Google+ Followers

Sunday, June 29, 2014

Parti Yang Sedang Di Makan Anai-Anai...

UMNO berwajah Melayu...

Sesuatu yg lebih tepat bagi mengelakkan kita terlalu meletak harapan yg tinggi kalau kita sangkakan melayu itu umno, umno itu melayu.

PAS celup...

Sesuatu yg lebih tepat bagi mengelakan kita terlalu meletak harapan yg tinggi kalau kita sangkakan Islam itu PAS, PAS itu Islam.....

Sekurang-kurangnya hati kurang sakit kalau ada yg celakakan umno kerana umno tidak lagi wakili melayu...
sekurang-kurangnya iman tidak pedih bila PAS surong tarik soal hudud dengan DAP kerana Islam PAS hanya celup-celup....

Dalam umno ada liberal soal melayu, dalam pas ada liberal soal Islam.



# DI DAP MCA MIC - ADA TERJUMPA KE MEREKA LIBERAL?

Saturday, June 28, 2014

Kalau tanpa UMNO, di mana MCA?

Samada musuh senang dijinakan di dalam atau di luar kandang bergantunglah kepada kebijaksanaan UMNO. Sebelum ini pun MCA memang sudah jadi gunting dalam lipatan.

MCA kena sedar diri, masuk kabinet atas EHSAN selepas sendiri cakap tak serupa bikin. Kena sedar menang beberapa kerusi dan DITOLAK  MAJORITI OLEH BANGSANYA SENDIRI.
Tugas utamanya ia meyakinkan kaumnya sendiri atas kebolehan mereka untuk tidak menjadi tauke dan kayakan diri sendiri dan bukannya cuba mengganggu dan mempertikaikan ugama dan kaum bangsa lain.

Setiap kali pilihanraya, MCA lebih jadi tukang tengok membiarkan UMNO bertungkus lumus mendekati pengundi..kenapa tak nak jadi equal partner bila bekerja? 

Jika berada dalam kandang kambing, belajar mengembek, bukannya menyondol.

MCA bukan sahaja tidak layak untuk mengangkat dirinya sendiri sebagai partner UMNO dalam perkongsian kuasa
, malah sebagai budak pejabat pun belum tentu layak. Itupun nasib baik bersama UMNO, kalau bersama DAP, MCA hanya layak jadi tukang cuci jamban DAP.



#
Tanpa Nama berkata...
Kenapa tuhan mengharamkan umat islam memakan daging babi dan anjing sehingga tersentuh pun perlu disemak. Kedua binatang ini melanggar perintah nabi noh sikap haiwan babi yg tamak suka menyodol saja hak org lain punya ditakuti sifat macam babi ini terjadi pada umat islam.
Dalam kapal (kesah kapal nabi Noh)  itu binatang dilarang mengawan kerena akan bertambah penumpang namun tidak dipedulikan oleh anjing akan larangan itu hingga disumpah bila mengawan akan melekat.
Perbuatan mereka yg ingkar dilaknat tuhan hingga tersentuh pun merupakan najis. Cina yg kuat makan babi akan membawa tabiat babi yg bersikap tamak, tidak peduli hak org lain, semua dia nak pulun.

Ini Ramadhan Terakhir Ku..

Friday, June 27, 2014

Petronas atau Pengganas..

Pengkukuhan melayu liberal di dalam politik umno kini meresap ke dalam Petronas....








KUALA LUMPUR 26 Jun - Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan rasionalisasi subsidi minyak memandangkan banyak aspek perlu diambil kira.
Timbalan Menteri Kewangan,  Ahmad Maslan berkata, kerajaan akan mengutamakan kepentingan rakyat berpendapatan rendah dalam membuat sebarang keputusan bagi memastikan matlamat pemberian subsidi tercapai.

Beliau berkata, tahun ini kerajaan menjangkakan perbelanjan subsidi minyak menurun RM2.4 bilion kepada RM22.4 bilion berbanding RM24.8 bilion pada tahun lalu.

Thursday, June 26, 2014

UMNO dan PAS saling mendahului...

Dari perjuangan sebuah negara Islam, PAS memperlihatkan kesungguhannya dengan menukar ke nada perjuangan Negara Kebajikan ketika berpeluk rapat dengan DAP walaupun diejek hebat oleh UMNO.
Hasil luarannya tanpa disangka PAS For All kini diterima baik masyarakat cina...walaupun hasil dalamannya PAS tidak menang banyak kerusi.

Kerjasama itu lebih menguntungkan DAP.

Menyedari realiti, UMNO kini turut menuruti langkah PAS dengan mengambil pendekatan "liberal" dan secara beransur menghilangkan identiti terlebih melayu sebagai teras perjuangannya. Perlantikan Kj sebagai menteri merupakan detik awal fahaman liberal mula diresapkan kepada akar umbi dan kepimpinan umno.

Keliberalan ini makin nyata kukuh dan berpengaruh untuk menenggelamkan suara Melayu purba di dalam UMNO. Kalau masih nak lihat UMNO lama, UMNO zaman dulu kala..sedikit sebanyak ada pd perkasa.

Hakikatnya, dengan pertukaran nada PAS dan UMNO ini.....Melayu dan Islam sedang berenang sendirian...

Berbeza dengan DAP yg masih ditakok lama, mengutamakan kecinaan dari segalanya telah hampir
berjaya melenyapkan sepenuhnya MCA dan Gerakan...malah mereka berjaya menanam rasa kebencian yg tinggi kpd umno.
Kini mereka selangkah lagi kedepan dng memberi tempat kpd Melayu asal shj melayu itu akur dan mudah dilenturkan dng dasar parti...




Muhyiddin dikekalkan dalam kabinet dapur najib.

Ayuh ahli2 UMNO, ahli2 BN..kabinet dapur najib sudah siap..

Tambahan lantikan dan tiada siapa yang digugurkan menunjukkan kerajaan hari ini yang diketuainya sendiri adalah yang terbaik. 
Najib telah dengar dengan jelas suara penyokongnya.

Kenapa perlu dipertikaikan? Itu kuasa mutlak PM dan sudah diperkenaan DYMM Di Pertuan Agung mengikut Perlembagaan - teriak macainya...

Pemimpin2 cina yang dilantik adalah pemimpin yang majoritinya sudah ditolak oleh kaumnya, low class, low qualiti, reject shop mari.. mereka menang di kawasan masing2 atas ehsan kaum lain. Mereka jugalah yang menjilat ludah sendiri bila diawalnya berikrar tidak akan menerima jawatan kerjaan tetapi hari ini berubah ...kini Najib pungut jadikan perhiasan.

Bagaimana mereka yang tidak digugurkan - tidak penting berfungsi, asal setia.

Kenapa pula hanya Md Said bekas MB Terengganu sahaja yang digugurkan sebelum ini - apa dosa besarnya? dosa terhadap najib atau terhadap rakyat?

Wednesday, June 25, 2014

siapa mcm monyet air dapat pisang?

benarkah rakyat dan kerajaan malaysia betul2 serius dan caring atas apa yg menimpa dan telah berlaku ke atas oku firdaus dullah.

hingga hari ini masih saling menyalahkan kerajaan atau ibunya lola tanpa memgetahui isi realitinya.

Begitu juga wardina yg macam bagus sangat sampai membuat perbandingan dng negara kesayangan nya australia.

Hakikatnya  di dalam dunia ini, di seluruh negara,,di setiap negeri, pada setiap daerah malah pada setiap komuniti, situasi nasib seperti firdaus dullah ujud sebelum ini, sekarang dan di masa akan datang.

apa yg nak disarankan ialah tingkatkan kecekapan dan kurangkan kerenah birokrasi jabatan kebajikan masyarakat dan org2 yg pandai ckp asyik nak salahkan kerajaan, turunlah ke padang, berhentilah ckp mcm monyet dalam zoo disuap pisang.

Tuesday, June 24, 2014

Suami dapat, adik juga dapat..

Secara umum dan keseluruhannya aku tidak sokong pembangkang walaupun kerajaan sekarang dalam situasi yang hampir sama dengan pembangkang. Bagaimanapun bila ada isu atau berita yang dikaitkan dengan kerajaan melibatkan pemimpinnya walaupun berita itu datangnya dari pembangkang.

Maka sewajarnya diberi perhatian dan di analisa, lebih penting dari itu rakyat ingin mendengar jawapan dan penjelasan. Jika mendiamkan diri atau cuba2 memekakan telinga akibatnya buruk sekali dan persepsi bertukar menjadi 'betul'.

PM cukup cepat memberi respon berhubung khabar angin Muhyiddin akan bercuti panjang tetapi jangan pula jadi lembab untuk menjawab sesuatu yang lebih penting.
Kalau sekadar khabar angin boleh dijawab tentunya sesuatu yang fakta dan telah berlaku lebih mudah untuk menjawabnya.

Walaupun si mamat ini mungkin "mengadakan" cerita bagi menutup kekalutan dan kekecehon yang melanda partinya tetapi isu yang dibawanya perlu dijustifikasi.






Rafizi tak menang tangan, bakal bongkar satu lagi skandal rasuah
KUALA LUMPUR 25 JUN: Belum lagi selesai membongkar isu penswastaan konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dianugerah kepada kroni Umno, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kini menggenggam maklumat satu lagi skandal penyelewengan institusi pendidikan.
“Tak habis lagi saya selidik kronisme di UiTM, hari ini (semalam) saya dapat lagi satu kertas tebal penyelewengan di institusi Melayu juga. Tak cukup tangan.

“Saya dah belek-belek dan saya rasa yang baru nak siasat ini pun adalah skandal juga. Harap Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia), Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan lain-lain sama-sama banteras isu rasuah macam ini,” kata Rafizi di twitter.

Semalam, Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM Tapah.

Sebelum itu, beliau juga mendedahkan, konsesi yang diberikan kepada adik bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail turut mendapat manfaat daripada pemberian konsesi bagi membina UiTM kampus cawangan Puncak Alam, Selangor.
Manakala dua bekas Adun Umno di Selangor menerima konsesi untuk pembinaan UiTM kampus cawangan Jasin, Melaka.

Rafizi sebelum ini mendedahkan kerajaan memberikan konsesi selama 23 tahun kepada syarikat kroni untuk membina enam kampus cawangan UiTM seluruh negara.
 
Jumlah keseluruhan bayaran tersebut adalah sebanyak RM8.6 bilion iaitu lima kali lebih tinggi berbanding kos membina sendiri kampus-kampus ini iaitu RM1.8 bilion.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62028


Apakah ini isu yang baru diketahui Rafizi memandangkan ia tidak ditimbulkan semasa PRK Teluk Intan atau sengaja disimpan untuk tidak membantu kemenangan calon DAP ?

Monday, June 23, 2014

Tengok sat..mana yang lebih gedik..

Add caption

Bila Kerajaan Nak cerdik ??

Samada kerajaan pandai atau kerajaan bodoh atau yang lebih teruk dari itu, beberapa perkara ini tolonglah, tolonglah. tolonglah  dihapuskan sama sekali, dibenteras dan di ambil tindakan yang paling tegas dalam dunia.

1. Penghinaan ke atas mana-mana ugama.
2. Penghinaan ke atas mana-mana kaum.
3. Penghinaan kepada Kesultananan Melayu.
4. Penghinaan atau memburukkan negara tanpa fakta kukuh.
5. Akta Hasutan, Pengkhianatan, Penderhakaan dan Fitnah.
6. Kembalikan ISA.


SEMUA INI BANYAK KAITAN DAN MEMERLUKAN PERANAN ZAHED HAMIDI UNTUK MEMPENGARUHI PERDANA MENTERI SEBELUM TERLEWAT @ SEBELUM DIA SENDIRI BERPINDAH JAWATAN !!

Sunday, June 22, 2014

LAIN POKOK YANG DIGOYANG, LAIN PULA BUAH YANG AKAN GUGUR !!!

Apa perkembangan Hadi Awang, Presiden PAS sekarang,



seperti tiada maklumat terkini.

Apakah situasi PAS sekarang terutama PAS Selangor juga sama keadaan dengan Hadi?

Pokok (Najib dan Khalid Ibrahim ) yang digoyang tidak juga gugur, rupanya buah yang lebih ranum akan bersepai ke bumi.

Saturday, June 21, 2014

Kenapa mahyuddin tak cuti panjang... ??

Penafian telah dibuat oleh kedua-duanya, muhyiddin dan najib - penafian untuk muhyiddin bercuti panjang...

2. jika khabar angin muhyiddin mahu bercuti panjang - apa perlu najib campurtangan dan nafikan, apa keperluan najib berbuat demikian kerana isu yg diributkan bukannya muhyiddin menghantar surat letak jawatan atau akan dipecat?

3. Perhatikan penafian mereka - apakah ada unsur "mereka tidak mempunyai masalah sefahaman atau berbeza pendapat"

3. Muhyiddin jika bercuti panjang boleh mendatangkan perpecahan melayu !!! Itu tanggapan ramai dan umum. Apakah bermaksud cuti panjang tersebut mempunyai agenda menarik keluar ahli umno untuk satu penubuhan parti baru?
Apakah percutian panjang Muhyiddin menimbul atau mendatangkan desakan untuk Najib juga turut kena cuti panjang?
Apakah umno tidak takut takut satu lagi penubuhan parti melayu baru asalkan bukan Muhyiddin yg mengetuainya?
Apakah menyimpan kekal muhyiddin di dalam umno lebih bertujuan untuk membolehkan umno dilihat masih melayu?
Muhyiddin dipujuk tidak bercuti panjang?

4. Di dalam blogg penulis ternama ada disimpulkan:
a. Najib kekal sehingga PRU akan datang
b. Muhyiddin tifak akan tanggalkan jawatan tersebut kerana untuk dapatkan tidaklah mudah.

5. Ada juga disebut, tidak siapapun di dalam umno yg berani menentang najib kerana di dalam almari JPM - sarat dengan file mereka?
Apakah mahyuddin juga jatuh dalam kategori ini?





#aku benar2 merepek kali ini...

KEMASKINI: siapa yg nak bantu Najib

kemaskini 22jun
sesuatu yg anda kena tahu:

1. Najib sedang sebok membangun negara, tetapi kenapa ramai yg mcm tak suka....
2. Najib juga Melayu dan Islam kenapa kita tidak sokongnya, kenapa kita sekongkol dng lebih ramai cina dan india yg tolak Najib dan celakakan melayu?
3. Najib tak peduli orang sebok membencinya kerana dia sebok bersama dengan ramai lagi yg masih sukakannya.


posting asal 21jun
untuk majukan negara, apa yg boleh kita bantu najib?

itu sahaja yg umno ada

oleh kerana keadaan di dalam umno sudah terkawal kini, najib dan muhyiddin kekal menerajui umno...

itu adalah pilihan ahli dan pemimpin umno, itu sahaja yg mereka ada untuk diperagakan kpd rakyat...

kita doakan yg terbaik buat mereka.

Friday, June 20, 2014

Pesanan kpd Najib dan Muhyiddin..

Bahasa politik yg anda berdua gunakan, samada menafi atau mengaku cukup sefahaman adalah suara dan bahasa badan pemimpin politik yg rakyat sudah terbiasa...terlalu banyak rekod2 lama yg seiras.

Bagi rakyat, siapa yg berundur atau siapa yg terus nak tunggu sesuatu jawatan terpulang kpd kebijaksanaan anda sekelian...sejarah ada di dpn mata..mantan PM dan Mantan TPM ada yg sudah mati dan ada yg masih hidup.. rakyat mengukur mereka dan selepas ini giliran anda pula dinilai.

setakat mana amanahnya anda memikul tanggungjawab !!!!! jangan main2 dng nilaian dan sumpahan rakyat...rakyat bukan bermaksud ahli umno shj, ahli bn shj, ia termasuk juga rakyat yg tidak mengundi anda...anda ada tanggungjawab di situ.

Dan setakat mana anda sampai di sini? menang bertanding? atau ada prasyarat menang tidak bertanding?

dan akhir sekali apabila anda berdua dijolok kononnya tidak bersefahaman....janganlah cepat melatah, terguris setakat persepsi. ts muhyiddin tidak miskin jika berundur sebagai tpm, najib sendiri tidak tandus untuk mencari pengganti...

ingatlah kami, kami rakyat lah yg selalu dijolok dng pelbagai isu dan perkara... melayu dicelaka, Islam dipersenda, kos sara hidup meningkat...dan pelbagai lagi aksi monyet pemimpin bawahan anda...

itu yg patut anda sensitif dan melatah

Thursday, June 19, 2014

Salam Perjuangan - ts muhyiddin

alhamdulillah...angin kencang menyatakan ts muhyiddin akan bercuti panjang...

sewajarnya membolehkan umno betul2 mempunyai team najib. Sebelum ini ts muhyiddin kelihatan "berseorangan" di dalam kepimpinan.
Menang tidak bertanding Timbalan Presiden atas ehsan najib ?

Rombakan kabinet akan lebih bermakna jika zahed, ku nan, hassan malek dan kj diberi peluang kenaikan pangkat !


# jamil khir juga wajar bercuti .

Wednesday, June 18, 2014

siapa nak sokong MAIS

arahan mb selangor dan peguam negara supaya mais serahkan buku bible melayu kpd pihak kristian dijawab " no" oleh mais.

arahan mb dan peguam negara adalah arahan pentadbiran @ menasihati dan sudah pasti untuk lebih sah dari segi perundangan, mereka perlu dapatkan perintah mahkamah. mengabaikannya bukan bererti mais dalam kedudukan bersalah.

perkara inipun sewajarnya mendapat kata pemutus dari Sultan Selangor selaku Ketua Ugama Islam Negeri Selangor kerana mais terletak secara langsung kebawah duli.
buku itu membawa kemudaratan dan jika ada kompromi pun, kerajaan selangor wajar membayar kos percetakan kpd pihak gereja dan buku itu boleh dimusnahkan oleh mais sebagai satu penyelesaian.

arahan dari mb dan peguam negara yg buta hukum ilmu Al Quran sewajarnya dipertahankan mais.

apa pendirian kita

Tuesday, June 17, 2014

SAMAN...UTUSAN TIDAK MUNGKIN SIARKAN...


1. SESUATU YANG TAK MUNGKIN UTUSAN MALAYSIA AKAN SIARKAN..
2. KEPADA MEREKA YANG TIDAK MEMBACA HARAKAH..
3. JOM KITA LUPAKAN FAHAMAN POLITIK MASING-MASING...JOM KITA SAMA-SAMA BERSETUJU..
4. @ ADA YANG TIDAK SETUJU KOT..


TIPS BILA BERHADAPAN DENGAN OPERASI WARAN TANGKAP TRAFIK

SUATU HARI DI JALAN RAYA...
Jai (bukan nama sebenar) sedang memandu kereta dari Kota Bharu ke KL melalui Lebuh raya Pantai Timur (LPT). Apabila tiba di suatu tempat ada Polis buat Operasi (Ops Warta Khas) untuk mencari pemilik saman yang enggan membayar saman. Kata SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, ada lebih kurang 1.9 juta saman tertunggak dan waran tangkap yang belum selesai.

Polis: Encik... tolong ke tepi ya...

Jai pun memandu ke bahu jalan dan berhenti.

Polis: Mintak IC & Lesen Encik.

Jai keluarkan lesen & IC. Alhamdulillah lesen memandu masih hidup. Setelah memeriksa IC & Lesen Jai, Polis tersebut berkata.

Polis: Encik, ikut rekod kami, encik ada 15 saman tertunggak dan 1 waran tangkap. Jadi Encik kena ikut saya ke Balai.

Jai: Boleh tunjuk pada saya rekod yang encik kata tu?
Polis pun tunjuk kepada Jai rekod dalam komputer dan kemudian diprintkan kepada Jai.

Jai: Owhhhhhh ini rekod saja... mana samannya?? Saya tak pernah tau pun ada saman. Ini rekod saman ke notis? Yang waran tangkap tu kes apa? Bila saman keluar? Bila saya kena pergi mahkamah?

Polis: Encik, setakat sekarang ni, ini ja yang saya boleh tunjuk. Kalau encik nak lebih lanjut sila ke ikut saya balai.

Jai: OK la kalau macam tu jom kita ke balai. Saya pun nak juga tahu saman apa yang saya ada & waran tangkap tu kes apa.

** Rajin ke polis tu nak bawak Jai ke balai dalam dok tengah kalut operasi??**

Kalau ke balai. Di balai.

Polis: OK encik ini senarai saman dan waran tangkap yang encik ada.

Jai: Sama je, itu hanya rekod. Saya nak tengok saman. Nak tengok waran tangkap. Sebab saya nak tahu yg dlm rekod tu betul saman ke notis. Kalau encik tak boleh bagi sekarang, saya nak balik dulu. Saya ada kerja lain lagi nak buat.

Polis: Tak boleh macam tu Encik, kami ada bukti Encik ada saman tertunggak.

Jai: Ya la encik ada bukti tapi mana buktinya? Yang encik tunjuk tu rekod tapi mana samannya? Kalau tak ada, encik ambil nombor telefon saya, nanti bila ada bukti boleh telefon saya ya.

PEGUAM ZUL HAZMI SHARRIF


Sumber: Harakah daily

Monday, June 16, 2014

Melayu tunggu masa...

Pemimpin Melayu, Pemimpin Islam yg memegang jawatan dalam kerajaan atau mengetuai dan berkuasa dalam parti yg dari mana2 parti pun sekarang ini berada dalam kedudukan $&@?€,  %#£¥€£+&,  ke arah $&;:/#%^+, @@}>€££ dan &@$€¥£¥  &$?#%^^ tunduk dan dikuasai pemakan babi...

Ada sesiapa dapat tunjukkan siapa pemimpin Melayu dan Islam yg boleh "tidak" dalam kategori di atas ?

Sunday, June 15, 2014

PERHATIKAN NAJIB ! !!

catitan ini rengkas dan secara umum, detailnya kemudian..

Acapkali apa saja pengumuman najib tentang memperkasakan melayu ianya sekadar wayang untuk menutup satu lagi pengumuman selepas atau sebelumnya yg mengancam keistimewaan melayu dan Islam.

Lihat pengumuman najib sehari dua lepas dan tunggu seminggu dua lagi dan  lihat apa pula tindakan kerajaan untuk  melingkupkan Melayu dan Islam...

# pengumuman untuk melayu selalunya dlm tambahan peruntukan sekadar untuk menafikan kritikan najib tidak bantu melayu. itu sahajakah idea najib untuk bantu melayu di zaman yg serba mencabar ini, dlm ketika pemakan babi sedang menggasak luar dan dalam atas apa shj nama melayu dan Islam..

#jika najib boleh hapuskan ISA, tidak ada mustahil untuk najib mengambil keputusan dan tindakan yg lebih teruk dari itu untuk terus popular dan liberal, politik baru.

Saturday, June 14, 2014

PM Kena Pertimbangkan Semula Status Ketua Polis Negara.

Sebok betul Ketua Polis Negara - semua urusan keselamatan dia nak masuk campur... sesuai dengan tugasnya - Sewajarnya dilantik sebagai Ketua Keselamatan Dalam Negara

Sebok betul Menteri Belia, Ketua Pemuda UMNO, Naib Presiden UMNO, Mantan Mangkok Tingkat 4, Ketua Pemuda
Barisan, Melayu Liberal..  semua perkara dia nak menyebok. lantik dia jadi Menteri Pelbagaiguna. Orang bijak macam Kj tidak wajar dibazirkan untuk kemajuan negara.

"Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Zaid Ibrahim berpendapat, polis perlu mengambil tindakan terhadap perbuatan Izwan melarikan anaknya."

Tengok apa pula pemakan babi haramjadah di bawah nak buat / satu pemikiran dengan Kj and the gang:

KUALA LUMPUR 14 June - DAP has instructed all of its women and Youth state committees to lodge police reports against Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar for his apparent refusal to comply with Civil Court orders in inter-faith custodial cases.

"The DAP CEC instructs all DAP Wanita and DAP Youth state committees to lodge police reports against the IGP for being in contempt of the Federal Constitution and for gross failure to perform his statutory role by refusing to enforce and comply with civil court orders on child custody cases," its secretary-general Lim Guan Eng said in a statement, Saturday.


Friday, June 13, 2014

Bolehkah Orang Cina Janji Tidak Tipu?


Sejauh mana keikhlasan kerajaan terhadap masyarakat cina? Kepercayaan dan Keyakinan? 

Untuk menjawabnya bukan bererti 'yes' or 'no' tetapi mesti dibuktikan terutama dalam rombakan dan lantikan kabinet baru yang membabitkan MCA dan Gerakan. Najib perlu membuat reformasi yang nyata dan real, tidak terikat dengan cara lama.

Seperti yang diketahui, orang cina telah menguasai boleh dikatakan 100% ekonomi Malaysia, di mana sahaja perniagaan, sebut sahaja perniagaan tidak ada satupun yang tidak terlibat secara tidak langsung dengan orang cina...dari lahir hinggalah kahwin dan masuk liang kubur semuanya mesti bergantung kepada orang cina !!! 
Setakat mana kita pasti 'kain kapan' kita halal atau tidak,  kerana setakat ini tidak ada siapa yang mempertikaikan, tidak ada sesiapa yang buat ujian kimia dan sudah pasti setakat ini kain kapan kita belum ada cop JAKIM.

Kepintaran orang cina menguasai dan menguruskan ekonomi bukan teori semata-mata jika dibandingkan dengan orang Melayu, hatta orang India pun lebih baik dari orang Melayu, oleh itu sewajarnyalah Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan Dalam dan Luar Negeri diberi kepada orang cina untuk mereka terjemahkan dalam skala yang lebih besar dan menyeluruh.

Setakat mana kita yakin dan berani mempercayai mereka ? 
Atau sebenarnya inilah cabaran hebat untuk orang cina membuktikan bahawa mereka sebenarnya bijak, ikhlas, jujur kepada semua bangsa di Malaysia. Bolehkah mereka janji tidak tipu ? Bolehkah mereka kongsi ilmu perniagaan dan kongsi menghasilkan kekayaan kepada semua rakyat tanpa tipu?

# Adalah menjadi cabaran kepada kaum cina untuk keluar dari persepsi "raja tipu".
Janganlah terlalu benci UMNO yang dikaitkan dengan rasuah dan kroni kerana itu hanya sebahagian kecil dari "raja tipu"...cermin dulu diri sendiri





Bolehkah satu Mahkamah Tinggi Mengatasi satu lagi Mahkamah Tinggi...

Mahkamah syariah dan hakim mahkamah syariah telah dsahkan setaraf dengan Mahkamah 
Ttinggi.

Mahkamah Syariah telah membuat satu keputusan awal dalam satu kes yg dirujuk kpdnya.

Bagi situasi di atas bolehkah satu lagi Mahkamah Tinggi membuat satu lagi perbicaraan dan penghakiman bagi satu kes yg sama. apakah Mahkamah Tinggi ini tidak elert,,tidak diberitahu atau memang mengenepikan keputusan Mahkamah Syariah yg lebih awal membuat keputusan.

Jika,ini berlaku disebaliknya, Mahkamah Syariah mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi .
Apa pula reaksi pemimpin?  dan rakyat di sebelah sana?

Tolong betulkan fakta di atas jika ada kesilapan.  Wartawan perlu membuat sedikit pertanyaan kepada Peguam Kanan seperti Muhammad Shafiee Abdullah !! Rakyat keliru dengan kenyataan pemimpin seperti KJ, Nazri dan Zaid..

Jamil Khir wajar tidak mendiamkan diri.

DAN adakah Malaysia mempunyai Peguam Negara yg tidak berfungsi?

Thursday, June 12, 2014

Nak Tanya Dr Mahathir?...Najib tolong jawab

Mana yang lebih banyak di Malaysia ini:


Antara pemimpin dan rakyat, siapa yg tak kenang budi?

Antara pemimpin dan rakyat, siapa yg paling kuat rasuah?

Di dalam umno - siapa yg lebih pengkhianat - ahli atau pemimpin?

Di dalam umno - siapa yg lebih jujur - yg mengkritik atau yg memuji?

Kalau umno molek, rakyat aman, negara maju - 
Pembangkang akan Kekal Jadi Pembangkang Selamanya.

LEPAS DYANA, HANNAH YEOH PULA BUAT LIM KIT SIANG MENYIRAP?

Benarkah Khaled ke arah  membuat kejutan  dengan Selangor menjadi negeri pertama yang akan meluluskan hukum hudud, mendahului PAS Kelantan dan UMNO yang baru terkial-kial menubuhkan jawatankuasa. Ini berdasarkan gesaan DAP kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menjejak apa yang sedang diusahakan oleh Kelantan.

SPEAKER DUN SELANGOR TELAH MEMBENARKAN PERBAHASAN HUDUD DIBUAT ATAS PERMOHON DUN SG AIR TAWAR MEWAKILI UMNO !!!


 Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo berkata, beliau berikrar tidak akan membenarkan usaha itu menjadi kenyataan.

"Kami sudah berulang kali katakan, kami berpendapat bahawa sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan Perlembagaan.


"Justeru kami menentang sekeras-kerasnya cadangan memperkenalkan undang-undang syariah itu di negeri Selangor," 



Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, undang-undang jenayah hanya boleh diluluskan oleh Parlimen dan bukannya Dewan Undangan Negeri (DUN).



Wednesday, June 11, 2014

siapa budak hingusan yg cuba nak tunjuk lagak dengan Ketua Polis Negara

Berita ini agak hangat diperkatakan sekarang, puas sudah melayari beberapa blog ternama tetapi tak

jumpa...

difahamkan budak tu bertaraf menteri tetapi tiada kaitan dengan PDRM....mcm mana boleh keliru dan campurtangan tu?

kalau anggap cerdik dan nak kuasai semua, sabarlah..tunggu sampai jadi PM...baru dilantik jadi Menteri jaga budak2 tadika...dah nak tunjuk power, salah tempat tu wei...

sikap menteri over mcm ni jangan dibiarkan, elok zahed bagi peringatan kaw-kaw...jangan sampai jadi kebiasaan - jangan buat malu kaum.

Adalah lebih baik budak ini tidak memegang apa2 jawatan dalam kabinet atau kerajaan - pegang sepenuh masa jawatan politik dan lebih bebas memberi pandangan - itu akan lebih dihormat.i


DALANG SERANG PERLEMBAGAAN

Perlembagaan diserang, sasaran utama....

Hapuskan keistimewaan melayu
Islam bukan ugama rasmi
Hapuskan raja dan sultan melayu

ke arah
kebebasan berugama
kesamarataan

dalam borang dan dokumen:
tidak perlu jantina
tidak perlu bangsa
tidak perlu ugama

Apakah wajar melayu dan bumiputera berkompromi, BERKORBAN LAGI atas dasar berdikari..

jika ini datangnya dari mereka yg dulunya asal pendatang, kita boleh faham..
jika ada persekongkolan dari melayu dan Islam...itupun mungkin kita faham...melayu liberal, Islam liberal dan politik baru...

tetapi apakah ini memang sudah jadi sebahagian transformasi negara kerana seolah yg memangkin dan merestui pemimpin adalah kerajaan juga?

Kalau khaled nordin dengan lesspower pun boleh mengurus sehingga LPHJ diluluskan, apatah lagi yg ada kuasa besar dan kuat.

Berikut NGO-NGO ISLAM dalam sdiang medianya mengariskan beberapa keprihatinan awal tentang kandungan ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut:

i.            Pihak kami mendapati, Undang-undang yang cuba digambarkan sebagai usaha perpaduan ini dilihat tidak lebih daripada satu percubaan pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk mengeruhkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Pencadang telah secara semborono cuba mengangkat hak kesamarataan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan secara mutlak tanpa mempedulikan prinsip “positive discrimination” yang merupakan kekecualian dalam Perkara 8 itu sendiri dan turut tidak mempedulikan asas-asas pembinaan negara yang harmoni yang turut sama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3(1), Perkara 37 (1).

ii.            Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam memelihara hak keistimewaan orang Melayu yang hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 dan 38 Perlembagaan Persekutuan turut disentuh oleh penggubal deraf undang-undang ini. Penggubal seolah-olah cuba menyerlahkan sifat kebencian serta perasaan anti orang-orang Melayu dengan menggelarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan seperti ini dengan istilah-istilah seperti ‘discrimination’ dan ‘racial superiority’. Ini jelas merupakan satu sikap yang sangat tidak sensitif dipamerkan penggubal-penggubal tersebut yang mahu mengenepikan semua peruntukan terbabit.

iii.            Ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut juga mengenepikan kedaulatan Negeri-negeri dalam perbagai aspek hanya kerana terpaksa tunduk kepada prinsip kesamarataan yang terlalu umum yang dipegang oleh penggubal. Mereka yang telah menggubal deraf tersebut ternyata hanya menjunjung secara melulu konvensyen-konvensyen hak asasi manusia berkerangka liberal-sekular termasuklah International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Malaysia tidak meratifikasi ICERD dan tidak perlu tunduk pada konvensyen seumpama ini yang belum tentu merupakan model terbaik perpaduan dan keharmonian Negara.

iv.            Tidak cukup dengan rencah yang seolah-olah bersifat Anti Melayu, ketiga-tiga deraf undang-undang yang dicadangkan turut berisi nada yang menunjukkan sikap pelampau golongan Ekstremis Islamufobia apabila cuba melakukan suatu perkara yang mana penjajah British sendiri tidak pernah melakukannya. Kedudukan serta Kedaulatan Agama Negeri turut sama cuba diketepikan oleh penggubal deraf undang-undang tersebut. Kedudukan ini tidak pernah diganggu oleh British dan Kerajaan Persekutuan. Malah Agama Islam telah dimartabatkan sebagai Agama Negara dengan diberikan berbagai kedudukan terhormat dan perlindungan Perlembagaan seperti Perkara 3(1),(2), 11(4), 12(2), 37(1), 74(2) Jadual Kesembilan, 121(1A) dan Perkara 150(6A) .

v.            Pihak kami turut melihat cadangan penubuhan “Unfair Discrimination Tribunal” tidak lebih daripada satu percubaan untuk menghidupkan kembali hasrat menubuhkan Interfaith Commmision yang pernah ditentang dan berkubur satu ketika dahulu. Dengan pelabelan baru, “Unfair Discrimination Tribunal” dilihat akan merampas kuasa institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan perlembagaan, serta peranan Raja-raja Melayu sebagai ketua bagi agama Islam di negeri-negeri tanah Melayu. Kedaulatan Islam dilihat bakal dihempaskan ke bawah melaluinya dan bidang perundangan Islam akan sentiasa berada di bawah skrutini sebuah tribunal yang turut sama dianggotai oleh golongan bukan Islam.