “melampaui keraguan yang munasabah” (beyond reasonable doubt) pada keseluruhannya. Mahkamah akan menilai dan menimbangkan beban bukti ini di dua peringkat perbicaraan iaitu peringkat pertama pada penutup kes pendakwa, mahkamah akan menimbangkan samada pendakwa telah membuktikan “prima facie“ terhadap tertuduh. Jika mahkamah berpuashati tertuduh akan diperintah membuat pembelaan diri. Jika pendakwa gagal, mahkamah akan bebaskan tertuduh.

Peringkat kedua, selepas tertuduh membela dirinya dan selepas penutupan kes, mahkamah akan menimbang semula pendakwa telah membuktikan kesalahan tertuduh melebihi batas keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt). Jika didapati demikian, tertuduh akan disabit kesalahan dan akan dihukum. Tanggungjawab tertuduh hanyalah untuk menimbulkan keraguan yang munasabah (raise a reasonable doubt) ke atas kes pendakwa. Jika keadaan seperti ini berlaku, mahkamah akan melepaskan dan membebaskan tertuduh.

Tindakan Selepas Mahkamah Memberikan Penghakiman

Jika tertuduh dijatuhkan hukuman samada didenda atau dipenjarakan, pihak pendakwa dan pegawai penguatkuasa hendaklah mempastikan tertuduh selesai melaksanakannya. Tugas untuk menghantar tertuduh ke penjara adalah menjadi tanggungjawab pegawai penguatkuasa agama sekiranya tidak ada bantuan daripada Polis Mahkamah.

Sekiranya tertuduh dibebaskan, pendakwa yang bertanggungjawab hendaklah merujuk kepada ketua pendakwa Syarie untuk mendapatkan arahan selanjutnya. Ketua pendakwa Syarie hendaklah menggunakan pertimbangan yang wajar dalam membuat keputusan untuk menentukan samada sesuatu keputusan/hukuman itu perlu dirayu atau sebaliknya.

(I) Jika kes dibuang tanpa memanggil tertuduh untuk membela diri (diperingkat prima facie kes) sewajarnya kes tersebut dibuat rayuan.
(II) Jika kes dibuang selepas tertuduh dipanggil membela diri, rayuan tidak wajar dibuat kecuali wujud kekhilafan undang-undang yang nyata.

TATACARA PENGHINAAN MAHKAMAH OLEH PIHAK YANG BERKEPENTINGAN

Jika permohonan penghinaan mahkamah itu difailkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, pemohon hendaklah memfailkan satu notis tunjuk sebab bagi kesalahan penghinaan yang dikatakan dilakukan itu dan dialamatkan kepada orang tersebut. Notis tunjuk sebab tersebut hendaklah difailkan ke Mahkamah dan Mahkamah hendaklah mendaftar dan membicarakan permohonan tersebut mengikut undang-undang yang diperuntukkan.

Notis supaya menunjukkan sebab mengapa tindakan atau prosiding tidak boleh diambil terhadapnya hendaklah disampaikan ke diri orang yang dikatakan melakukan penghinaan itu. Orang itu hendaklah diberi peluang untuk membela diri termasuklah mendapatkan khidmat guaman dan memanggil saksi-saksi bagi pihaknya. Prosiding itu mesti dicatat oleh hakim dan boleh didengar oleh hakim yang sama (yang mengeluarkan perintah yang diingkari itu). Seksyen 229 (3) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 memperuntukkan:

(3) Dalam hal penghinaan yang dilakukan di luar Mahkamah, notis supaya menunjukkan sebab mengapa tindakan atau prosiding tidak boleh diambil terhadapnya hendaklah disampaikan ke diri orang yang dikatakan melakukan penghinaan itu.

Jika orang itu gagal menunjukkan sebab, atau gagal memuaskan Mahkamah, maka dia boleh dikomit ke penjara selama tidak lebih dari 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000. Peruntukan mengenai hukuman ini ada dinyatakan di bawah seksyen 229 (1) Enakmen yang sama yang memperuntukkan:

(1) Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memulakan prosiding terhadap mana-mana orang kerana menghina mahkamah dan boleh, dalam prosiding sedemikian, membuat suatu perintah pengkomitan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau boleh mengenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.

Bagaimanapun, sebelum tindakan mengkomitkan seseorang yang melakukan kesalahan penghinaan mahkamah itu diputuskan oleh Mahkamah, Mahkamah hendaklah berpuashati bahawa orang yang menghina mahkamah itu harus dikomitkan ke penjara. Perintah pengkomitan ke penjara hendaklah ditetapkan bahawa pesalah itu hendaklah dipenjarakan sehingga pesalah itu membersihkan diri dari kesalahan penghinaan mahkamah itu dengan meminta maaf tanpa syarat kepada Mahkamah dan orang lain yang ada kepentingan dan juga mematuhi perintah Mahkamah yang diingkari atau memberhentikan perbuatan lain yang menghina Mahkamah dan sekiranya pesalah gagal berbuat demikian, pesalah akan dipenjara sehingga tempoh yang ditetapkan oleh Mahkamah yang tidak melebihi had maksima penjara bagi kesalahan menghina mahkamah .

Tiada apa-apa permohonan atau tuntutan dari orang yang dituduh menghina mahkamah itu boleh didengar oleh Mahkamah selagi perintah penghakiman terdahulu belum dipatuhi dengan sepenuhnya .

Setakat ini tidak ada satu tatacara khusus untuk mengendalikan prosedur penghinaan mahkamah melalui notis tunjuk sebab yang difailkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Di dalam kes Roslaili bt Abdul Ghani lwn Ahmad Azman bin Yaacob , Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Selangor telah memberikan panduan mengenai tatacara penghinaan mahkamah. Menurut YA HMTS Shah Alam sewaktu membacakan penghakiman kes tersebut;

Mahkamah ini berpendapat prosedur-prosedur yang sedia ada diamalkan di mana-mana Mahkamah boleh dijadikan panduan”

Antara panduan yang diberikan dari kes tersebut ialah;
1. Pihak Pemohon perlu membuat permohonan pada mahkamah untuk Mahkamah mengeluarkan Notis Tunjuk sebab. Notis permohonan tersebut yang ditandatangani Plaintif atau peguamnya hendaklah disokong ole affidavit. Permohonan tersebut boleh dibuat secara ex parte. Tujuan ex parte adalah untuk menegah defendan melupuskan apa-apa ‘subject matter’ atau membuat apa-apa helah dengan permohonan tersebut;
2. Mahkamah perlu meneliti Notis tersebut dan juga affidavit yang digunakan. Sekiranya Mahkamah berpuashati yang Notis Tunjuk Sebab tersebut adalah munasabah dan pelanggarannya adalah menghina mahkamah, Mahkamah boleh perintahkan satu Notis Tunjuk Sebab disempurnakan ke atas pihak Defendan;
3. Oleh kerana tidak ada satu borang Notis Tunjuk Sebab dimuatkan dalam Enakmen Prosedur Mal Mahkamah Syariah, pihak Perndaftar boleh membuat satu pekeliling berkenaan dengan perkara tersebut;
4. Notis tunjuk sebab diserahkan secara kediri kepada Defendan bersama dengan Afidavit yang digunakan dalam permohonan untuk dikeluarkan Notis tersebut;
5. Sekiranya defendan tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan, waran tangkap boleh dikeluarkan;
6. Pada tarikh yang ditetapkan, defendan akan diperiksa oleh Mahkamah secara lisan atau dibenarkan dengan Afidavit terhadap dokumen menghina Mahkamah tersebut;
7. Sekiranya tunjuk sebab diterima dan diputuskan oleh Mahkamah sebagai tidak menghina Mahkamah, Defendan dilepaskan;
8. Sekiranya Mahkamah tidak menerima tunjuk sebab berkenaan, Mahkamah perlu membuat hukuman di bawah seksyen 229 dan Perintah Pengkomitan dikeluarkansekiranya hukuman penjara dikenakan;
9. Sekiranya pengkomitan berkenaan penghutang penghakiman dan Defendan telah dipenjarakan, Penghutang boleh dilepaskan jika penunaian hutang telah dibuat.

Dalam kes ini, pemohon, iaitu Roslaili telah mendakwa Responden telah gagal mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor terutamanya mengenai hak lawatan anak. Pemohon telah mengemukakan satu notis tunjuk sebab beserta affidavit dan setelah meneliti affidavit Responden serta memeriksa Responden, Mahkamah mendapati Responden tidak terjumlah sebagai melanggar perintah mahkamah dan permohonan mengkomitkan Responden kerana menghina mahkamah adalah ditolak atas alasan perintah asal tidak menetapkan secara jelas mengenai hal lawatan anak dan tidak ada pula perintah lain dikeluarkan oleh mana-mana mahkamah mengenai alamat atau tempat mengambil anak tersebut.

Dalam memutuskan sesuatu pelanggaran perintah itu terjumlah di dalam kesalahan penghinaan mahkamah atau tidak, pendekatan yang diambil hendaklah secara berhati-hati dan berhemah. Kesalahan penghinaan mahkamah adalah tidak sama sepertimana kes jenayah yang lain walaupun pendekatannya adalah hampir sama. Bagi penghinaan mahkamah akibat pelanggaran perintah, isu yang perlu ditimbulkan adakah pelanggaran kepada perintah tersebut berlaku?, jika berlaku adakah pelanggaran tersebut suatu tindakan yang menghina kredebiliti mahkamah?. Jika tidak terdapat unsur-unsur tersebut, sesuatu pelanggaran terhadap perintah mahkamah tidaklah terjumlah sebagai suatu penghinaan mahkamah. Di dalam kes Hasnan bin Yusuf lwn Yasmin bt Mohd Yacob, (2008) JH 25/I, 89, YA HMTS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menegaskan;
“(1) Sama ada Responden melakukan pelanggaran terhadap perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 18hb Mei 2004;
(2) Sekiranya perintah dilanggari, sama ada Mahkamah merasa terhina dengan pelanggaran tersebut dan sama ada Responden telah berjaya atau berupaya memberi sebab atau alasan yang wajar dan boleh diterima oleh Mahkamah supaya Responden tidak dikenakan perintah pengkomitan atas kegagalan Responden mematuhi perintah.”


Di dalam kes ini, Pemohon telah mengemukakan suatu Notis Tunjuk Sebab supaya Responden dikomitkan kerana melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan sebelumnya mengenai hak lawatan dan bermesra dengan anak. Dalam affidavit Pemohon, beliau menjelaskan Responden telah menghalang Pemohon dari berjumpa dan bermesra dengan anaknya. Setiap kali Pemohon melawat anaknya, Pemohon hanya dibenarkan bermesra dengan anak melalui celah gril (besi jeriji) pintu rumah dan tidak dibenarkan bermesra secara sempurna dengan anaknya. Responden sewaktu memberikan tunjuk sebab beliau telah bertindak menghalang pemohon dengan mengunci gril dan membiarkan Pemohon bermesra dengan anaknya dengan dibatasi oleh gril rumah kerana Pemohon pernah melarikan anak tersebut selama enam bulan sewaktu anak tersebut di dalam jagaan Responden. Tindakan Pemohon tersebut memaksa Responden memfailkan suatu perintah sementara dan waran tangkap pernah dikeluarkan kepada Pemohon supaya hadir dalam prosiding tersebut dan seterusnya menyerahkan anak. Responden juga beberapa kali membuat laporan polis akibat berlakunya kacau ganggu yang disyakki didalangi oleh Pemohon. Atas alasan-alasan tersebutlah Responden menghalang Pemohon dari bermesra dan bersama anak dengan membatasinya diluar rumah dan gril yang terkunci kerana bimbangkan keselamatan anak tersebut dari dilarikan kali kedua oleh Pemohon. Mahkamah akhirnya memutuskan pelanggaran perintah mengenai hak lawatan dan bermesra dengan anak yang dilakukan oleh Responden adalah munasabah dan perlakuan tersebut tidak terjumlah sebagai penghinaan Mahkamah. Bagi menyelesaikan kekusutan mengenai hak lawatan tersebut, Mahkamah telah mengeluarkan suatu perintah baru dengan mengubah hak lawatan yang lebih adil kepada kedua-dua pihak.

Perintah Hendaklah Diserahkan Sebelum Tindakan Penghinaan Dibuat

Perlu diingatkan disini, sesuatu Notis tunjuk sebab untuk mengkomitkan seseorang yang dikatakan menghina mahkamah kerana tidak mematuhi sesuatu perintah hendaklah disampaikan kepada responden terlebih dahulu sebelum tindakan penghinaan dibuat. Ini bermakna, sesuatu perintah asal sebelum dikatakan tidak dipatuhi oleh responden hendaklah diserahkan dan berada dalam pengetahuan responden. Kegagalan menyerahkan perintah tersebut menjadi satu pembelaan kepada responden dan boleh mengelakkan responden dari dikenakan perintah komitan kerana menghina mahkamah. Dalam kes Azman Abdul Talib lwn Suhaila Ibrahim, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pahang Darul Makmur memutuskan permohonan pemohon untuk mengkomitkan responden kerana menghina Mahkamah akibat dari kegagalan Responden untuk mematuhi perintah sementara hadhanah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah sebelumnya adalah ditolak, kerana Mahkamah mendapati pemohon telah gagal menyerahkan perintah hadhanah sementara tersebut kepada responden, melainkan hanya mengepilkannya didalam affidavit bersama permohonan yang dibuat. Dengan tidak menyerahkan perintah kepada responden, Pemohon telah gagal mematuhi secara ketat kaedah yang ditetapkan. Selain itu, penggunaan draf perintah, dan tidak perintah bersih (termeterai) membawa padah kepada permohonan pemohon.

Penghinaan Oleh Pertubuhan Perbadanan

Kesalahan penghinaan mahkamah ini bukan saja boleh dilakukan oleh seseorang atau individu, bahkan ianya boleh juga dilakukan oleh pertubuhan perbadanan, agensi atau syarikat dan sebagainya. Jika penghinaan mahkamah itu dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa penghinaan itu dilakukan ialah pengarah, pengurus atau setiausaha pertubuhan perbadanan itu atau selainnya yang bertanggungjawab atas pengurusan pertubuhan perbadanan itu adalah juga bersalah melakukan penghinaan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa—

(a) penghinaan itu telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan itu tanpa persetujuan atau pembiarannya; atau
(b) dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan berlakunya penghinaan itu sebagaimana yang patut diambil olehnya dengan mengambil kira sifat jawatannya atau jenis tugasnya dalam pertubuhan perbadanan itu dan segala hal keadaan.

Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan atau mengambil apa-apa prosiding atas nama atau bagi pihak orang lain dengan mengetahui bahawa dia tidak dibenarkan dengan sahnya oleh orang itu, juga adalah dikira sebagai melakukan satu kesalahan menghina mahkamah.


*******************

Ini adalah sebahagian dari artikel yang dipetik dalam buku "Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Prinsip dan Amalan".