Saturday, March 14, 2015

Sampai Bila Muhyiddin Nak Jadi Tunggul



Cabaran Kepada Menteri Celik Ekonomi

Saya cabar dan gesa anggota kabinet yang celik ekonomi supaya bercakap benar. Saya tahu ramai anggota kabinet yang lebih tahu mengenai ekonomi, kewangan dan perniagaan berbanding Perdana Menteri.

Saya harap menteri celik ekonomi dan tahu hal perniagaan, termasuklah Timbalan Perdana Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, tidak terus membisu dan menjadi menteri tunggul.

Khusus mengenai Muhyiddin, beliau akan hilang kewibawaan dan akan mengecewakan ramai penyokongnya kalau beliau tidak terus tegas mengenai 1MDB, khasnya berkenaan penyelamatan (bail-out) syarikat itu - AKJ

http://kadirjasin.blogspot.com/2015/03/1mdb-ketua-juruaudit-negara-wajib-cepat.html

# Memperkatakan tentang Najib sebenarnya sudah lebih dari mencukupi. Ia seumpama kayu yang sudah dimakan anai-anai. Masih kelihatan elok..jika diketuk..dalamnya kosong. Lebih baik biarkan masa menentukannya.

Yang patut diberi perhatian, diberi nasihat, dibaiki dan diselamatkan ialah Muhyiddin, sudah agak lewat tetapi belum terlambat.

10 comments:

  1. Kita bersyukur kerana PM melayu mengasaskan kemerdekaan tanah melayu. Kita berterimakasih kerana PM melayu membangunan negara. Kita menghormati PM melayu menyatupadukan rakyat. Kita merasa bangga kerana PM melayu berjaya membawa negara pada satu tahap yang tinggi dan dihormati negara di seluruh dunia terutamanya negara2 islam. Malangnya kita rasa kecewa apabila PM melayulah yang menidurkan rakyat dengan hadharinya. Akan tetapi yang paling malang, PM melayu terkini bukan saja telah menghina PM2melayu yang terdahulu malah telah memusnahkan harapan dan aspirasi rakyat serta negara.

    Ya Allah.....selamatkan negaraku Malaysia dari PM melayu yang langsung tidak prihatin pada kehendak rakyat dengan memperlekehkan dan memperbangangkan bangsanya sendiri yang telah menaikkannya sebagai PM.

    DPM....sedarlah, bangunlah, bertindaklah, bersuaralah......angkat kaki dan pimpinlah kami dan negara agar menjadi PM melayu baru yang dapat menebus maruah PM2 melayu yang lain.

    ReplyDelete
  2. 1. YAB Najib yang tercorot,
    Kesombongan tak bertempatan
    Sokongan padu teruk merosot
    Turun anda sebelum diturunkan

    YAB Muhyiddin maju ke depan
    Jangan takut mulalah langkah
    Agar umno kekal dan relevan
    Takut merajuk BN tak dipangkah

    YB zahid, hisham dan shafiee
    Jangan diharap membela parti
    Dibelakang hero didepan bisu
    Konon solidariti tidur sekelambu

    YB Shahrizat kami bantu anda
    Wanita kuat jangan make donno
    Boleh bergoncang satu negara
    Bantu muhyiddin pulihkan umno

    YB Khairy tak usah dikira
    Kerja diberi tak pernah berjaya
    Kalau tidak kerana pak lah
    Lama dah tersungkur kalah

    YB Mas buatlah kerja mendesak
    Agar parti umno kuat kembali
    Jangan berdiam seakan budak
    Diberi 20 sen terus jauh lari

    To all divisional umno heads, can't you see
    The longer you wait destruction is even nearer
    Reality is never a match for hypocrisy
    Procrastination is the mother of failure

    To all umno members, listen it good
    For a choice has to be made, not into the wood
    Strong or weak leader, what do you prefer?
    Clueless president or proactive leader?

    To all sympathisers, pray to one and only ALLAH
    For only HE can give you direction and hidayah
    Let us all berdoa dan bermuhassabah
    If najib does not step down, prepare for the worstlah

    ReplyDelete
  3. Your poetry sir, is on point. Well said..

    ReplyDelete
  4. Merepek. Kalau dh tak suka semuanya reput semuanya karat. Siap dimakan anai2 lagi. 1mdb sedang diaudit, tunggu jelah laporannya. Kalau ada salah laku, pesalah dh tentu kena. Najib ke atau siapapun. Jangan lebih2 sgt bro, akupun kaki kritik najib, selalu tak puas hati tp masih tak suka kpd perpecahan. Nk ikut trend pas jugak ke? Kalau dalam pas ada pasma, dalam umno ada umngok ke? Oh, ko bukan ahli umnopun, sori....lalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Presiden mahu akar umbi bersatu
      KBU dijanjikan ganjaran puluhan ribu
      Kalau tak percaya dan rasa sangsi
      Sila rujuk putera raja Tengku Razaleigh

      KBU kata mereka sangat berpuas hati
      Diberi taklimat penjalasan tempuh hari
      Bersolidariti bersama presiden dan parti
      Namun masih keliru pada akar umbi

      Persoalannya jelas lucu dan jenaka
      Akar umbi saja wajib dan patut bersatu
      KBU bersolidariti diperguna dan diperkuda
      Namun presiden sendiri, berubah tak perlu

      Ada KBU sangat tinggi ilmu mengampunya
      Mengecam kritikan semuanya fitnah belaka
      Bila timb. Menteri A. Husni mendedah fakta
      KBU Cheras berjalan dengan ekor antara kakinya

      Lain pula cerita speaker DUN Sabah
      Tulisan 1MDB dituduh mahu jatuhkan presiden
      Duduk diam diam saja di sabah sudahlah bah
      Silap silap jatuh tersungkur di atas simen

      Akar umbi bangunlah berhenti bertafakur
      Jangan biarkan nasi menjadi bubur
      Peduli presiden, KBU yang masih tidur
      Segera bertindak, takut parti akan dikubur

      Wallahuaklam

      Delete
    2. Baik kekalkan Najib, senang sikit pembangkang nak jatuhkan UMNO PRU nanti. Kah kah kah kah!!

      Delete
    3. 1. Kami masih mahu BN dan tak nak langsung pembangkang

      2. Kami mahu najib turun dan digantikan.

      3. Pengganti najib akan memenangkan BN pada pru14, insyallah

      Delete
  5. 1. Sememangnya saya bukan ahli umno sebab umno tak der di negeri saya.

    2. Pas tak akan dapat bertapak di negeri kami kerana Pas tak pernah bertakhta di hati kami.

    3. Kes 1MDB tak seperti kes perwaja, mas dan lain2 di zaman TDM. Betul ratusan juta malah berbillion juga rugi tapi kita boleh account for it. Yang salah tetap salah. Tapi kes 1MDB involved offshore debts etc. Jawapan diberi berbelit2. Betul akan di audit tapi the parameters untuk pengoditan
    are doubtful.

    4. Saya berpendapat sebab pru14 hanya 2 years down the road, something has to be done albeit harsh criticisms. Once you lose voters confidence, you had it.

    wallahuaklam

    ReplyDelete
  6. "Hari ini ketua-ketua Umno atau ahli Parlimen memperolehi pendapatan sampai RM50,000 sebulan, malahan setengahnya ratus juta...

    "Jadi dengan kedudukan itu, sukar untuk mereka meninggalkan Najib, sebab politik Umno ialah politik perut," kata Ku Li.


    Apa Pak Din boleh buat? Kedudukan Najib langsung tak tergugat pon. Najib paling hebat dalam bab beli undi dan perwakilan. Pasal wang, Tun M pon OUT.

    ReplyDelete
  7. Melalak lagi lah,
    AKJ....Kes 1 MDB tak jalan,lepas tu pergi ke FGV,pun kantoi....kalau Najib beri dia directorship pada manax GLC senyap lah dia.
    TSMY....Beliau tidak sesenang itu untuk di manipulate jika satu satu isu dibangkit dengan kurang menyakinkan tanpa bukti yang kukuh dan jelas atau desakan dari akar umbi terutama akar umbi dan MT yang jelas....ingat kes Pak Lah.Beliau tidak terburu buru mengambil tindakan terutama kes 1 MDB di mana ianya dalam proses pengauditan.
    Siapa AKJ nak cabar Menteri Kabinet,setakat mahu cakap benar tanpa buktix dan fakta yang sahih nanti memalaukan diri sendiri saja.Sebagai contoh Menteri Ekonomi mana yang berani menyangkal Petrosaudi yang telah menyatakan 1MDB telah memperolihi keuntungan lebih 400 juta ringgit hasil pelaboran dengan syarikat mereka.
    Berpantun dan bersyair yang bersyadu lah,tapi sehingga tahun 1916 atau PRU 14,Insha ALLAH kita akan lihat masih jadi PM melainkan beliau letak jawatan
    Perlu diingatkan UMNO akan lebih utuh dan kuat.saperti zaman TDM jadi Presiden dulu selepas Mantan KETUM dipecat.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...