Friday, March 13, 2015

Perbezaan Mahathir dan Najib - Jurang semakin luas...

Kemskini:

Ucapan di UMNO Kedah, siapakah yang Najib maksudkan "jemuan-jemuan" dalam UMNO..."

Bagi Najib menghapuskan musuhnya dalam UMNO lebih penting dari pembangunan rakyat Kedah..

Najib berkata usaha mengeluarkan UMNO daripada dibelenggu elemen ‘jemuan’ dan ‘tukang kipas’ yang menggugat perpaduan parti adalah penting.


Sudah tentu jemuan-jemuan ini mengganggu pemikiran Najib !!! Mereka cukup berkesan..sehingga menjadi keutamaan Najib.

“Ia lebih penting daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau cadangan convert loan (menukarkan pinjaman kerajaan Kedah) kepada geran, walaupun ia tidak kurang mustahaknya. Kalau bersatu dengan suara sepasukan, insya-Allah, UMNO akan terus menang, itulah ramuannya,” katanya.


Asal:
Perjumpaan tertutup Najib dengan 153 Ketua Bahagian UMNO tanpa kehadiran antaranya Muhyiddin dan
Mukhriz bagi menunjukkan "kekuatan" menimbulkan pelbagai persepsi.

Pertama, kenapa Muhyiddin dan Mukhriz tidak bersama kerana kedua pemimpin ini memang mempunyai keperluan yang kuat untuk menunjukkan tidak ada perbezaan di kalangan pemimpin UMNO, adalah kurang logik mereka tidak bersama atas urusan lain sedangkan perjumpaan itu sangat penting untuk menunjukkan soldiariti kepada Najib.

Samada tarikh itu dipilih untuk meminggirkan mereka atau memang sengaja kebetulan Muhyiddin dan Mukhriz mencari tugasan lain pada tarikh itu. Ini semua meninggalkan persepsi yang sepatutnya tidak diujudkan..

Kena juga diingatkan bahawa kehadiran 153 Ketua Bahagian itu atas nama solidariti kepada Najib hendaklah diterima sebagai kulit sahaja. Jangan memperkecilkan sebahagian Ketua Bahagian yang hadir kerana mereka juga mempunyai prinsip, agenda dan strategi masing-masing yang mungkin ditunjukkan apabila sampai masanya nanti.

Najib menang Presiden UMNO bukan atas pertandingan tetapi lebih kepada persetujuan bersama pada masa itu dalam lain perkataan memberinya peluang. Oleh itu tidak jelas setakat mana dia mendapat sokongan ahli UMNO dan Ketua Bahagian.

Serbaik sahaja selesai solidariti tersebut, Tun Dr Mahathir melalui blognya telah menulis sesuatu tentang 1MDB dan kesannya blog tersebut telah tidak dapat dilayari atas faktor-faktor kemanusiaan yang disengajakan !!!??

Bererti pertentangan terbuka masih berterusan dan sudah tentu Mahathir tidak keseorangan dan pasti pembangkang akan mengambil kesempatan. Persaolannya kenapa Najib dan team tidak bersemuka dengan Mahathir menyelesaikan once for all atau sememangnya TDM seseorang yang sukar difahami, buat perangai dan keras kepala !!!

Apapun, kebijaksanaan bergantung kepada Najib sebab dia yang menjadi fokus sekarang.

7 comments:

  1. 1. Mutakhir ini apa yang rakyat mahu pada pemimpin UNO?

    NAJIB DID NOT GIVE BACK TO THE RAKYAT WHAT THE RAKYAT WANT. LOOK AT ISA, TPPA ETC. ALMOST LOST SEDITION ACT

    2. Seiringan, apa yang ketua mahu dari akar imbi?

    SUPPORT, SUPPORT, SUPPORT EVEN GOING TO THE DOGS. THATS BAD FOR AKAR UMBI

    3. Adakah akar umbi telah diberi maklumat yang apa mereka hendak tahu?

    CERTAINLY NO. IN MELAKA HISHAMUDDIN MAHU AKAR UMBI DEFEND UMNO AND TOHMAHAN. WITHOUT INFO, CAN THEY DEFEND THE BOSS BLINDLY AND EFFECTIVELY?

    4. Adakah semua ketua bahagian faham dan telah menyalurkan informasi kepada akar umbi?

    A BIG NO. ....MOST KETUA BAHAGIAN CLUELESS. GOOD EXAMPLE CHERAS KETUA BAHAGIAN WAS MADE TO LOOK LIKE A STUPID FOOL BY AHMAD HUSNI ON STANDBY CREDIT.

    5. Kenapa TDM, TDZ, D.AKJ, D.ZAM dan ramai lagi kritikal keatas Pemimpin UNO?

    THEY HAVE SEEN THE PATH TO DESTRUCTION OF UMNO, FOUNDED BY TUNKU, DEVELOPED BY RAZAK, UNITED BY HUSSEIN, BROUGHT TO GREATER HEIGHT BY MAHATHIR, LULLED BY PAKLAH HADHARI AND IMINENT DESTRUCTION BY MAJIB

    wallahuaklam

    ReplyDelete
  2. Walai undi saya hanya 1
    Tp tetap bermaruah...
    Maaf Tok Jib
    I'm no longer with u..

    Mat Umno Pendang

    ReplyDelete
  3. inilah datuk seri najib kata blogger bangang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tak bangang, tikam presiden sendiri.

      Delete
    2. Wajib ditikam sebab memalukan diri sendiri dan rakyat dengan pakaian bogelnya. Apa erti sokong kalau sokong bawa rebah. Itulah erti bangang sebenar2nya

      Delete
  4. Tanam semula lebih baik dari menoreh pokok getah tua. Buang tenaga hasil tak seberapa..

    ReplyDelete
  5. bagus klu najib bertegas nak buang jemuan yg merosakkan umno dari dalam kerana jemuan plg besar dalam umno adalah rosmah mansor. beliaulah yang membuatkan rakyat meluat dengan umno. Klu najib tak percaya upahlah badan pengkaji antarabangsa terbaik dunia untuk buat kajian benarkah rosmah mansor punca sokongan umno terhakis. Pasti ramai tertunggu2 hasil kajian tu klu betul najib berani buat la. Jadi najib pls tegur isterimu dulu ya.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...